Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday 29 March 2012

Warkah buat sayangku Ahmad Zakwan

Assalamualaikum..

Sayang, semalam saya ada buat surat untuk sayang. Tapi saya tak tahu nak pos dekat alamat mana. Saya post dekat sini jela ye. Selamat membaca sayang..








Kononnya lepas buat warkah ni hati lega + tenang = boleh fokus kat web
Tapi makin bercelaru pulak n effect sampai hari ni.

Sayang, awak tau saya rindu sebab tu awak call macam yang saya cerita tadi kan?
Saya rindu awak sangat-sangat.

Sem 4 da nak berakhir maknanya dah satu sem saya sendiri tanpa awak di sisi.
Seseorang cakap kat saya bila saya tanya dia macam mana saya nak jumpa awak. 
Dia cakap "u can't see him n u can't meet him. but he close to u n always in ur heart"
Ye sayang, awak memang sentiasa dekat hati saya.
ALWAYS and NEVER BE REPLACE
Adik pown ada cakap cmtu juga.

Kenapa lah saya asik lupa je dengan pesanan-pesanan orang ni.

Aku yang terlalu merindui kamu
Mira Ziqa


(Al-Fatihah sayang Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
-maafkan segala dosa-dosa saya-

Hati berdebar-debar

Assalamualaikum..

"Awak angkat telefon ni nanti saya taknak kawan awak lagi, saya taknak sayang awak lagi. Awak cepat angkat telefon ni"

Ok, itu ringtone fon maxis saya. Awak yang suruh saya buat ringtone tu sebab bila awak call saya, awak nak saya angkat cepat-cepat. Awak tak sabar nak dengar suara saya.

Sekitar bulan sembilan aritu selalu juga saya dengar bunyi ringtone ni sebab kawan-kawan tak putus-putus call untuk bagi saya semangat. Tapi makin lama, makin kurang saya dengar ringtone ni.

Sekarang ni ringtone tu dah jarang bunyi. Kalau bunyi pown tak lain tak bukan mesti ibu or adik-beradik saya yang call. Kadang-kadang tu kawan-kawan ada call juga. Tapi jarang la..

Sampaikan kadang-kadang saya rasa malas nak pegang fon tu lagi. Sebab nanti saya tertunggu-tunggu panggilan dari awak. Fon tu selalu duduk dalam laci je. Kesian dia kan..

Kalau ibu ayah call no tu tak dapat, diorang pandai la call no lagi satu. Yang lagi satu tu ada je dengan saya sebab wallpaper dia gambar kita. Bila saya rindu, saya akan letak fon tu dekat dengan hati saya. Mesti awak selalu dengar kan hati saya cakap apa.

Lari topik pulak..

Saya nak cakap benda lain sebenarnya.
Awak, tadi awak call saya ke? Guna private number. Dah banyak kali dah number tu keluar kat screen. Tapi saya tak berpeluang nak angkat sebab fon dekat laci. Tapi tadi saya letak fon dekat sebelah n number tu call lagi. Saya angkat, dia diam je.

Haa awak call ea? Kenapa awak tak cakap? Saya hello hello awak tak jawab pown. Sengaja la kan awak ni.
Tadi akak sedara saya cakap kalau rindu calling-calling la.. Urm, macam mana saya nak calling-calling awak? No awak yang dekat sana saya tak tau. Ni awak call guna private number pulak. Sengaja la awak ni kan tak nak bagi saya tahu..


Awak call la saya balik. Saya nak dengar suara awak. Please dear.......


(Al-fatihah sayang Ahmad Zakwan bin Patah Raji)

Wednesday 28 March 2012

Hatiku Milikmu Ahmad Zakwan

Assalamualaikum..

Allah memberikan kita cinta jarak jauh. Dulu kita susah untuk jumpa. Awak dekat simpang, saya dekat muar. Awak belajar dekat Shah Alam, saya dekat Segamat. Saya selalu merungut cakap rindu dekat awak sebab tak dapat jumpa awak. Awak selalu pujuk hati saya. Awak cakap, "sayang sabar la nanti kalau dah kahwin hari-hari kita jumpa. Sekarang ni kita kena sabar dulu".

