Sunday, 2 September 2012

Gembira!!

Assalamualaikum..

Hye harini saya gembira sebabnya minggu ni dapat balik. Cuti merdeka kan.. Sebenarnya tak boleh balik ada program sabtu tu. Tapi, cabut juga atas sebab-sebab tertentu.

Harini saya gembira lagi sebab kat rumah tu dah tambah lagi empat ekor arnab. Campur yang satu tu semuanya ada lima. Woowww! Seronok! Kat rumah tadi asik main dengan arnab-arnab tu je.











Kalau nak tahu sebenarnya tak terfikir pown nak request kat ibu ayah suruh bela pet kat rumah sebabnya saya ni tak suka main-main dengan haiwan. Bukan apa, saya takut haiwan-haiwan tu mati je bila saya pegang sebab badan dia lembik sangat! Tapi bila adik bawa balik arnab sekor tu, saya tengok dia terus timbul rasa sayang and cepat-cepat suruh ibu bela. KENAPA? Entah la macam pelik je...

Sebab tu lah saya bagi nama arnab first tu SAYANG! ^_^

ni sayang masa mula datang


sayang menyusu :)



Haaa orang tua-tua cakap, jangan gembira sangat nanti menangis. Betul ke??

Entah lah rasanya betul kot. Tadi nak balik, si kecil anak makcik ni nak ikut saya balik segamat. Padahal dah turun kereta ni tapi dia ulur tangan suruh dukung. Dia dah tak peduli ayah ibu yang kat dalam kereta tu. Umpan apa pown dia taknak. Terpaksa lah tunggu kejap sampai hazirah sampai. Sedih betul bila jadi macam tu. Mungkin kat rumah saya selalu layan dia. Sampaikan masa dia demam pown duduk bawah ketiak saya je tak boleh berenggang langsung. 


Ni si kecil tu, menangis sebab kena tinggal kejap

Ok, sampai je bilik tadi kemas-kemas barang terus naik atas katil. Entah kenapa mata ni rasa nak menangis je. Memang tak boleh tahan lagi. Nangis, nangis dan nangis. Lepas tu tangan ni sibuk dok tekantekan handphone cari message arwah. Baca satu demi satu dari awal hingga yang terakhir. Message marah, merajuk, sedih, suka semua ada. Complete!

Terfikir kenapa cari message arwah sedangkan dah lama cuba tahan diri ni dari baca message-message tu. Ohh awak, saya rindu! Rindu yang teramat. Lepas tu tengok tarikh oh dah 2 september rupanya..Patut lah and harini hari ahad. Patutlah semuanya rasa macam di play semula.

Memory saya dah low, tak mampu ingat semuanya tapi hati saya masih penuh dengan cinta dan kenangan kita. Sebab tu bila ada tarikh-tarikh penting, hati akan rasa gementar, tak tenang and mata akan menangis.
Sucinya cinta kita....



SEPTEMBER :
4 september 2011 : Ahmad Zakwan pergi buat selamanya
5 september 2006 : arwah nenek pergi buat selamanya

6 september 1987 : lahirnya kakakku di dunia
#sory ngah, dulu aku excited sambut birthday kau. Bila september dekat je, dah prepare apa yang patut.
Lepas nenek pergi, aku boleh pejam mata lagi. Walaupun tu nenek kesayangan aku.
Mungkin aku puas hati sebab dapat mandikan jenazah nenek, tapi kali ni
aku hilang orang yang aku sayang buat kali kedua.
Aku tak puas hati sebab tak dapat tengok dia buat kali TERAKHIR.

so, birthday kau............................... sorry!



(Al-Fatihah sayang Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
#yunk tenangkan saya dekat sini ye









No comments:

Post a Comment