Monday, 24 June 2013

Coming Back

Assalamualaikum..

Lama tak updates blog ni. Sampaikan tadi nak log in lupa apa nama link and password. Try and try baru dapat. Nasib baik dapat, kalau tak?? hmmm

Ohh ok, blog sekarang dah lain. kekok pula rasa. Takpe lah nak singgah kejap je ni.

Sekarang Mira tengah final mood. First sem in degree. Takut, cuak, berdebar semua ada. Time nak final, macam-macam dugaan datang. Dugaan manusia dan bukan manusia. Cuba untuk hadapi semua dugaan ni dengan wat cool wat lek. Dia tegur, kita tegur. Dia borak, kita borak. Dia text, kita text. Just follow the flow. Senang kan?

Ok, tu jela. Doakan sem ni Mira berjaya. Thanks :)


(al-fatihah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
:/

Monday, 25 March 2013

Success For Me


SUCCESS FOR ME
KEJAYAAN UNTUK DAKU

Let others lead small lives, no not me
Biarlah orang lain hidup cukup makan, tapi bukan aku

Let others argue over small matters, no not me
Biarlah orang lain bergaduhan perkara remeh temeh, tapi bukan aku

Let others cry over small hurts, no not me
Biarlah orang lain menangis susah sikit-sikit, tapi bukan aku

Let others leave their future in other people's hands, no not me
Biarlah orang lain menyerahkan nasib mereka bulat-bulat di tangan
orang lain, tapi bukan aku

For I know
Kerana aku tahu

That I was born a perfect 10
Bahawa aku dilahirkan genap 10 per 10

That I was born to succeed
Bahawa aku dilahirkan untuk berjaya

That success is my birthright
Bahawa kejayaan itu hak kelahiran ku

That if it is to be, it is up to me
Bahawa untuk sesuatu berlaku itu, terpulang pada aku

Now I demand my birthright
Kini aku tuntut hak kelahiran ku

I will do my best, Allah will do the rest
Aku buat sedaya upaya, insyaAllah aku dapat segala-gala

Professor Dato’ Dr Sheikh Omar Abdul Rahman
UPM, 1994


Assalamualaikum.. dekat atas ni sebenarnya sajak dari Professor Dato' Dr Sheikh Omar Abdul Rahman. Mira dengar sajak ni masa prof bagi talk dalam satu program kelab math , dari talk tu banyak juga la input-input yang Mira dapat even pergi dah terlambat sebabnya before tu ada kelas.
So, selamat membaca dan beramal.








(Muka budak excited nak masuk u!!)




(dengan ini, saya Nur Amira Haziqah sah menjadi pelajar
 Sarjana Muda Sains(kepujian) UiTM Shah Alam part 3 2012/2013)


Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusanku, permudahkan aku untuk menuntut ilmuMu



(al-fatihah sayang arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
-doakan kejayaan saya kat sini-

Wednesday, 20 February 2013

Semuanya masa cuti

Assalamualaikum..

Lama dah tak update blog ni rasa kekok , pelik, teruja bermacam perasaan ada. After this memang jarang la update sebab kekangan masa mungkin and malas. hehe lagi pun kalau update pasal arwah je mesti ada yang bosan and mengata kan? then mira dengan arwah yang dapat dosa so malas lah.. Better simpan sendiri je kan? Maaflah entry agak panjang sedikit.

Ok sekarang ni nak cerita pasal cuti yang lebih kurang 4 bulan ni. Fuyoo lama tu. Tapi mira banyak habiskan masa kat rumah je. Tak pergi kemana pown. Masa adik cuti sekolah tu adalah pergi pahang tolong maksu meniaga then adalah belajar sikit-sikit macam mana nak buat cookies. Haa memang banyak habiskan masa dekat sana dengan buat cookies , kek , and kuih muih je sebab maksu dapat banyak tempahan time cuti tu. Penat memang lah penat tapi seronok ok sebab sambil buat boleh makan hewhewhew :)

Lepas tu adalah lepak KL sekejap rumah akak and adalah merayau ke sana sini sikit. Pergi ziarah kakak sedara sebab kena kanser payudara and kena toreh sana sini asik keluar masuk hospital je. Kesian dia. Rasanya sekarang dia makin sihat. Insyaallah.