Baik awak, saya akan dengar cakap awak.

Sekarang jarak kita semakin jauh. Jauh yang teramat sangat. Awak dah ada dekat alam kubur, saya masih dekat bumi lagi. Macam mana kita nak jumpa? Pada zahirnya kita memang tak boleh berjumpa. Kita tak boleh bertanya khabar. Tapi,bila saya bacakan yaasin untuk awak, saya rasa saya dapat jumpa awak. Saya rasa tenang. Saya rasa bahagia. Mungkin hati kita dah bersatu. Walau jauh macam mana pown, saya dapat rasa awak tengah bahagiakan saya.

Mungkin awak bukan cinta pertama saya, tapi saya nak awak jadi cinta terakhir saya. Macam yang awak buat untuk saya. Pintu hati saya dah terkunci rapat untuk orang lain. Kunci tu ada pada awak. Awak je yang boleh buka pintu hati ni.

Awak jangan risau, bagi saya cinta tak boleh di tugar ganti dengan begitu mudah. Cinta bukan macam tukar baju. Tak suka baju tu, tukar baju ni. Tak suka warna tu, pilih warna ni. Tidak sayang, itu bukan saya. Awak kenal saya macam mana kan?

Awak.. saya terlalu rindukan awak. Saya dah tak mampu nak bendung air mata ni lagi. Saya dah tak mampu nak berpura-pura bahagia depan orang lain. Saya nak rasa bahagia yang macam dulu. Kenapa Allah bagi kita bahagia sekejap je? Allah nak bagi kita rasa nikmat bahagia tu dekat syurga nanti ye sayang? Jawab la soalan saya....


(Al-Fatihah sayang Ahmad Zakwan bin Patah Raji)

Friday 23 March 2012

Menanti penuh sabar

Assalamualaikum..

Gatal pulak jari jemari ni nak menari-nari dan berguling-guling kat keyboard. Rindu kat awak la sayang. :)

Saya tak heran dengan mereka yang cakap rindu kat BF/GF sebab tak jumpa seminggu dua. Apatah lagi yang tak jumpa sehari. What?? SEHARI... Alahai... sehari je pown. Amboi Mira, belagak sangat tu.

Maaf kawan-kawan. Mira dah terbiasa pula dengan perpisahan ni. Sekarang ni pown Mira tak jumpa dengan kekasih hati Mira setengah tahun bersamaan 6 bulan. Bayangkan 6 bulan dengan sehari anda semua. Dapat bayangkan tak??

Anda-anda semua, tak payah nak sedih sangat kalau tak dapat jumpa dengan kekasih hati anda sehari dua. Sebab nanti anda dapat jumpa juga. Saya tak dapat jumpa buat selamanya wahai kawan semua. Bukan setakat jumpa, dengar suara pown tak dapat. Ok, malas nak expalin kan lagi pasal ni sebab dah banyak kali Mira terangkan pasal benda ni.

Hope kita semua boleh lebih tabah dan sabar menanti sesuatu dan rindu kepada seseorang. Sabar kan separuh daripada iman.. :) Nasihat buat diri sendiri dan kawan-kawan semua


Sekarang ni saya tak sabar nak cuti sem la sayang. Ada lagi 3 payper (lawak ke der) . *pengaruhpengaruh~

Awak jangan lupa doakan saya tau. LOVEYOUMISSYOUSOMUCHDEAR~



(Al-Fatihah sayang Ahmad Zakwan bin Patah Raji)

Saturday 17 March 2012

Sangat stressssss bila...

Assalamualaikum..

Anda stress tak bila delete message dari encik BF anda? Mesti tak kan. Kadang-kadang mesti sengaja or terpaksa delete sebab inbox dah full dengan message encik BF kan?

