Wednesday, 23 November 2011

Saya tak dapat lihat awak tapi saya ada hati awak

Assalamualaikum..

Hari demi hari detik demi detik, namamu sentiasa di ingatanku. Walaupun sesaat saya takkan lupakan awak pakcik! (kekasih hati saya)

Makcik!! saya rindu awak.. Terngiang-ngiang lagi suara syunk memanggil kte dengan panggilan makcik. Sekarang pakcik da takde nak panggil cmtu.

Syunk.. kte da tau da cerita sebenar dari ibu syunk. Semalam kte call ibu borak punye borak tiba-tiba terkeluar soalan-soalan cepucemas dari mulut monggel ni. Dari mana datangnya kekuatan kte tanya macam tu? Dari mana datangnya keberanian kte tanya sebegitu? Syunk... Syunk bagi kte semangat ye? Kte tau syunk tak kan buat kte sedih, syunk taknak tengok kte sedih. Paling penting syunk taknak tengok kte kecewa. Betul kan syunk? Terima kasih syunk.. Jauh yunk pos semangat tu untuk kte. Kte takkan sia-sia kan demi syunk!

Syunk.. ibu syunk da cerita da semuanya. Syunk memang tak salah. Syunk tak tidur masa tu. Ibu, ayah, adik semua tak tidur. Masa kejadian jalan kosong. Takde kereta yang ada cuma kereta yang syunk bawa, kereta ayah dan kereta orang cina tu. Ibu sendiri tak perasan macam mana boleh excident tau-tau je benda tu da jadi. Ibu tak dengar sebarang bunyi dentuman yang sepatutnye ada kalau excident ngeri cmni yang mengorbankan tiga orang sekali gus. Syunk.. sayu hati mendengar ibu cerita.

Ayah sempat keluarkan Zarif di tempat duduk belakang yang elok terbaring sementara tunggu mendapatkan bantuan. Tanpa luka tanpa cela. "mak cik pelik Zarif tak terpelanting pown, biasa penumpang belakang mesti terpelanting keluar tak pown terpelanting ke depan. Tapi ni tak". Itu la yang ibu beritahu pada kte.

Dengar dengan penuh khusyuk sambil menahan air mata dari mengalir.

Ayah sedaya upaya cuba untuk keluar kan syunk (Ahmad Zakwan) dan Zahin. Ye, ayah buat sendiri. Ayah takut kereta tu akan meletup dan terbakar. Tapi ayah di halang oleh mereka yang datang untuk memberikan bantuan. Mereka kata "Encik tak payah buat semua ni sebab kereta ni tak ada sebarang tanda-tanda untuk meletup". Sekali lagi ibu pelik. "Kereta tak ada tanda-tanda untuk meletup, kemalangan ni tak teruk tapi kenapa tiga-tiga anak ibu pergi sekali?" Syunk.. Bagi kami yang hidup ni, terlalu banyak persoalan yang bermain di minda. Kalau di fikirkan dengan akal yang logik, syunk dan adik-adik syunk takkan terkorban. Tapi siapa kita untuk melawan takdir seperti yang ibu katakan "kalau da ajal kita, takkan terlewat satu saat mahupun tercepat satu saat kerana Allah dah tentukan".

Terima kasih ibu mertuaku kerana memberi kata-kata semangat.

Bagaimana keadaan syunk? Bagaimana keadaan Zahin?

Zahin hanya tersepit ibu jari kaki. Ok, boleh imagine?? Hanya tersepit ibu jari kaki, Allah telah mengambil dia buat selama-lamaya. Manakala syunk pula cedera di peha dan luka di pipi. Syunk, luka sikit je tu syunk.. Tapi Allah ambil syunk dari kte buat selama-lamanya. Kalau kte terkejut, tak percaya. Macam mana dengan ibu, ayah, alyn, dan zaid? Mereka hilang ketiga-tiganya sekali depan mata mereka. SUBHANALLAH! Kte takkan sekuat keluarga yunk. Tapi kte nak jadi kuat macam mereka. Boleh syunk?

Kepada readers dan stalker kawan-kawan, apa yang korang lihat dekat surat khabar dan berita, keadaan kereta tak seteruk tu sebenarnya. Kereta hanya kemek sedikit je. Yang teruk tu sebab bomba da ketuk-ketuk kemungkinan untuk keluarkan kekasih hati saya.


Saya ketawa tapi hakikatnya saya ingin menangis.
Saya senyum gembira tapi hakikatnya hati sedih derita.
Saya sibukkan diri tapi hakikatnya saya sunyi dan sepi.
Saya gagahkan hati tapi hakikatnya saya lemah.

Demi AWAK, saya akan cuba untuk KUAT.
Demi AWAK, saya akan cuba untuk GEMBIRA.
Demi AWAK, saya takkan MENANGIS lagi.
Demi AWAK, saya tetap akan sayangkan awak SAMPAI TUTUP MATA..
Macam yang awak buat untuk saya.


SYUNK.. AWAK TUNGGU SAYA YE..




AL-FATIHAH :

Ahmad Zakwan bin Patah Raji (syunk saya)
Ahmad Zahinuddin bin Patah Raji (angah)
Ahmad Zarif bin Patah Raji (acik)




2 comments:

  1. sedih sgt nida bc...
    terasa nk ngns pun ada lah mira..

    ReplyDelete
  2. hidup kau masih panjang lagi.Asal ko masih pikir orang yg telah pergi.kumbang bukan sekor.mane tahu Allah da tentu kan ko dgn jodoh yg lebih baik. Allah lebih menyayangi arwah,so hidup harus diteruskan..come on la...wake up!!!

    ReplyDelete