Thursday, 29 March 2012

Hati berdebar-debar

Assalamualaikum..

"Awak angkat telefon ni nanti saya taknak kawan awak lagi, saya taknak sayang awak lagi. Awak cepat angkat telefon ni"

Ok, itu ringtone fon maxis saya. Awak yang suruh saya buat ringtone tu sebab bila awak call saya, awak nak saya angkat cepat-cepat. Awak tak sabar nak dengar suara saya.

Sekitar bulan sembilan aritu selalu juga saya dengar bunyi ringtone ni sebab kawan-kawan tak putus-putus call untuk bagi saya semangat. Tapi makin lama, makin kurang saya dengar ringtone ni.

Sekarang ni ringtone tu dah jarang bunyi. Kalau bunyi pown tak lain tak bukan mesti ibu or adik-beradik saya yang call. Kadang-kadang tu kawan-kawan ada call juga. Tapi jarang la..

Sampaikan kadang-kadang saya rasa malas nak pegang fon tu lagi. Sebab nanti saya tertunggu-tunggu panggilan dari awak. Fon tu selalu duduk dalam laci je. Kesian dia kan..

Kalau ibu ayah call no tu tak dapat, diorang pandai la call no lagi satu. Yang lagi satu tu ada je dengan saya sebab wallpaper dia gambar kita. Bila saya rindu, saya akan letak fon tu dekat dengan hati saya. Mesti awak selalu dengar kan hati saya cakap apa.

Lari topik pulak..

Saya nak cakap benda lain sebenarnya.
Awak, tadi awak call saya ke? Guna private number. Dah banyak kali dah number tu keluar kat screen. Tapi saya tak berpeluang nak angkat sebab fon dekat laci. Tapi tadi saya letak fon dekat sebelah n number tu call lagi. Saya angkat, dia diam je.

Haa awak call ea? Kenapa awak tak cakap? Saya hello hello awak tak jawab pown. Sengaja la kan awak ni.
Tadi akak sedara saya cakap kalau rindu calling-calling la.. Urm, macam mana saya nak calling-calling awak? No awak yang dekat sana saya tak tau. Ni awak call guna private number pulak. Sengaja la awak ni kan tak nak bagi saya tahu..


Awak call la saya balik. Saya nak dengar suara awak. Please dear.......


(Al-fatihah sayang Ahmad Zakwan bin Patah Raji)

No comments:

Post a Comment