Sunday, 15 April 2012

Pengganti awak?

Assalamualaikum..

Saya dah ada pengganti awak. Dia baik, dia hensem, dia bakal jadi imam, dia bakal jadi pembimbing macam awak. Bila saya jumpa dia, rindu saya pada awak terubat. Hati saya yang sunyi ni terhibur. Tak banyak pown, sikit je. Cukup la tu dari takde kan? Pagi tu saya demam, malam saya jumpa dia. Tak sampai lima minit saya dah sihat. Awak tengok la betapa hebatnya dia.

Bila dia ketawa, saya pown sama-sama ketawa. Saya suka dengar dia cakap, comel je macam awak. Tapi awak romantik tak comel. Saya suka dia. Saya sayang dia sangat-sangat. Dia dapat buat saya terhibur, tersenyum, ketawa.

Awak nak tau siapa dia?  Awak nak kenal dengan dia? Saya takut la.. Nanti awak marah. Awak janji dengan saya awak tak marah. Nanti saya tunjuk dekat awak. Awak janji tau.

Ok2, awak kira sampai 5 nanti saya tunjuk.


satu
.
.
.
dua
.
.
.
tiga
.
.
.
empat
.
.
.
lima
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.










Danial, Danish "kakak" sayang korang sangat-sangat!!
(penat ajar panggil makcik tapi kakak juga jadi pilihan)
(^^,)

Ni la sayang orangnya. Mereka yang buat hati saya terhibur dengan ragam mereka, gelak tawa mereka, dan tangisan mereka. Mereka lah bakal imam dan bakal pembimbing macam awak tapi bukan untuk saya malah untuk isteri mereka kelak.

Hati saya masih milik awak.  Masih tertulis nama awak di dalamnya. 


(Al-Fatihah sayangku Ahmad Zakwan bin Patah Raji)

No comments:

Post a Comment