Thursday, 22 December 2011

Maaf.. Tak sengaja

Assalamualaikum..

Syunk..sory syunk da lama tak update blog. Bukan sengaja, tapi tak sengaja. Mesti yunk tertunggu-tunggu kan? Banyak sebab kenapa kte tak mencoret apa-apa.

  1. Kte takut ramai yang menangis. Da banyak kali da cakap, kte takde letak bawang pown dekat dalam blog ni. Kenapa mesti menangis bila membaca? Sebab tu la kte takut nak mencoret apa-apa. Da banyak da yang mengadu kat kte. "Mira, Minah(bukan nama sebenar) sedih bila baca blog Mira.  Setiap kali baca Minah mesti menangis." Awak-awak yang membaca kenapa mesti menangis? Awak tak alaminya kan? Janganlah menangis. Nanti Mira takut nak mencoret apa-apa lagi. Kalau tak coretkan apa-apa nanti, kesian dekat encik kekasih hati. Ni  kan salah satu permintaan dari dia.Mira kena buat apa yang dia inginkan. Awak-awak jangan menangis lagi ye.
  2. Ada makhluk Allah yang tidak suka kte meluahkan rasa hati di sini. Syunk.. salah ke kte nak bercerita dekat syunk kte? Syunk tak marah pown.Kenapa diorang nak marah? Kenapa diorang nak herdik-herdik kte? Siapa diorang pada kte dan siapa syunk pada kte? Syunk yang lagi penting dalam hidup kte daripada diorang yang entah siapa-siapa. Syunk... kte nak menangis.. Cuma cara ni je kte dapat luahkan pada syunk. Kalau syunk hidup lagi, takde kte nak buat semua ni. Takde masa kte nak bercerita semua ni dekat dalam blog. Memang tak pernah terfikir pown nak buat blog sebab sebelum ni kalau ada apa-apa semua kte kongsi dengan syunk. Tapi sekarang, kte nak kongsi dengan siapa? Memang ada kawan-kawan tapi takkan semuanya nak cerita dekat kawan. Diorang pown ada masalah sendiri. Kadang-kadang kawan-kawan bagi nasihat. "Mira, Mira kena sabar. Mira kena kuat. ~bla bla bla bla~" Tapi bila kena dekat diri sendiri, diorang pown tak sabar.Diorang pown tak kuat. Rindu yang masih boleh di balas pown tak boleh nak tanggung. Tapi kte? Rindu kte takde balasan. Kadang-kadang semangat yang nyawa-nyawa ikan ni pergi macam tu je. Pada siapa yang tak suka dengan cara Mira ni. Tak payah la baca apa yang Mira luahkan. Buang masa korang je baca. Entry semua ni Mira nak encik kekasih hati je yang baca. 
  3. Sem ni kte makin busy. Banyak benda nak kena settle kan. Sory ye syunk tak sempat nak mencoret. Semua kerja kte kena buat sorang-sorang. Takde yang nak teman. Kesian kte kan? Takpe syunk.. Kerja-kerja tu ada teman kte.Syunk jangan risau ye.(jerit-jerit dalam hati nak yunk teman.) Tapi syunk, boring buat kerja sorang-sorang. Kalau syunk ada teman kte macam dulu kan seronok. Bersemangat nak buat kerja. Sambil buat kerja sambil layan kerenah yunk sampai lewat malam. Bila syunk tertidur, cepat je jari ni tekan no yunk nak kejutkan syunk suruh teman kte. Bila la nak macam tu lagi kan? 

Syunk.. esok last day dekat uitm ni before cuti midsem. Tapi rasanya macam satu apa pown xde kat dalam kepalaotak ni. =_= Macam mana ni syunk?? Help me.....~



(Al-Fatihah buat arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
~Rindu sangat-sangat~

No comments:

Post a Comment