Thursday, 19 January 2012

Tak excited pown nak sambut birthday

Assalamualaikum

Masuk je tahun baru, masuk je 2012 hati dah bergetar . Kolam mata sudah mula di penuhi air. Sebab nya bulan pertama untuk tahun baru adalah JANUARI. Sebelum ni bila bulan JANUARI je bibir da terukir senyuman. Hati dah berkobar-kobar. Mula membisikkan pada ibu dan ayah " Ibu, ayah tahun ni nak sambut birthday kita kat mana? Nak hadiah" . Tak cukup dengan ibu ayah, kakak abang semuanya di minta untuk belikan hadiah tak terkecuali si dia yang bernama kekasih. Tak pernah sama sekali air mata mengalir rasa terharu malah hanya senyuman yang sentiasa terukir bila menjelangnya hari lahir saya.

Tapi kini semuanya berbeza.

Rasa takut, rasa gementar bila bulan JANUARI menjelang. Semua account alam maya saya hide kan tarikh lahir tu. Awal-awal lagi da prepare taknak sesiapa wish. Tak bersuara langsung pasal birthday. Tapi awal-awal lagi da dapat hadiah dari ibu. Masa balik cuti tahun baru ibu dah bagi hadiah. Ibu, terima kasih... :') Ibu tak pernah lupa tarikh lahir saya.

Lepas tu, terus doa Ya Allah minta-minta takde sorang pown yang ingat birthday saya.

17 JANUARI ada meeting. Habis meeting member ajak pergi masjid sebab ada ceramah. Ok, saya follow je sampai la pukul 11 something. Tak ingat. Diorang kecoh-kecoh macam ada hal penting je. Tapi tak tau kenapa malam tu saya blur sangat-sangat. Tak terfikir langsung diorang plan untuk kenakan saya. Mungkin terlalu banyak sangat berfikir sampai tak terfikir benda-benda macam tu.

Otw balik kolej jalan ramai-ramai. Agak pelik tengok membe yang dok sector B lalu jalan yang sama dengan kami sector C. Tapi masih tak terfikir kerja jahat diorang. Pelikpelik . Sampai la satu masa tu tiba-tiba je rasa belakang basah n diorang jerit "HAPPY BIRTHDAAAAYYYY MIRA" Tak cukup belakang, depan pown kena simbah dengan air. Nasib baik wangi, bau limau kasturi. Tiba-tiba rasa mata berair, bukan sebab kena simbah dengan air tapi saya menangis. Kenapa? Jawapan yang pasti "SAYA TAK TAHU"

Bila da sampai depan kolej, wani call. Wani nyanyi lagu happy birthday. Sekali lagi saya menangis. Kenapa? "SAYA TAK TAHU"

Sampai bilik, akak roomate bagi kad  + roomate nyanyi lagu happy birthday dan sekali lagi saya menangis. Kenapa? "SAYA TAK TAHU"

Kenapa menangis ye? Setiap kali orang wish birthday, saya akan menangis. Mungkin jawapannya ada pada entry yang akan datang.

Awak, saya tunggu awak wish birthday saya tapi sampai hari ni takde. Awak, kenapa awak tak wish birthday saya? Awak, saya nak awak wish birthday saya. Awak tak jadi orang pertama yang wish macam dulu pown takpe, awak jadi la orang terakhir wish birthday saya. Awak, saya tunggu awak wish.



Tak terpikir akan jadi cmni
Btw, thanks kawan-kawan love u all :')



Pesanan: Terima kasih korang yang ingat birthday Mira. :')


(Al-Fatihah buat arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)

No comments:

Post a Comment