Wednesday, 4 January 2012

4 bulan awak pergi tinggalkan saya

Assalamualaikum..

Syunk.. Sekejap je masa berlalu. Dah 4 bulan syunk pergi tinggalkan kte bersendirian kat atas muka bumi ni. Tapi 4 bulan tu rasa macam 4 tahun.. (sunyi + bosan + sedih + takde semangat + macam-macam perasaan yang mengganggu fikiran). Adik yang gantikan yunk untuk teman kte. Tapi harini budak sekolah da start sekolah. Tinggal lah sorang-sorang lagi. Biasa menangis dengan adik, tapi semalam nangis sorang-sorang sambil peluk yunk (bantal love). Kesian yunk hari-hari basah kena air mata tu.

Syunk.. Esok ada 3 peristiwa best. First, syunk ingat tak esok genap 8 bulan kte couple. Second, esok birthday adik. Syunk ingat wish yunk untuk dia tahun lepas? Menjerit dia bila kte ingat kan kat dia. Kte da wish da kat dia.  Awal tiga hari sebab kte nak jadi orang first yang wish. Dia da kat sekolah, kalau dia kat rumah boleh la malam ni kte wish.  Last sekali esok birthday hero kecik kte yang kedua. Muhammad Isyraff Danish. Alangkah indahnya kalau saat-saat ni yunk ada bersama kte. Mesti kte akan tersenyum lebar dengan ikhlas. Tak macam sekarang "bibir tersenyum hati menangis" .

Syunk.. kte da tengok ombak rindu. Tengok yang download je and baru je tengok naik cuti aritu. Habis la juga air mata kte ni tengok cerita tu. Sedih... Tapi sedih macam mana pown dia, HERO and HEROIN dia tetap bersama. Tapi KITA? Seorang da kat atas langit, sorang kat atas tanah. Allah da ambil syunk.. Kte dapat pinjam syunk kejap je. Kte da tak dapat jumpa syunk lagi.

Tuhan tolong lembutkan hati dia
untuk terima ku seadanya
kerna ku tak sanggup
kerna ku tak mampu hidup tanpa dia di sisiku
Tuhan aku tahu banyak dosaku
hanya ingat kamu kala duka ku
namun hanya kamu yang mampu membuka pintu hatinya tuk cintaku
malam kau bawakan lah rinduku untuk dirinya yang jauh dariku
agar dia tidak kesepian...
hujan bawa air mataku yang mengalir membasuh lukaku
agar dia tahu ku terseksa tanpa cinta dia di hatiku
hanya mampu berserah
moga cahaya tiba nanti

TUHAN, AKU TAK SANGGUP AKU TAK MAMPU HIDUP TANPA DIA DI SISIKU



Syunk.. sekarang tengah sibuk quiz dengan test. Yunk tengok tau jadual test kte ni. Yunk tengok jadualkte untuk bulan ni. Yunk tengok tau..

3 JAN2012: Quiz HTML dengan presentation proposal database
9 JAN 2012: Test MGT
12 JAN 2012: Test Operating System
13 JAN 2012: Test database
14,15 JAN 2012: ada kem (kalau jadi)
17 JAN 2012: Test HTML
18 JAN 2012: ------------
20, 21, 22 JAN 2012: ada trip (kalau jadi)
24 JAN 2012: ------------
26 JAN 2012: Test QMT

Syunk da tengok? Penuh kan jadualkte bulan ni. Macam-macam test ada, macam-macam program ada dan banyak DUGAAN dan CABARAN yang kte kena tempuh bulan ni. YA ALLAH, KUATKAN HATI HAMBAMU INI. Semoga aku tenang untuk belajar, semoga aku tenang untuk jawab semua test-test dan quiz ini nanti. YA ALLAH, aku taknak jadi macam semester lepas. Taknak kecewakan ibu dan ayah lagi.. 

#MIRA, BE STRONG DEAR.. AWAK BOLEH. TAKMO MENANGIS MIRA... ZAKWAN TUNGGU AWAK KAT SANA. (ayat penyejuk hati yang duka)


Yunk.. Jom teman kte belajar... 




(Al-Fatihah sygku Ahmad Zakwan bin Patah Raji)

No comments:

Post a Comment