Tuesday, 17 January 2012

Style belajar baru

Assalamualaikum..

Dulu masa awak ada, 
cara saya belajar lain. 
Setiap hari, setiap saat awak ada teman saya.
Sampai pukul 2,3 pagi awak teman saya belajar.
Awak text saya untuk bagi saya semangat belajar.
Awak ajar saya apa yang saya tak faham.
Kalau ada yang saya keliru, saya mintapendapat awak.
Awak dengan rela hati bagi pendapat dekat saya.
Awak marah bila saya cakap saya taknak belajar.
Awak akan pujuk saya suruh saya belajar.
Baiknya awak...
Bila saya mengantuk, 
Sedaya upaya awak cuba segarkan saya.
Awak buat lawak,
awak call saya,
awak borak dengan saya
semata-mata nak saya belajar.
Nak tengok saya berjaya.
Nak senang sama-sama masa akan datang
Awak tak pernah bosan teman saya belajar.

Tapi..
Lepas awak pergi, saya tak tau nak belajar macam mana
Hari-hari bila duduk dekat meja belajar saya akan nangis
Saya tengok telefon, takde text dari awak lagi
Awak da tak teman saya
Saya belajar sorang-sorang tak lama macam masa awak teman saya
Pukul 11, 12 malam saya da mengantuk
Saya da tutup buku.
Saya tak berani nak belajar lama-lama macam dulu
Kadang-kadang saya tertidur dekat meja belajar
Da takde orang nak kejut saya
Sedihnya.. Kesian saya..

Setiap hari saya berdoa, minta jalan penyelesaian
Awak, saya tak sanggup macam ni selamanya

Sekarang, bila saya nak belajar
Saya akan buka laptop
Saya buka lagu kesukaan awak dan saya
Lagu yang kita nyanyi sama-sama
Lagu yang bawa banyak kenangan
Saya buka gambar-gambar awak besar-besar
Kadang-kadang basah juga buku saya
Bila saya mengantuk,saya tengok laptop nampak muka awak
Saya tengok lama-lama
Mata saya segar balik
Awak la semangat saya
Sekarang saya cuba untuk bersemangat semula untuk belajar
Demi keluarga saya, demi awak dan demi kejayaan saya

Awak.. teman saya belajar ye.
Dari jauh pun takpe :')





(Al-Fatihah buat arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)





No comments:

Post a Comment