Bila budak dah start sekolah, memang tak kemana lah jawabnya. Mira banyak habiskan masa dengan mengemas barang-barang rumah sebab... nak pindah!! ok, sekarang Mira dah pindah simpang renggam tanah tumpah darahku. hehe Alhamdulillah impian yang satu tu dah tercapai, nak duduk rumah lama and dekat dengan ehemehem :) Tapi impian nak selalu ziarah arwah tu tak tercapai lagi insyaallah Allah akan permudahkan segalanya. Satu hari nanti pasti akan tercapai. amin...

Nak dipanjangkan cerita, rumah yang dekat simpang ni dulu bangla or pakistan entah tak tahulah haa dia yang sewa katanya nak duduk dua tiga orang je sekali haaa satu kampung dia bawa. Ada satu malam sebelum pindah tu ada datang tengok rumah tu macam mana and diorang belum keluar lagi. Mira yang memang tengah mabuk kereta ni gatal nak ikut ibu pergi tengok keadaan dalam rumah tu pown masuk lah dalam. Bau dia tak payah cakap lah. Sambil dukung Danish, terus cepat-cepat keluar cari longkang. Amekkaaw 3 kali muntah. Hebat kan??

Ambil masa lama juga lah nak membersihkan rumah tu. Nasib baik kakak and abg buncit tengah cuti, abg buncit lah banyak tolong. haha terima kasih abg buncit!! *buncit bukan nama sebenar* (abis lah kalau dia baca)

Cukup lah tu cerita pasal pindah rumah. Masa cuti ni juga Mira dapat keputusan dapat sambung belajar ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains (kepujian) Matematik. Alhamdulillah rezeki Allah bagi. Tapi lepas dapat keputusan ni macam-macam benda jadi. Kiranya macam dugaan lah. Lepas satu satu dugaan datang tapi yang paling besar sekali baru-baru ni bila Mira tersalah bayar yuran. Boleh bayangkan tak macam mana perasaannya bila duit RM740 untuk bayar yuran tapi tersalah prosesnya then tak tahu duit tu pergi kemana.
Semalam dengan gigih pergi bank islam tu balik then explain dekat akak tu and akak tu cakap susah ni dik nak dapat balik duit tu. Dah sudaahh!! Tapi alhamdulillah dah settle duit tu dapat balik and yuran pun dah bayar. Terima kasih ye yang membantu tu :) Terima kasih Allah , permudahkan segalanya.

Ni je kot cerita sepanjang cuti ni. Mungkin ada yang tertinggal tapi ini je yang ada dalam kotak fikiran ni.

ok pengajaran dari entry ni,

# banyakkan bersabar bila di berikan dugaan
# Jangan buat kerja tanpa merancang , Allah pun merancang sesuatu untuk hambaNya takkan kita nak buat kerja main belasah je kan?
# Jangan jadi pengotor
# Teruskan berusaha selagi apa yang di impikan tak tercapai, insyaallah Allah akan tolong dan permudahkan

*doakan Mira berjaya menghadapi segala ujian, cabaran dugaan sepanjang degree nanti. Insyaallah kita akan sama-sama berjaya ^_^


(Al-Fatihah sayang arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
-kalau awak masih ada, kita akan sama-sama degree
-doakan yang terbaik untuk saya ye :)




Friday, 9 November 2012

Today is friday

Assalamualaikum..

hey uolls, apa? apa? haa janganlah marah. haha tahu lah semua tahu hari ni hari jumaat kan? Tapi jumaat kali ni lain dari yang lain. Lagi-lagi for student UITM. haaa yela result!! hoiii orang kampung orang bandar orang asli orang tak asli hari ni result uitm keluar hoi hoi!

Tak percaya? ni ha bukti!



Nampak tak semua?? tak?? hikhik memang saja pown tak nak bagi nampak sangat. Seperti gambar rajah di atas, fuyyooo~ haha result boleh tengok pukul 9 pagi tapi si gelojoh ni pukul 12 a.m dah bukak email. Tunggu punya tunggu , refresh punya refresh tak masuk juga email tu. Last-last tutup lappy konon nak tidur pagi esok jela tengok. Baring punya baring Mira pown terlelap.Tapi hati tak tenang selagi tak tahu keputusannya sebab risau sangat dan teramat risau ada paper sangkut. Serius sangat risau!!

Paper apa? ha ye paper network. Nak tahu mira siap study network seminggu yang lepas. Punya lah risau.. Nak buat apa semua fikir result and ibu siap bernazar lagi kalau lulus network tu ibu nak puasa. Ibu, tak nak nazar ke kalau lulus ibu nak bagi kereta?? haha!