Anda pernah rasa stress tak bila terdelete message-message tersebut? Mira pown tak stress. Kenapa nak stress pulakkan? Hari-hari boleh renew message tu. Tiap masa, tiap saat boleh renew. Betul tak? Mira selalu je delete message2 dari encik kekasih hati. Tapi bila inbox dah penuh la. Kadang-kadang sampai fon hang, tak bunyi. Tau-tau je ada message dari si dia. Kadang-kadang si dia merajuk sebab message dia tak di balas.

maaf la sayang.. saya tak perasan message awak tu...


Tapi sekarang, bila saya terdelete message awak, saya stress sangat. Eee fon ni mengong! Nak delete message lain, message awak gak yang terdelete. Awak.. Macam mana ni? Kalau 10 kali terdelete, mau habis message-message tu. Cmne saya nak renew semua tu? Dulu buka inbox je mesti nama awak first, buka sent item nama awak juga yang first. Buka kat delivered, nama awak lagi. Sentiasa nama awak yang pertama. Tapi sekarang, kenapa nama awak kat belakang? Dah lama awak tak hantar message kat saya kan. Saya rindu~~

Wahai nfon, please be nice with me.. Message-message dari Ahmad Zakwan tak boleh nak renew. Nanti saya rindu dia, saya nak tengok message siapa? Message-message tu je jadi ubat rindu ni..


 
SAYA SANGAT STRESS BILA TERDELETE TEXT DARI AWAK SAYANG... :'( 




(Al-Fatihah sayang Ahmad Zakwan bin Patah Raji)

Wednesday 14 March 2012

Kata kan YA untuk BERJAYA

Assalamualaikum..

Awak.. Saya nak share something ni boleh? Nak share dengan awak and kawan-kawan yang lain. Boleh la.. Ok terima kasih. Saya tau awak memang sangat baik.. :)

Hai kawan-kawan. Mira tau mesti korang tengah stress + tension kan sekarang ni . Ok, tolak tepi tension and stress tu ye. Jom  kita motivasikan diri kejap.

Korang tau tak otak kita ada 10 billion neutron, 3 butir neutron potensinya menyamai komputer besar Pentium 4. Wooww~ hebatnya kita.. Mesti banyak keajaiban otak yang kita tak tahu kan.

Dalam buku motivasi minda "Membina Jati Diri Gemilang" ni ada kata otak merealisasikan apa yang kita imaginasikan. Contohnya:

1.  Bila kita sentiasa fikir kenyang, kita takkan rasa lapar.
2. Bila kita cakap "aku boring la", kita akan rasa boring sangat-sangat.
3. Fikir nak balik rumah, kita akan balik betul-betul (diri sendiri buat)

Banyak lagi lah contohnya. So sekarang apa kata kita cakap macam ni selalu
1. Aku boleh buat semua ni (insyaallah kita boleh)
2.Wahai diri, engkau seorang yang hebat. (insyaallah akan hebat suatu hari nanti)
3. Saya seorang yang tabah.
4. Saya boleh jawab semua ni dengan mudah.
5. Saya boleh berjaya.

TAPI!!!!

Kita tak boleh cakap kosong je. Dah cakap semua tu, kita kena lah usaha dan doa pada yang Maha Esa sebab tanpa izin Dia, semua tu akan menjadi. Cakap pasal doa ni kan, korang tau tak, makna nama kita ni pown salah satu doa juga tau. Apa yang orang panggil tu akan jadi doa untuk kita. So, sesiapa yang nama panggilan dia tak berapa elok tu tukar-tukar la ye. :) 

Jom try makna nama kita. 

