Saturday, 21 April 2012

Hadir tanpa di duga

Assalamualaikum..

Bila cuti sem semakin hampir, saya terfikir apa saya nak buat masa cuti nanti. Cuti dua bulan kalau pergi honeymoon mesti seronok kan. Nak honeymoon dengan siapa? Kahwin pown belum ada hati nak fikir honeymoon honeymoon. Kalau dulu boleh la saya keluar dengan awak. Sekarang ni memang jadi suri rumah tangga sepenuh masa la. Jadi penternak lemak yang berjaya. Berjaya ke? Besar kemungkinan berjaya la.

So, saya ambil keputusan masa cuti ni saya nak tenangkan fikiran dekat rumah. Biasakan diri hidup dengan family je tanpa orang lain. Habis kan masa dengan family. Macam awak. Masa cuti awak dulu sementara tunggu result nak sambung degree awak kan habiskan masa dengan family. Berapa bulan awak? 4 bulan kan? saya tak berapa ingat la. Dapat la family awak rasa hari-hari awak ada dekat rumah tu kan? Macam tau-tau je awak ni...

Saya pown nak jadi macam awak la. Habiskan masa dengan family. Mana la tau esok lusa saya pergi macam awak ke. Dapat la saya lepaskan rindu ni dekat family, dekat orang-orang yang saya sayang.

Dah setengah tahun awak pergi. Saya masih belajar untuk terima semua ni. Saya harap sangat saya ni cepat belajar sesuatu yang baru. Belajar macam mana nak hidup tanpa awak. Belajar untuk hidup sendiri. Macam mana agaknya kalau tiba-tiba ada orang muka serupa awak, cara dia, suara, gaya, semua sama macam awak. Nama pown hampir sama dengan awak. Macam mana agaknya ye?

Saya dah mimpi macam ni banyak kali juga. Apa agaknya maksud mimpi ni?

Bila mana saya hampir berjaya terima hakikat ni, tiba-tiba ada seorang lelaki muncul di depan saya.

Masa tu dekat kelas QMT. Lecturer tengah mengajar kat depan. Tiba-tiba seorang lelaki masuk , lecturer kenalkan dia pelajar baru. Muka dia, gaya dia macam saya kenal. Serupa! Tapi adakah dia orang yang sama? Makin buatkan saya keliru bila lecturer kenalkan nama dia. Nama dia Ahmad Zafuan. Dia boleh duduk sebelah saya pulak tu. Bayangkan macam mana perasaan saya masa tu?

Ya Allah, besar sungguh ujian ni. Saya jadi makin tak terurus. Kelas semua saya tak pergi. Makan entah ke mana, pelajaran pown entah ke mana. Apa yang saya tahu, menyendiri. Duduk termenung, tanya dan jawab sendiri. "Siapa dia? Siapa dia? Dia Ahmad Zakwan? Tapi kenapa lecturer cakap nama dia Ahmad Zafuan? Siapa yang menipu ni? Tapi kenapa nak tipu aku?"


Sayang, kalau mimpi ni jadi kenyataan saya nak tu awak bukan orang lain. Boleh??





teringin nak makan ABC la -__-



(Al-Fatihah sayang Ahmad Zakwan bin Patah Raji)

1 comment:

  1. be strong~

    mntk tlg komen ckit kat cni leh x? http://alynnnyzaa.blogspot.com/2012/04/segment-serious-follow-back.html

    lau sudi, joinla segmen sy jgk..
    tq ea^^

    ReplyDelete