Tak lama lepas tu mimpi result pulak adoyai apa lagi, terus bangun on lappy balik. Pukul 2.30a.m baru email masuk. Berzikir punya berzikir, alhamdulillah takde paper sangkut!! Bersyukur sangat-sangat walaupun result tak segempak kawan-kawan yang lain. Ada yang DL, ada yang ANC. Eh, macam ramai je yang ANC sem ni. Tahniah korang!! CS ni susah tapi korang ANC, korang memang hebat!! Tahniah lagi sekali!!

Perasaan sekarang ni, happy ada sedih pown ada. Happy sebab SAYA SUDAH BEBAS DARI DIPLOMA!! jumpa konvo nanti kawan-kawan! yang sedihnya... hmmm nanti lah insyaallah next entry mira cerita.

haa nak buat ucapan boleh?? ehem ehem!!

assalamualaikum semua,
di kesempatan ini, mira ingin ucapkan ribuan terima kasih dekat ibu ayah yang sentiasa support mira, buat abang, kakak , adik perangai anda, sifat anda dan cara anda buat saya rasa nak buat yang terbaik untuk family even belum cukup baik lagi insyaallah akan datang akan buat lebih baik. 
terima kasih juga buat lecturer yang bersusah payah mengajar bagi faham, sudi luangkan masa, hilangkan suara semua. thanks. yang tak bersusah payah pown thanks juga! 
buat kawan-kawan semua thanks support, study sama-sama, ketawa menangis bertepuk tampar dan menggila bersama. buat shida , fiqa, sorry sebab sem 5 kita tak banyak lepak sesama macam sem sebelumnya . bukan tak sudi bukan belagak tapi masa mira sangat terhad sebab tau jela mira ambil 7 subjek bukan sikit banyak tu. Sebab tu mira tak banyak masa nak lepak macam dulu. Sorry sangat2 ye kawan! seriously tak pernah lupa kat korang! 
Buat yang dah berjaya tahniah. buat yang belum lagi, jangan putus asa. ingat kata-kata ni "SEKALI KITA GAGAL TAK BERMAKNA KITA AKAN GAGAL BUAT SELAMANYA" kejayaan ada dekat mana-mana je yang penting usaha sebaik mungkin, doa dan tawakkal. 

terima kasih semua!!




akhirnya impian tercapai.. alhamdulillah ^_^




(Al-Fatihah buat Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
#awak! saya dah habiskan diploma dengan jayanya.
#saya nak awak ada masa konvo nanti boleh? kalau tak boleh,
 suruh ibu ayah awak datang tau!! teringin sangat nak raikan hari bahagia ni
 dengan family kita berdua .>_<.





Monday, 8 October 2012

Bertemumu buatkan aku rasa bahagia

Assalamualaikum..

Maaf sayang dah lama saya tak coretkan sesuatu di sini.
Itu tak bermakna saya dah lupakan awak.
Saya rindu awak sangat-sangat.
Saya merajuk dengan awak.
Banyak benda saya nak cerita dekat awak tapi awak tak ada. Mana awak sayang?
Dah tu awak tak pujuk. Awak biarkan je saya terkontang kanting sendiri.
Sampai hati awak kan...

Awak, terlalu banyak dugaan terpaksa saya tempuh tanpa awak. Saya cuba kuat bukan saya tak cuba. Dah sehabis cuba dah awak. Tapi kadang-kadang saya tak mampu nak bertahan, saya menangis.
Terlalu banyak benda yang saya pendamkan. Pada siapa saya nak bercerita? Ya memang pada Allah yang selayak-layaknya. Tapi kita perlukan seseorang yang boleh mendengar dan memberi respond kan? Macam dulu.. Bila ada masalah , saya cari awak. Saya cerita dekat awak. Awak lah pendengar setia segala masalah saya. Saya betul-betul perlukan awak.

Kenapa tak cerita dekat kawan? hmmm memang nak cerita tapi saya tak tahu nak cerita macam mana. Awak sendiri tahu kan saya macam mana. Saya susah nak cerita apa-apa dekat orang melainkan saya selesa dengan orang tu baru saya akan cerita. Lagi pun, nak gelak-gelak dengan kawan-kawan takde masalah tapi, nak menangis depan diorang?? hmmm memang tak lah awak.