A : A(terbaik)
B : Bersungguh dalam semua kebaikan
C : Cinta Murni
D : Dedahkan kehebatanku
E : Eleh! Pada hal-hal yang tidak berfaedah
F : Fuh, semua orang menyukaiku
G : Geliga otakku
H : Hatiku bulat dengan keputusan yang kubuat
I :Indahnya hidup beragama(Islam)
J : Jika aku silap, betulkan
K : Kerana aku dijadikan tidak sia-sia
L : Lemparkan jauh-jauh semua yang tidak baik
M : Membina imaginasi cemerlang
N : Neraca timbangtara
O : Otak genius
P : Pintar
Q : Quran peganganku
R : Rahsia kehebatanku untuk di kongsi
S : Sentiasa memotivasikan diri
T : Tak mungkin aku gagal
U : Untuk yang satu
W : Wahai diriku yang tiada duanya
Y : Ya, tak aku siapa lagi
Z : Zabib (ok, jangan tanya apa maksud zabib)


Hasil nama NUR AMIRA HAZIQAH ---> Neraca timbangtara, Untuk yang satu(Allah), Rahsia kehebatanku untuk di kongsi, A(terbaik) Membina imaginasi cemerlang, Indahnya hidup beragama (Islam), Rahsia kehebatanku untuk di kongsi, A(terbaik), Hatiku bulat dengan keputusan kubuat, A(terbaik) , Zabib, Indahnya hidup beragama(Islam), Quran peganganku, A(terbaik), Hatiku bulat dengan keputusan yang kubuat.

Hasil nama awak pula AHMAD ZAKWAN ---> A(terbaik), Hatiku bulat dengan keputusan yang kubuat, Membina imaginasi cemerlang, A(terbaik) Dedahkan kehebatanku, Zabib, A(terbaik), Kerana aku dijadikan tidak sia-sia, Wahai diriku yang tiada duanya, A(terbaik),Neraca timbangtara.


Korang pula macam mana? Selamat berfinal exam. Semoga berjaya semua :) 
"Katakan YA untuk BERJAYA

 
Jom la kita berjaya sama-sama

 
Mesti bahagiakan bila dah berjaya :)




(Al-fatihah sayang Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
#semoga saya lebih kuat dan tabah lagi lepas ni.(berbekalkan semangat yang awak bagi) Aminnn~

Monday 12 March 2012

Selamat berjuang

Assalamualaikum..

Sayang, saya tak nak cakap banyak. Saya cuma nak cakap, esok saya start final. Awak doakan saya ye. Doakan saya boleh jawab dengan tenang, ingat apa yang saya belajar. Awak, terima kasih semangat tu. Saya tau awak pinjam kan saya semangat lepas saya ikut cara awak belajar. Terima kasih sangat-sangat sayang. :)

Awak nak tengok jadual saya? kejap ye..

31/03 abis.. yeaaahhh :)

urm, tu la jadualnye.. Tahun ni kena tutup pagar lagi. Tapi takpe lah.. Insyaallah saya akan cuba yang terbaik. Awak jangan lupa doakan saya tau sayang. Thank you..


Pada sesiapa yang baca blog ni, ehem-ehem jangan lupa doakan Mira ye.. terima kasih, Allah saja dapat balas jasa korang.

Good luck semua kawan-kawan, blogger, follower and sesiapa jela yang bergelar student UiTM. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita. Kepada yang banyak membantu, TERIMA KASIH :)




(Al-Fatihah sayang Ahmad Zakwan bin Patah Raji)

Tuesday 6 March 2012

I'll love you forever

Assalamualaikum..

Awak, saya nak cakap satu benda ni.Awak dengar tau. Awak nak record pown boleh. Cepat... Awak dah ready belum??


1
.
.
.
.
.
.
2
.
.
.
.
.
.
.
.
3
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~

Wahai Ahmad Zakwan,


ever and ever <3


senyum lebar pulak awak (^___________^)
suka la tu.



(Al-Fatihah sayangku Ahmad Zakwan bin Patah Raji)

Monday 5 March 2012

Warkah buat sayangku Nur Amira Haziqah

Assalamualaikum..

