Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday 16 November 2011

.: Kek biskut marie :.

Assalamualaikum...

Hye semua stalker readers, apa khabar semua? Sihat? Hopefully semua sihat-sihat belaka la ye. Mood Mira baik arini (esok tak tau ) hujan air mata da semakin kurang. Alhamdulillah berkat doa dari family dan kawan-kawan semua. Terima kasih!! (buat suara adik zaid yg comel). Tapi Mira nak berterima kasih sangat dekat Allah sebab masih mahu terima Mira dekat muka bumi ni untuk berubah dan buat apa yang kekasih hati pernah impikan. Insyaallah selagi Mira mampu, Mira akan buat apa yang kekasih hati mahukan tapi nak teruskan cita-cita dia rasanya Mira tak mampu. Maaf syunk... 

Kalau korang perasan kat bawah entry Mira ada letak (Al-fatihah untuk arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji) . Perasan tak?? Kalau tak perasan lepas ni boleh la bukak satu-satu entry yang ada ye.. Mira nak minta jasa baik korang semua untuk sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah untuk arwah. Mesti ada yang cakap "main minta-minta pula" betul tak??Siapa cakap macam tu? Baik ngaku cepat.. Tapi takpe la kan? Benda baik apa salah nya kita buat ramai-ramai. Semoga pahala tu boleh sampai dekat arwah dan dia tenang dekat sana. Insyaallah.. :)

Atas permintaan ramai arini Mira nak share resepi KEK BISKUT MARIE. Bagi sesiapa yang suka coklat tu memang sesuai sangat la buat kek ni. Kek ni senang je nak buat. Ambil masa lebih kurang dalam 10 minit je. Lepas tu korang semua da boleh makan dengan lahapnya. . Jom tengok bahan-bahan dan cara buatnya..


bahan-bahan:

1 bungkus biskut marie (patah 4)
1/2 paket butter
1 botol ovaltine
6 sudu teh susu pekat

cara:

Mula-mula kena cairkan butter. Lepas tu masukkan ovaltine dengan susu. Korang boleh guna Milo atau koko untuk gantikan ovaltine tu. Kacau sampai mendidih. Bila da mendidih, letak biskut dan ratakan tapi jangan lama-lama nanti biskut akan jadi lembik. Bila da rata letak dalam bekas / loyang tekan sampai mampat. Biarkan sejuk lepas tu letak dalam peti sejuk. DA SIAP.... (^^,)

ok da boleh makan.. Silakan.. :) Nak tengok gamba kek yang Mira buat TEKAN SINI

kat bawah ni Mira letak gambar bahan-bahan dia ye.. Boleh la cari dekat kedai berhampiran..



 

 Biskut marie. Guna la apa-apa jenama 
yang korang suka..



Boleh guna milo atau koko yee..



SELAMAT MENCUBA (^__^)








(Al-Fatihah buat arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
p/s : tadi kte buat spagethi la syunk.. miss u..





No comments:

Post a Comment