Monday, 8 October 2012

Bertemumu buatkan aku rasa bahagia

Assalamualaikum..

Maaf sayang dah lama saya tak coretkan sesuatu di sini.
Itu tak bermakna saya dah lupakan awak.
Saya rindu awak sangat-sangat.
Saya merajuk dengan awak.
Banyak benda saya nak cerita dekat awak tapi awak tak ada. Mana awak sayang?
Dah tu awak tak pujuk. Awak biarkan je saya terkontang kanting sendiri.
Sampai hati awak kan...

Awak, terlalu banyak dugaan terpaksa saya tempuh tanpa awak. Saya cuba kuat bukan saya tak cuba. Dah sehabis cuba dah awak. Tapi kadang-kadang saya tak mampu nak bertahan, saya menangis.
Terlalu banyak benda yang saya pendamkan. Pada siapa saya nak bercerita? Ya memang pada Allah yang selayak-layaknya. Tapi kita perlukan seseorang yang boleh mendengar dan memberi respond kan? Macam dulu.. Bila ada masalah , saya cari awak. Saya cerita dekat awak. Awak lah pendengar setia segala masalah saya. Saya betul-betul perlukan awak.

Kenapa tak cerita dekat kawan? hmmm memang nak cerita tapi saya tak tahu nak cerita macam mana. Awak sendiri tahu kan saya macam mana. Saya susah nak cerita apa-apa dekat orang melainkan saya selesa dengan orang tu baru saya akan cerita. Lagi pun, nak gelak-gelak dengan kawan-kawan takde masalah tapi, nak menangis depan diorang?? hmmm memang tak lah awak.

Dah setahun sebulan dah awak pergi. Tapi saya rasa macam baru je awak pergi. Saya rindukan awak. Seriously saya betul-betul perlukan awak. Banyak benda saya nak tanya, banyak benda saya nak cerita dan banyak benda saya nak mengadu. Kalau lah saya boleh buat permintaan, saya nak awak hadir untuk saya sekali lagi dan sentiasa dengan saya.Saya taknak awak tinggalkan saya lagi. :'(

Awak, hati saya terlalu kuat untuk awak. Bila tarikh-tarikh penting, dia yang akan ingat kan saya. Automatik, saya akan rasa ada yang tak kena and air mata akan laju je mengalir. Nampak tak sayang, walau awak jauh tapi hati kita sentiasa dekat.

Semalam saya mimpikan awak. Awak tengok saya, saya tengok awak. Awak senyum je. Muka awak, berseri-seri. Rindunya saya dekat awak. Tak lama lepas tu, kita berborak, bergurau. Ya Allah, rindunya.. Kalau lah boleh berborak , bergurau dengan awak macam mesti seronok kan? Mesti takde air mata yang mengalir di setiap malam sebelum saya lelapkan mata.

Until now, hati saya ni tak mampu nak terima sesiapa.
Kawan, chatting, texting, calling memang boleh. Tapi nak accept dia untuk gantikan tempat awak, tu tak sayang.



I miss you a lot dear.

Doa dan harapan tak pernah putus untuk bertemu awak sekali lagi.
InsyaAllah kita jumpa dekat syurga nanti ye sayang.

Al-Fatihah sayang Ahmad Zakwan bin Patah Raji