Sunday, 4 December 2011

Dah 3 bulan saya sendiri

Assalamualaikum..

Assalamualaikum sayang.. pejam celik pejam celik arini genap tiga bulan syunk tinggalkan kte. Kalau kita da kahwin, da boleh dapat baby sorang da ni. Mesti comel kan baby tu. Tapi, tu kalau.. Sekarang realiti nya kita tak kahwin. Bertunang pown tidak. Kita cuma pasangan kekasih yang saling menyintai antara satu sama lain dan kini yunk da pergi tinggalkan kte untuk selamanya. SAYANG!! KTE TAKNAK! KTE NAK JUMPA YUNK LAGI! KTE RINDU!!!

Syunk.. Masa cuti sem yang lepas, kte da cuba sedaya upaya untuk jadi kuat. Kte da cuba sedaya upaya untuk terima semua ni dengan hati yang ikhlas. Kte da cuba sedaya upaya untuk tidak menangis lagi. Kte tau mesti yunk pown sedih tengok kte macam ni kan? Kte taknak yunk sedih. Sebab tu kte taknak menangis lagi. Kte da berjaya untuk jadi kuat, dan tak menangis. Tapi, semua tu sementara je syunk. Hari khamis aritu lepas baca kan yasin untuk sayang dengan tak sengaja perasaan sedih tiga bulan sebelum ni datang lagi. Macam ada sesuatu yang memutarkan button playback dekat otak kte ni untuk memainkan semula apa yang da terjadi tiga bulan sebelum ni.

Syunk.. Kte lemah.. Kte tak mampu menahan rasa sedih tu. Setiap kali bacakan yasin untuk yunk, airmata ni mengalir. Setiap kali mengadu pada yang Maha Esa kte rindukan yunk, air mata ni mengalir. Setiap kali minta pada yang Maha Esa pinjamkan yunk untuk kte bercerita pada yunk, air mata ni mengalir. Syunk... kte terlalu rindukan yunk. Bila kte boleh jumpa? Yunk jemputlah kte secepat yang mungkin please...

Untuk menutup kesedihan ni, kte cuba untuk bergelak ketawa dengan kawan-kawan. Melakukan aksi-aksi gila bersama mereka sampai hari semalam. Hati kte berharap agar kegembiraan itu kekal untuk selamanya. Tapi semua tu sementara je syunk. Kte tak mampu nak tipu diri sendiri yang kononnya kte tak rindukan yunk, kte boleh happy dengan semua ni. Yunk.. semua tu fake semata-mata. Hakikatnya kte terlalu dan teramat rindukan yunk. Rindu dengan gelak tawa yunk, rindu dengan rajuk yunk, rindu dengan perhatian yunk, rindu dengan pujuk rayu yunk, rindu dengan kasih sayang yang yunk berikan, rindu dengan semuanya pasal yunk. Kte paling rindu dengan suara manja yunk yang tu... Hanya yunk dan kte saja yang tau suara manja tu..

Syunk.. yunk perasan tak tarikh arini 4/12/2011 jatuh pada hari ahad dan 4/9/2011 tiga bulan yang lepas pown jatuh pada hari ahad. SYUNK!!!!!!! boleh tak nak putar balik masa ni tiga bulan yang lepas? Lepas tu stop sampai hari sabtu je. Kte taknak hari ahad. Kalau tiga bulan yang lepas, kte sentiasa ketawa, bergurau senda dengan yunk, mengusik dan menyakat yunk tapi sekarang hanya air mata je menemani. Semalam kte ambil keputusan untuk menyendiri. Membaca novel untuk melupakan seketika akan hari ahad . Namun, saya gagal.... PAKCIK! MAKCIK gagal!! Cerita dalam novel tu tak sedih tapi kte boleh menangis. Kenapa?? Sebab cerita dia macam ada kaitan dengan kita. Syunk... perempuan dalam novel tu kehilangan dengan orang yang dia sayang sebab kemalangan. Syunk.. sama dengan kte.. Tetapi rupanya kemalangan dia di buat-buat. Orang yang dia sayang tu tak mati. Mak lelaki tu yang taknak mereka bersama dan sebab tu mak dia buat cerita lelaki tu mati semasa kemalangan.

Syunk!!! Ibu yunk nak pisahkan kte macam tu ke? Kemalangan ni di reka atau betul-betul? Syunk.. boleh tak cakap yang kemalangan ni hanya rekaan semata-mata. Boleh tak yunk muncul depan mata kte sekali lagi? Kte janji kte akan buat syunk happy seperti yang syunk mahukan. Syunk.. Bagi peluang pada kte sekali lagi...

Syunk.. adik tanya nak kirim apa-apa tak. "Akak nak adk bawa along datang jumpa akk boleh? Akk rindu along." (mampu berkata di dalam hati je) "Akk taknak pape. Akk nak adk, ibu, ayah, n zaid selamat pergi dan balik je" Ye syunk.. tu yang kte nak. Syunk.. Kte takut.. Secara tak sengaja laju je jari ni menaip "rindu.. bila boleh jumpa". Syunk.. tu kata-kata syunk pada kte tiga bulan yang lepas. (JOM LA JUMPA SEKARANG) Tapi kte tanya pada adik. Kte rindu kan family syunk. Kte rindu kan syunk.

Semalam sepanjang malam kte berjaga. Kte tunggu syunk text. Kte da on kan no digi. No couple kte. Tunggu punya tunggu sambil tengok gambar last yang yunk hantar kte tertidur juga akhirnya tapi tak tau pukul berapa. Gambar yang yunk hantar tengah hari sabtu tu. (3/9/2011    12.45pm) Tu la kali terakhir kte lihat syunk. Walaupun hanya sekadar gambar, sedikit sebanyak ia mampu menjadi penawar bagi rindu ini.
Nak letak gambar tu dekat sini tapi tak jadi la.. Nanti ada pulak yang curi. Kan ramai STALKER. Ramai yang MINAT YUNK. Ramai yang ambil kesempatan konon simpati pada kte tapi hakikatnya dia ambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri. (buat la apa korang nak buat, pasti akan ada balasan bukan dari Mira tapi dari Allah) Syunk.. kte nak mengadu.. Cuma syunk je yang boleh faham dan tenangkan kte.. Syunk tak kesian kat kte ke simpan semua ni sendiri? Dulu kan kte kongsi semuanya bersama. Nak macam dulu..

Sayangku Ahmad Zakwan.. Jemputlah saya dengan kadar segera untuk bertemu kamu di syurga. Tak sabar da ni nak tengok mahligai yang syunk buat tu. Cantik tak??




(Al-Fatihah buat arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
tersenyum melihat post dari Ahmad Zakwan di fb walaupun kte yang hantar sendiri tapi kata-kata tu dari yunk.. Syunk.. saya rindu....

2 comments:

  1. amira. aku harap kau boleh aman lepas ni. jangan sedih sedih lagi okay. sebab entry entry kau sebelum ni tak seperti kau redha dengan pemergian dia.tak redha dengan qada' qadar Allah *sorry kalau salah anggap pasal entry kau. mungkin kau tak maksud macam tu.. memang betul kau ada family dan kawan. aku harap kau happy. jangan sedih lagi. mungkin kalau aku kat tempat kau aku pun macam tu. kita manusia biasa. perasaan kadang kadang tak boleh nak kawal. btw kau kena kuat okay. love you. aja aja fighting! HEHE

    *sedih dengar cerita kau. :) kuat okay.

    ReplyDelete