Dah setahun sebulan dah awak pergi. Tapi saya rasa macam baru je awak pergi. Saya rindukan awak. Seriously saya betul-betul perlukan awak. Banyak benda saya nak tanya, banyak benda saya nak cerita dan banyak benda saya nak mengadu. Kalau lah saya boleh buat permintaan, saya nak awak hadir untuk saya sekali lagi dan sentiasa dengan saya.Saya taknak awak tinggalkan saya lagi. :'(

Awak, hati saya terlalu kuat untuk awak. Bila tarikh-tarikh penting, dia yang akan ingat kan saya. Automatik, saya akan rasa ada yang tak kena and air mata akan laju je mengalir. Nampak tak sayang, walau awak jauh tapi hati kita sentiasa dekat.

Semalam saya mimpikan awak. Awak tengok saya, saya tengok awak. Awak senyum je. Muka awak, berseri-seri. Rindunya saya dekat awak. Tak lama lepas tu, kita berborak, bergurau. Ya Allah, rindunya.. Kalau lah boleh berborak , bergurau dengan awak macam mesti seronok kan? Mesti takde air mata yang mengalir di setiap malam sebelum saya lelapkan mata.

Until now, hati saya ni tak mampu nak terima sesiapa.
Kawan, chatting, texting, calling memang boleh. Tapi nak accept dia untuk gantikan tempat awak, tu tak sayang.



I miss you a lot dear.

Doa dan harapan tak pernah putus untuk bertemu awak sekali lagi.
InsyaAllah kita jumpa dekat syurga nanti ye sayang.

Al-Fatihah sayang Ahmad Zakwan bin Patah Raji

Sunday, 2 September 2012

Gembira!!

Assalamualaikum..

Hye harini saya gembira sebabnya minggu ni dapat balik. Cuti merdeka kan.. Sebenarnya tak boleh balik ada program sabtu tu. Tapi, cabut juga atas sebab-sebab tertentu.

Harini saya gembira lagi sebab kat rumah tu dah tambah lagi empat ekor arnab. Campur yang satu tu semuanya ada lima. Woowww! Seronok! Kat rumah tadi asik main dengan arnab-arnab tu je.











Kalau nak tahu sebenarnya tak terfikir pown nak request kat ibu ayah suruh bela pet kat rumah sebabnya saya ni tak suka main-main dengan haiwan. Bukan apa, saya takut haiwan-haiwan tu mati je bila saya pegang sebab badan dia lembik sangat! Tapi bila adik bawa balik arnab sekor tu, saya tengok dia terus timbul rasa sayang and cepat-cepat suruh ibu bela. KENAPA? Entah la macam pelik je...

Sebab tu lah saya bagi nama arnab first tu SAYANG! ^_^

ni sayang masa mula datang


sayang menyusu :)



Haaa orang tua-tua cakap, jangan gembira sangat nanti menangis. Betul ke??

Entah lah rasanya betul kot. Tadi nak balik, si kecil anak makcik ni nak ikut saya balik segamat. Padahal dah turun kereta ni tapi dia ulur tangan suruh dukung. Dia dah tak peduli ayah ibu yang kat dalam kereta tu. Umpan apa pown dia taknak. Terpaksa lah tunggu kejap sampai hazirah sampai. Sedih betul bila jadi macam tu. Mungkin kat rumah saya selalu layan dia. Sampaikan masa dia demam pown duduk bawah ketiak saya je tak boleh berenggang langsung. 


Ni si kecil tu, menangis sebab kena tinggal kejap

Ok, sampai je bilik tadi kemas-kemas barang terus naik atas katil. Entah kenapa mata ni rasa nak menangis je. Memang tak boleh tahan lagi. Nangis, nangis dan nangis. Lepas tu tangan ni sibuk dok tekantekan handphone cari message arwah. Baca satu demi satu dari awal hingga yang terakhir. Message marah, merajuk, sedih, suka semua ada. Complete!

Terfikir kenapa cari message arwah sedangkan dah lama cuba tahan diri ni dari baca message-message tu. Ohh awak, saya rindu! Rindu yang teramat. Lepas tu tengok tarikh oh dah 2 september rupanya..Patut lah and harini hari ahad. Patutlah semuanya rasa macam di play semula.

Memory saya dah low, tak mampu ingat semuanya tapi hati saya masih penuh dengan cinta dan kenangan kita. Sebab tu bila ada tarikh-tarikh penting, hati akan rasa gementar, tak tenang and mata akan menangis.
Sucinya cinta kita....