Dear Amira,

Yunk.. yunk apa khabar? sihat? Kenapa kte tengok yunk kejap happy kejap sedih ni? Yunk jangan la sedih-sedih lagi, kte tau yunk rindu kte kan? Kte pown rindu yunk. Rindu sangat-sangat. Yunk sabar ye. Kte akan tunggu yunk kat sini. Yunk nak tau? Bidadari cantik-cantik dekat sini. Tapi yunk jangan risau, kte akan tunggu yunk kat sini. Syunk, Mahligai kita hampir siap ni. Nanti yunk datang la tengok mahligai ni. Mesti yunk suka punya la. Kte buat khas untuk sayang kte sorang ni. Syunk, senyum sikit :)

Adinda,

Kanda dengar adinda dah nak final ye? Adinda study betul-betul tau, xmo main-main lagi. Kanda nak tengok adinda berjaya. Kanda nak adinda gembira. Family dinda pown sama macam kanda, nak adinda berjaya dan gembira. Tengok tadi ibu dinda call kan? Ibu cakap apa? Haaa kanda tau tu.. Dinda belajar elok-elok tau, kanda sayang dinda. Eh, seronok pula panggil dinda kanda ni. Macam lagu Atilia tu kan? Dulu kita selalu panggil macam ni kan? Dinda dinda....... ye kanda :)

Macam tu la, senyum selalu ye sayang. Jangan menangis lagi. Kesian kte tengok yunk hari-hari menangis. Lap air mata tu sayang. Tangan kte tak sampai nak tolong lap kan. Syunk lap sendiri ye.. hehe

Sayang,

Syunk jaga diri baik-baik ye. Syunk tolong jagakan family kte boleh? Anggaplah family kte macam family yunk sendiri. Kte minta maaf sebab tak sempat nak kenalkan yunk dengan mereka. Tapi tak pe, kte tau syunk kte ni hebat. Syunk da kenal dengan family kte kan? Syunk ok kan dengan mereka? Syunk kte kan hebat.... sbb tu kte syg yunk. Lagi satu, maafkan kte ye sayang tak sempat nak jumpa ibu dan ayah sayang pagi tu. Kte dah pergi dulu pula. Kte tau yunk dah beritahu mereka kan kte nak datang? Kesian sayang tertunggu-tunggu kte. Maaf ye sayang. Pagi tu ayah ada tanya-tanya pasal kte kan? Kte tau, kte dengar tapi kte tak boleh nak cakap apa-apa dekat sayang. Suara kte tak terkeluar dah. Sayang faham kan? Love u sayang <3 :)

Ok lah sayang, kte pergi dulu. Sayang ingat ni, kte sayang yunk. Kte pown rindu dekat yunk. Kalau yunk rindu kte, yunk bacakan yasin untuk kte ye. Kalau yunk tak sempat, sedekahkan kte surah al-fatihah pown da cukup. Tak pown, syunk selawat jela lepas tu sedekahkan sikit pahala tu dekat kte. Boleh kan syunk? Kte tau syunk kte ni sentiasa ingat dekat kte tapi syunk kena ingat ni, syunk kena ingat Allah. Dia yang cipta kita, Dia yang hidup dan matikan kita. Sebab Allah la kita jumpa dan berpisah. InsyaAllah nanti Allah temukan dan satukan kita lagi dekat syurga Firdaus. Amin.... cepat lah syunk aminkan doa kte ni. :)

Assalamualaikum sayang, semoga ceria selalu.

Kekasih yang menyayangimu,
Ahmad Zakwan :)


Alangkah indahnya kalau warkah ini memang awak yang buat untuk saya. Awak, awak tau saya rindu awak sangat-sangat? Dah 6 bulan awak pergi tinggalkan saya.Tapi masa tak pernah sekali buat saya lupa dekat awak. Dan bulan ni sekali lagi tarikh 4 hari bulan pada hari ahad. Sama seperti 6 bulan yang lepas. Hanya Allah je tau macam mana perasaan ini. Hanya senyuman yang terukir mampu menutup kesedihan yang ada. Terima kasih ya Allah kerana masih sudi memberi pinjam senyuman ini untuk diriku.

