Pertama sekali Mira nak minta maaf pada semua readers,
Salah ke Mira tunaikan hasrat kekasih hati Mira. Bukan ramai pown kekasih hati Mira. Cuma dia seorang je dan dia tak kesampaian untuk buat apa yang dia mahukan. Salah ke Mira??
Mungkin korang rasa Mira ni macam orang takde agama, takde life dan tak punya cukup kasih sayang. Korang salah kalau korang berfikir sedemikian rupa. Mira punya sebuah keluarga yang sentiasa berikan kasih sayang buat Mira, sentiasa ada untuk Mira di saat Mira suka mahupun duka dan sentiasa ada untuk berikan Mira sokongan dan semangat. Tapi apa yang mereka berikan tidak sama dengan apa yang Ahmad Zakwan berikan. Mira perlukan keluarga dan seseorang untuk hati Mira dan Ahmad Zakwan orangnya. Soal agama pula, kalau Mira takde agama dah lama Mira akan buat kerja BODOH! Mira akan bunuh diri supaya cepat dapat jumpa dengan Ahmad Zakwan. Tapi Mira masih beragama. Sia-sia la Mira belajar siang dan malam untuk mendapatkan sijil darjah khas berpangkat satu jika Mira tak gunakan ilmu itu dengan sebaiknya.
Tapi, sebagai seorang manusia yang merupakan hamba yang lemah, Mira tak mampu halang perasaan sedih Mira setelah kehilangan seorang insan yang Mira suka, sayang, kasih, dan cinta. Dia merupakan kawan, sahabat, teman, dan kekasih Mira. Jika korang sebagai kawan merasa akan kehilangan dia, cuba korang bayang kan Mira sebagai kawan, teman, sahabat dan kekasih dia bagaimana perasaan Mira? Boleh tak korang bayang kan? Mira minta masa 5 minit je untuk korang bayangkan. 1, 2, 3, 4, 5.. ok da.. Terima kasih kerana sudi untuk bayangkan.
Terima kasih kepada korang yang sentiasa menasihati, mengutuk, menghina, dan MENGAMBIL KESEMPATAN pada insan lemah ini. Kepada yang mengambil kesempatan, semoga awak bahagia la ye dengan apa yang awak buat ni. Terima kasih sangat-sangat la awak! :)
Wahai kawan-kawan semua,
Hanya dalam blog ni je Mira dapat luahkan rasa rindu, kasih, sayang dan cinta Mira buat kekasih hati Mira. Selepas Mira mengadu pada yang Maha Esa betapa rindunya Mira pada kekasih hati Mira. Kalau dengan kehadiran dan kewujudan blog ni buatkan mata korang sakit bagai terkena panahan mentari yang menyinar, maafkan Mira..
Tetapi jika ada yang tidak senang akan kewujudan blog ni tolong beritahu pada Mira.
Wahai orang sekelilingku,
Maafkan Mira jika apa yang Mira luahkan menjadikan anda tidak selesa
Maafkan Mira jika apa yang Mira coretkan membuatkan anda resah dan gelisah
Maafkan Mira jika apa yang Mira lakukan selepas pemergian si kekasih hati membawa anda bersama-sama bersedih..
Maaf... sungguh tiada niat di hati..
Mungkin anda tidak rasa apa yang Mira rasakan sekarang ini
Namun tidak pernah sekali Mira mendokan anda turut rasakannya
Semua ini sangat perit dan sedih tapi jauh di lubuk hati Mira rasa gembira dan beruntung kerana menjadi pilihan yang Maha Esa untuk di uji.
Tidak semua orang akan di uji sedemikian rupa
Tetapi apa daya Mira hanya seorang hamba yang lemah
Mira tak mampu melawan rasa rindu yang membuak-buak
Menjadikan Mira sering melakukan perkara-perkara yang tidak rasional
Seperti baru-baru ini Mira menghantar kata-kata cinta pada wall Mira dengan menggunakan fb kekasih hati Mira
Mira terlalu rindu untuk melihat namanya pada notification dan wall Mira seperti dulu
Terasa terubat sikit rindu di hati
Terasa terubat sikit rindu di hati
Namun Mira di tegur, maaf kawan..
Demi menjaga hati kawan dengan segera Mira memadam wallpost tersebut meski hati berkata "JANGAN"
Dalam tangisan Mira memaksa jari untuk memadamnya
Duhai kawan-kawanku
Jika anda terpaksa berpisah dengan kekasih hati anda untuk sehari pasti anda merinduinya bukan?
Jika anda tidak mendengar suaranya untuk beberapa detik pasti anda risau akannya bukan?
Jika anda tidak dapat bersua muka dengan kekasih hati anda untuk beberapa minggu pasti anda tertanya-tanya bagaimana keadaan dia sekarang bukan?
Jika anda tidak dengar khabar berita dari kekasih hati untuk beberapa jam sudah pasti bermacam persoalan yang berada di minda anda semua bukan?
Tipu la jika ada yang berkata "TIDAK"
Begitu jua la bagi diri kerdil lagi hina ini.
Perpisahan kami bukan hanya untuk sehari dua tapi untuk selamanya
Kami tidak dapat untuk berhubung walau hanya untuk beberapa saat
texting, calling, dating, chatting, semuanya kami tak mampu untuk melakukannya
rindu yang dulunya sentiasa berbalas tapi kini tidak
hanya di dalam ni je yang mampu Mira luahkan.
SALAH KE MIRA?
SALAH KE APA YANG MIRA LAKUKAN?
kawan-kawan yang prihatin, tolong jawab soalan ini
TERIMA KASIH :)
(Al-Fatihah buat arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
diri ini sentiasa merindui kamu syunk..
orang hanya mampu melihat, mendengar, membaca dan ada juga yang mengumpat, kita yang tanggung, be strong, banyakkan berdoa semoga dikuatkan menghadapi kehilangan itu..(:
ReplyDeletexslah pown dik...
ReplyDeleteslah stu sbb jeeha tlis blog sbb nak meluahkan sesuatu yang tak dpat kite luahkan pade org len...so blog la tmpat yg jeeha jdikan utk mluahkan segalanya....
btol kte eruzuliyana xpyah kesah sgt ngan orang yg dok mengata...sbb mreka hanya melihat, membaca, mendengar...tapi hanya AMIRAH HAZIQAH yang kuat saje yang menghadapinya...
semoga terus tabah menjlani kehidupan...(^_^)
Hmm..Mira bt laa ape yg mira rse betul..Klu itu dpt memuaskan hati Mira. Tak salah pun utk kita luahkan ape yg kita rase.Dpd tak mluahkannya lg parah. Bila di amati ape yg Mira coretkan kite dpt rse ape yg Mira rse skrg.Bukn lh sblm nie x rse,cme kali nie kte btul2 dpt bygknnya.
ReplyDeleteCekal kan hati, istighfar byk2 k?!
luvU.. ;)
manusia kan.. thankz jeeha n eruzu, hanya dlm blog ni je mira mampu luahkan apa yg mira rasa. kalau xde followers pown xpe mira x kesah. mira cuma harap si dia yg baca..
ReplyDeleteTk lawa pun latar belakang dieeee
ReplyDeleteSabar la mira.. Setiap dugaan tuhan tuh ade hikmah dia.. org yg cuba bt mira down tuh, org tuh sbenarnya cmburu je.
ReplyDeletecik anonymous : tak cantik ke? sory.. tp mira selesa dgn background ni..
ReplyDeletecik montela : thank you :)
sabar ea.... :)
ReplyDelete