SEPTEMBER :
4 september 2011 : Ahmad Zakwan pergi buat selamanya
5 september 2006 : arwah nenek pergi buat selamanya

6 september 1987 : lahirnya kakakku di dunia
#sory ngah, dulu aku excited sambut birthday kau. Bila september dekat je, dah prepare apa yang patut.
Lepas nenek pergi, aku boleh pejam mata lagi. Walaupun tu nenek kesayangan aku.
Mungkin aku puas hati sebab dapat mandikan jenazah nenek, tapi kali ni
aku hilang orang yang aku sayang buat kali kedua.
Aku tak puas hati sebab tak dapat tengok dia buat kali TERAKHIR.

so, birthday kau............................... sorry!



(Al-Fatihah sayang Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
#yunk tenangkan saya dekat sini ye









Saturday, 1 September 2012

Al-kisah Raya

Assalamualaikum ...

Rasanya belum terlambat lagi kalau nak wish selamat hari raya maaf zahir batin. Tapi agak lapuk juga la baru nak wish and baru nak buat entry pasal raya kan.. Maaf Zahir batin semua!! Masa, tahap kesihatan tak mengizinkan nak update blog. Nak buat acaneee tu yang terlambat. hee :)

Haa nak cerita sikit nih, asal raya je saya mesti demam kenapa entah nak beraya pown takde feel tau. Tahun lepas demam tak teruk sangat cuma batuk sakit kepala sikit sikit je. Kena pown masa raya ketiga keempat macam tu. Tapi tapi tahun ni demam agak teruk la sampai menangis nangis tahan sakit. Kalau boleh tanggalkan kepala ni kejap, memang dah tanggalkan dah. Raya kedua dah demam. Whaatt? Memang lagi tak syok la kan nak raya..

Nak kata raya pertama tu raya sakan, takde la sakan mana. Macam biasa pagi raya kami kat rumah, lepas sembahyang raya, bermaaf-maafan, makan-makan, bergambar kami gerak ke kluang rumah family ayah.Tapi tahun ni gerak lambat sikit sebab tunggu si abang datang baru lah kami gerak.

Kami kat sana kejap je petang tu dah gerak balik. On the way balik singgah simpang renggam kat rumah lama. Raya rumah jiran lama dua tiga orang, tengok rumah lama ya Allah dah macam rumah apa dah.. Memang harapan lah nak pindah situ balik nak renovate je mau makan berpuluh ribu. Kurang hasam punya abang galah! Orang bagi rumah punya cantik dah tu dia buat rumah tu jadi macam apa je.. hish!

Malam kami sampai rumah. Esoknya pula, kami pergi melaka ziarah makam nenek and atok. Sedih tengok makam nenek atok tu dah teruk sangat. Betul lah kata pepatah, "mak boleh jaga 10 orang anak tapi tak tentu 10 orang anak boleh jaga seorang mak". Menangis saya kat situ tengok makam yang dah teruk. Sabar ye nenek atok, nanti ika dah kerja ika betulkan makam nenek atok tu ok? Rumah atok nenek tak payah cakap la. Lagi teruk.. 

ni rumah nenek, terukkan?
takde sape jaga dah.. SEDIH!

Lepas tu pergi ziarah saudara mara and lastly rumah boboiboy. Biasa balik melaka lepak pantai tapi tahun ni tak....... Malam juga kami balik. Sampai je rumah kepala start sakit badan panas.

Raya ketiga tak pergi mana-mana, duduk rumah terbaring menangis tahan sakit. DEMAM!

Raya keempat, ni yang paling best! Bawa rombongan meminang ke Tapak perkuburan Taman Purnama Simpang Renggam. Pagi tu tak larat nak bangun tapi kuatkan hati juga sebab nak jumpa yang tersayang.Cewaaah! Lepas siap-siap cantik-cantik pakai jubah purple yang arwah pilih tapi tak sempat tengok saya pakai, kami hantar makcik pergi bandar dulu lepas tu baru lah gerak ke simpang renggam. Again..

ni jubah yang awak pilih tapi tak sempat tengok


Dari Muar lagi dah sibuk dok fikir nak beli bunga. Singgah kedai situ habis, kedai sini habis. Sedih! Sampai simpang pergi cari kedai bunga dulu, nasib baik EXsimpang renggam. Takde lah susah sangat nak cari mana kedai bunga. Finally jumpa gak! And, ibu yang excited pilihkan bunga untuk awak sayang. Hampir semua jenis bunga ibu pilih siap bahagikan ni untuk letak kat botol, ni untuk taburkan. Pastu cakap kat ibu, "ibu, mereka bertiga bukan wan sorang.." "Ohh ibu terlupa sorry.. "Ibu tukar semua bunga-bunga tu and pilih warna  yang sama baru adil. 