Awak, saya taknak awak balik. Saya taknak awak hidup balik . Bukan sebab saya dah tak sayang awak. saya sayang awak sangat-sangat. Tiada yang mampu gantikan diri awak dalam hati ni.Tapi saya tahu saat malaikat datang cabut nyawa awak,saat tu awak derita. Awak sakit. Saya tak nak awak sakit dan derita lagi. Cukuplah sekali itu saja.

Saya nak jumpa awak dekat syurga. Awak tunggu saya ye. Saya tak kesah berapa lama pown, saya sanggup tunggu asalkan dapat jumpa awak sekali lagi. Awak jangan risau, selagi saya mampu saya akan sedekahkan awak yasin dan al-fatihah banyak-banyak. :')






(Al-fatihah buat kekanda Ahmad Zakwan bin Patah Raji)

Thursday 1 March 2012

Hatiku luluh

Assalamualaikum..

Jom ramai-ramai tengok tarikh.. Hari ni 1 march kan? Betul tak apa yang Mira tengok ni? Betul kan kan kan?? Hari ni bukan 4 March kan? Eh, tapi kenapa hati ni luluh semacam? Kenapa mata ni bocor je ? Sistem perparitan kat mata ni tak betul da ke?

Atau awak rindu nak saya bacakan yasin untuk awak? Awak, maafkan saya sebab dah lama tak bacakan yasin untuk awak. Nanti saya bacakan yasin banyak-banyak untuk awak ye.. :')

Urm.. awak, saya betul-betul dah tak tahan ni. Andai kata saya tak teruskan belajar untuk sem depan dan seterusnya, maafkan saya ye. Saya tak dapat nak teruskan harapan dan cita-cita awak. Harapan nak tengok saya naik pentas pegang scroll tu. Maafkan saya.

Tapi sebelum tu,
Ibu andai kata anakmu ini kecundang kat tengah jalan maafkan anakmu ini ye. Anak ibu ni dah tak larat dan tak tertanggung da dengan semua ni. Sedih hati bila setiap kali nak test ibu call, ibu macam tau-tau je anak ibu ni ada test aritu. Pastu ibu mesti cakap, belajar dik nanti jawab betul-betul. Jangan main-main. Urm.. ibu, anak ibu ni dah belajar da. Dia tak main-main pown. Anak ibu ni sentiasa ingat pesanan, nasihat dan teguran ibu. Tapi ibu.... apa yang saya belajar macam curah air kat daun keladi je.

Ibu, saya tak rasa saya mampu untuk bertahan. Saya dah cuba jadi seperti dulu. Sentiasa bersemangat untuk belajar.Cuba untuk dapatkan keputusan yang baik. Saya tak nak buat ibu kecewa lagi. Tapi.. Saya tak yakin saya mampu. Saya dah dapat agak keputusan saya semester ni sama seperti semester lepas. Teruk dan sangat teruk.

Ibu, saya nak ibu sekarang. Nak tidur dengan ibu, nak makan masakan ibu, nak tidur dekat pangku ibu, nak tidur peluk ibu, nak nyanyi-nyanyi dengan ibu, nak borak-borak dengan ibu. Ibu, anak ibu ni dah tak terurus sekarang. Tolong saya ibu.. :'(


to my sister, jangan report yang bukan-bukan dekat ibu. Jangan buat saya menangis depan ibu dan ayah lagi. Cukup la 4 September 2011 saya menangis depan ibu dan ayah n mereka menangis sekali. Cukup la...Saya tak nak mereka menangis lagi.



rasa diri ni macam dah tak berguna. Tapi kenapa perasaan itu mesti ada? 
Ya Allah, kuatkan hati hambaMu ini. Tabahkan hatiku, teguhkan imanku. 



(al-fatihah sayangku Ahmad Zakwan bin Patah Raji)