Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday 18 November 2011

Sem baru hidup baru. MAMPUKAH??

Assalamualaikum..

Harini hari jumaat, esok sabtu. Sabtu?? Ada apa dengan hari sabtu? Berakhirnya cuti sem untuk semester 3. Syunk.. Mampukah kte teruskan hidup sebagai pelajar semester 4 diploma science computer tanpa semangat, kekuatan, ketabahan dari segi mental dan fizikal? Mampukah kte belajar sendirian tanpa yunk di sisi menemani? Mampukah kte bangkit tanpa semangat berkobar-kobar dari kekasih hati? Mampukah kte mengukir senyuman yang ikhlas tanpa kebahagiaan yang yunk berikan? Syunk... MAMPUKAH KTE??

Syunk kena faham kenapa kte cemburu tengok yunk rapat dengan perempuan lain, sebab cemburu tandanya sayang kan?
Syunk kena faham kenapa kadang-kadang kte merajuk, sebab kte nak kan perhatian daripada syunk.
Syunk kena faham kenapa kte selalu call dan sms syunk, sebab kte rindukan syunk.
Syunk kena faham kenapa kadang-kadang kte marahkan syunk, sebab kte nakkan yang terbaik untuk syunk.
Syunk kena faham kenapa kte suka mengadu dengan syunk, sebab syunk lah segalanya bagi kte. Kte nak syunk je yang tahu.

Sekarang, pada siapa kte nak cemburu? sayang da takde..
Sekarang, pada siapa kte nak merajuk? sayang da takde..
Sekarang kte nak call dan sms siapa kalau kte rindu? sayang da takde..
Sekarang kte nak marahkan siapa? sayang da takde..
Sekarang pada siapa kte nak mengadu? sayang da takde..

SAYANG! KTE RINDUKAN SEMUA TU!



KAU PERGI... :'(


Syunk.. dulu bila jadual keluar syunk la orang pertama yang nak tau jadual kte. Syunk salin jadual tu dan setiap perubahan syunk mesti tau. Bila kte ada kelas, bila kte free, bila kte ada kelas ganti, bila kte ada quiz, bila kte ada test, semua syunk tau. Saya sentiasa bagi kte semangat bila kte ada quiz dan test. Syunk sanggup temankan kte study sampai lewat malam. Syunk bangun awal pagi untuk kejutkan kte.

Syunk.. dulu syunk sentiasa kejut kte bangun pagi untuk solat subuh. Bukan kte tak boleh bangun sendiri tapi saja nak bermanja dengan yunk. Pagi-pagi mesti da dapat text dari syunk "morning laling da solat lom?" . Kte yang nakal ni selalu tak reply text tu sebab kte nak yunk call kejut kte. NAKAL kan kte? Siapa suruh suara romantik sangat? Suara tu buat kte senyum pagi-pagi. Syunk pown da faham sangat dengan kte lepas text yunk mesti akan call kte. baiknye sayang saya.. 

Berapa lama kte ambil masa untuk bersiap ke kelas pown syunk tau. Setiap hari bila kte siap je fon mesti berbunyi. "syunk da siap? Pakai baju warna apa arini?" Memang da macam jam loceng la. Syunk ni tau-tau je kte da siap. Tu yang buat kte bertambah-tambah syg dekat yunk! Kita stop message time kte kat kelas. Sebelum masuk kelas syunk mesti cakap "belajar betul-betul, fokus, jangan berangan! ILMY" . Habis kelas je fon terus bunyi. Sampai kawan-kawan jeles diorang selalu cakap "untung la abang sayang da message"(sambil buat muka comel). Macam tula rutin kte hari-hari bersama yunk.

Sekarang kte nak macam tu lagi boleh tak syunk? 



terlalu banyak kenangan bersama syunk
walaupun kte baru berapa bulan bersama



Dari celik mata sampai tutup mata kita bersama. Macam mana kte tak rasa sangat kehilangan syunk? Syunk segala-galanya bagi kte. Sekarang, macam mana kte nak teruskan hidup tanpa syunk di sisi?  Kalau dulu tak dengar berita yunk untuk satu jam kte da rindu, kte da risau. Macam mana dengan sekarang? Kte tak dengar suara yunk , tak tau khabar yunk UNTUK SELAMANYA. Mampukah kte?? Mampukah kte?? Mampukah kte menanggung rindu yang dah menggunung ni?






(Al-Fatihah buat arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
~sentiasa mengharapkan keajaiban berlaku~
~sentiasa ingin bersama kamu syunkku ahmad zakwan~


No comments:

Post a Comment