Sampai je depan pagar tu, mata ni laju je cari rumah baru awak. Takde bunga pown.. Dulu pergi ada. Kesian awak panas. Masa tu dah tak fikir orang lain, kaki ni laju je melangkah pergi jumpa awak yang lain tertinggal kat belakang. Nasib lah.. bukan jauh pown nampak je mana saya pergi. Rindu tu tak terkata dah hati sebak je paksa mata untuk bertahan. Kuatkan hati untuk senyum bukan menangis sebab jumpa yang tersayang mana boleh nangis nanti tak comel laaa kan sayang? 

Tengah sedih-sedih tu si kecil tanya "kakcik, ni kubur siapa?" yang lain tolong jawabkan "ni kubur kawan kakcik , tadah tangan bacakan al-fatihah banyak ok." si kecil : "ok". Kuat juga lah si kecil ni baca sampai dua tiga kali juga masuk yang keempat , dia baca "bismillahirrahmanirrahim allahummabariklana.... eh salah!" haish... tergelak semua orang dibuatnya. Gelak-gelak juga, menangis-menangis juga.. hmmmm~

Now, masa untuk siram-siram air, tabur-tabur bunga and hias rumah baru awak tu.. Nasib baik awak tepi sekali tak la susah saya nak buat semua tu. Duduk pown sebelah awak, buat apa semua sebelah awak jeee.. Ibu bagi keutaaman kat saya buat semua tu. Yang lain pown sibuk nak buat juga, buat la saya tak kisah pown. Sambil buat semua tu, saya berconversation dengan dia tapi macam biasa lah tiada balasan..
"yunk... kita datang ni dengan family. Kte bawa ibu, yunk nak jumpa ibu kan. Akak pown ada semua excited nak jumpa yunk. kte demam rindu kat yunk, lama dah tak jumpa yunk. Setahun dah yunk pergi. Kte rindu......... :'(" 

Terima kasih kat boboiboy sebab tolong tanamkan pokok-pokok kecil tu. Sejuk sikit sayang saya ni nanti. Thanks! Berat je kaki nak melangkah pergi tapi fikirkan family awak yang dah lama tunggu kat rumah tu terpaksalah saya melangkah pergi. Tengah bersih-bersihkan kat tepi-tepi tu si kecil boleh tanya lagi. "kakcik, kawan kakcik ni meninggal sebab apa pula?" Cuma jawapan ni yang terkeluar dari mulut "tanyalah abang ni kenapa dia meninggal".

Lepas tu pergi rumah awak. Kesian ibu ayah and adik awak lama menunggu. Malam tu cakap kat adik nak datang, si adik cakap si ibu excited betul dengar! Kesian.. lama dah tak jumpa sebenarnya tu yang rindu. Nasib baik bawak budak kecik yang setahun lebih tu, riuh juga lah rumah tu dibuatnya. Si Zaid siap request nak buat adik angkat lagi. Seronok betul dia main dengan budak kecil tu. Ayah and ibu pown seronok juga. Sejuk hati tengok family awak happy macam tu.

Balik tu singgah taman lama lagi jumpa jiran yang tak sempat jumpa aritu and last sekali raya rumah wani. Then, balik.. Sampai malam lagi.

Petang esoknya beraya dengan kawan-kawan sampai malam. Jumaat and sabtu duduk rumah, kawan datang beraya. Ahad balik kolej.

Tu jela cerita pasal raya. Takde seronok mana pown. Dapat jumpa si dia lah yang paling seronok rasanya even tak dapat tengok muka, tengok batu nisan pown dah boleh buat ubat rindu. Cinta kami special tak macam cinta mereka yang lain. Cinta kami terhalang dari dosa. Cinta kami suci :)


Nak letak gambar tapi gambar dekat laptop lagi satu. So, gambar next time yeee sorry! Kalau ada umur yang panjang, ada lah entry yang lain. selamat malam 

Eh eh, selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 55 tahun. Syukur alhamdulillah dapat duduk dekat negara yang aman ni.


(Al-Fatihah sayang Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
#puas hati sebab dapat jumpa awak. Lama dah nak jumpa
#walaupun dah setahun awak pergi, takde lagi yang mampu ganti tempat awak
#ada rezeki, masa and jodoh nanti kita jumpa lagi ye sayang :)