Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday 24 June 2013

Coming Back

Assalamualaikum..

Lama tak updates blog ni. Sampaikan tadi nak log in lupa apa nama link and password. Try and try baru dapat. Nasib baik dapat, kalau tak?? hmmm

Ohh ok, blog sekarang dah lain. kekok pula rasa. Takpe lah nak singgah kejap je ni.

Sekarang Mira tengah final mood. First sem in degree. Takut, cuak, berdebar semua ada. Time nak final, macam-macam dugaan datang. Dugaan manusia dan bukan manusia. Cuba untuk hadapi semua dugaan ni dengan wat cool wat lek. Dia tegur, kita tegur. Dia borak, kita borak. Dia text, kita text. Just follow the flow. Senang kan?

Ok, tu jela. Doakan sem ni Mira berjaya. Thanks :)


(al-fatihah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
:/

Monday 25 March 2013

Success For Me


SUCCESS FOR ME
KEJAYAAN UNTUK DAKU

Let others lead small lives, no not me
Biarlah orang lain hidup cukup makan, tapi bukan aku

Let others argue over small matters, no not me
Biarlah orang lain bergaduhan perkara remeh temeh, tapi bukan aku

Let others cry over small hurts, no not me
Biarlah orang lain menangis susah sikit-sikit, tapi bukan aku

Let others leave their future in other people's hands, no not me
Biarlah orang lain menyerahkan nasib mereka bulat-bulat di tangan
orang lain, tapi bukan aku

For I know
Kerana aku tahu

That I was born a perfect 10
Bahawa aku dilahirkan genap 10 per 10

That I was born to succeed
Bahawa aku dilahirkan untuk berjaya

That success is my birthright
Bahawa kejayaan itu hak kelahiran ku

That if it is to be, it is up to me
Bahawa untuk sesuatu berlaku itu, terpulang pada aku

Now I demand my birthright
Kini aku tuntut hak kelahiran ku

I will do my best, Allah will do the rest
Aku buat sedaya upaya, insyaAllah aku dapat segala-gala

Professor Dato’ Dr Sheikh Omar Abdul Rahman
UPM, 1994


Assalamualaikum.. dekat atas ni sebenarnya sajak dari Professor Dato' Dr Sheikh Omar Abdul Rahman. Mira dengar sajak ni masa prof bagi talk dalam satu program kelab math , dari talk tu banyak juga la input-input yang Mira dapat even pergi dah terlambat sebabnya before tu ada kelas.
So, selamat membaca dan beramal.








(Muka budak excited nak masuk u!!)




(dengan ini, saya Nur Amira Haziqah sah menjadi pelajar
 Sarjana Muda Sains(kepujian) UiTM Shah Alam part 3 2012/2013)


Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusanku, permudahkan aku untuk menuntut ilmuMu



(al-fatihah sayang arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
-doakan kejayaan saya kat sini-

Wednesday 20 February 2013

Semuanya masa cuti

Assalamualaikum..

Lama dah tak update blog ni rasa kekok , pelik, teruja bermacam perasaan ada. After this memang jarang la update sebab kekangan masa mungkin and malas. hehe lagi pun kalau update pasal arwah je mesti ada yang bosan and mengata kan? then mira dengan arwah yang dapat dosa so malas lah.. Better simpan sendiri je kan? Maaflah entry agak panjang sedikit.

Ok sekarang ni nak cerita pasal cuti yang lebih kurang 4 bulan ni. Fuyoo lama tu. Tapi mira banyak habiskan masa kat rumah je. Tak pergi kemana pown. Masa adik cuti sekolah tu adalah pergi pahang tolong maksu meniaga then adalah belajar sikit-sikit macam mana nak buat cookies. Haa memang banyak habiskan masa dekat sana dengan buat cookies , kek , and kuih muih je sebab maksu dapat banyak tempahan time cuti tu. Penat memang lah penat tapi seronok ok sebab sambil buat boleh makan hewhewhew :)

Lepas tu adalah lepak KL sekejap rumah akak and adalah merayau ke sana sini sikit. Pergi ziarah kakak sedara sebab kena kanser payudara and kena toreh sana sini asik keluar masuk hospital je. Kesian dia. Rasanya sekarang dia makin sihat. Insyaallah.

Bila budak dah start sekolah, memang tak kemana lah jawabnya. Mira banyak habiskan masa dengan mengemas barang-barang rumah sebab... nak pindah!! ok, sekarang Mira dah pindah simpang renggam tanah tumpah darahku. hehe Alhamdulillah impian yang satu tu dah tercapai, nak duduk rumah lama and dekat dengan ehemehem :) Tapi impian nak selalu ziarah arwah tu tak tercapai lagi insyaallah Allah akan permudahkan segalanya. Satu hari nanti pasti akan tercapai. amin...

Nak dipanjangkan cerita, rumah yang dekat simpang ni dulu bangla or pakistan entah tak tahulah haa dia yang sewa katanya nak duduk dua tiga orang je sekali haaa satu kampung dia bawa. Ada satu malam sebelum pindah tu ada datang tengok rumah tu macam mana and diorang belum keluar lagi. Mira yang memang tengah mabuk kereta ni gatal nak ikut ibu pergi tengok keadaan dalam rumah tu pown masuk lah dalam. Bau dia tak payah cakap lah. Sambil dukung Danish, terus cepat-cepat keluar cari longkang. Amekkaaw 3 kali muntah. Hebat kan??

Ambil masa lama juga lah nak membersihkan rumah tu. Nasib baik kakak and abg buncit tengah cuti, abg buncit lah banyak tolong. haha terima kasih abg buncit!! *buncit bukan nama sebenar* (abis lah kalau dia baca)

Cukup lah tu cerita pasal pindah rumah. Masa cuti ni juga Mira dapat keputusan dapat sambung belajar ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains (kepujian) Matematik. Alhamdulillah rezeki Allah bagi. Tapi lepas dapat keputusan ni macam-macam benda jadi. Kiranya macam dugaan lah. Lepas satu satu dugaan datang tapi yang paling besar sekali baru-baru ni bila Mira tersalah bayar yuran. Boleh bayangkan tak macam mana perasaannya bila duit RM740 untuk bayar yuran tapi tersalah prosesnya then tak tahu duit tu pergi kemana.
Semalam dengan gigih pergi bank islam tu balik then explain dekat akak tu and akak tu cakap susah ni dik nak dapat balik duit tu. Dah sudaahh!! Tapi alhamdulillah dah settle duit tu dapat balik and yuran pun dah bayar. Terima kasih ye yang membantu tu :) Terima kasih Allah , permudahkan segalanya.

Ni je kot cerita sepanjang cuti ni. Mungkin ada yang tertinggal tapi ini je yang ada dalam kotak fikiran ni.

ok pengajaran dari entry ni,

# banyakkan bersabar bila di berikan dugaan
# Jangan buat kerja tanpa merancang , Allah pun merancang sesuatu untuk hambaNya takkan kita nak buat kerja main belasah je kan?
# Jangan jadi pengotor
# Teruskan berusaha selagi apa yang di impikan tak tercapai, insyaallah Allah akan tolong dan permudahkan

*doakan Mira berjaya menghadapi segala ujian, cabaran dugaan sepanjang degree nanti. Insyaallah kita akan sama-sama berjaya ^_^


(Al-Fatihah sayang arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
-kalau awak masih ada, kita akan sama-sama degree
-doakan yang terbaik untuk saya ye :)