Awak.. Saya nak share something ni boleh? Nak share dengan awak and kawan-kawan yang lain. Boleh la.. Ok terima kasih. Saya tau awak memang sangat baik.. :)
Hai kawan-kawan. Mira tau mesti korang tengah stress + tension kan sekarang ni . Ok, tolak tepi tension and stress tu ye. Jom kita motivasikan diri kejap.
Korang tau tak otak kita ada 10 billion neutron, 3 butir neutron potensinya menyamai komputer besar Pentium 4. Wooww~ hebatnya kita.. Mesti banyak keajaiban otak yang kita tak tahu kan.
Dalam buku motivasi minda "Membina Jati Diri Gemilang" ni ada kata otak merealisasikan apa yang kita imaginasikan. Contohnya:
1. Bila kita sentiasa fikir kenyang, kita takkan rasa lapar.
2. Bila kita cakap "aku boring la", kita akan rasa boring sangat-sangat.
3. Fikir nak balik rumah, kita akan balik betul-betul (diri sendiri buat)
Banyak lagi lah contohnya. So sekarang apa kata kita cakap macam ni selalu
1. Aku boleh buat semua ni (insyaallah kita boleh)
2.Wahai diri, engkau seorang yang hebat. (insyaallah akan hebat suatu hari nanti)
3. Saya seorang yang tabah.
4. Saya boleh jawab semua ni dengan mudah.
5. Saya boleh berjaya.
TAPI!!!!
Kita tak boleh cakap kosong je. Dah cakap semua tu, kita kena lah usaha dan doa pada yang Maha Esa sebab tanpa izin Dia, semua tu akan menjadi. Cakap pasal doa ni kan, korang tau tak, makna nama kita ni pown salah satu doa juga tau. Apa yang orang panggil tu akan jadi doa untuk kita. So, sesiapa yang nama panggilan dia tak berapa elok tu tukar-tukar la ye. :)
Jom try makna nama kita.
A : A(terbaik)
B : Bersungguh dalam semua kebaikan
C : Cinta Murni
D : Dedahkan kehebatanku
E : Eleh! Pada hal-hal yang tidak berfaedah
F : Fuh, semua orang menyukaiku
G : Geliga otakku
H : Hatiku bulat dengan keputusan yang kubuat
I :Indahnya hidup beragama(Islam)
J : Jika aku silap, betulkan
K : Kerana aku dijadikan tidak sia-sia
L : Lemparkan jauh-jauh semua yang tidak baik
M : Membina imaginasi cemerlang
N : Neraca timbangtara
O : Otak genius
P : Pintar
Q : Quran peganganku
R : Rahsia kehebatanku untuk di kongsi
S : Sentiasa memotivasikan diri
T : Tak mungkin aku gagal
U : Untuk yang satu
W : Wahai diriku yang tiada duanya
Y : Ya, tak aku siapa lagi
Z : Zabib (ok, jangan tanya apa maksud zabib)
Hasil nama NUR AMIRA HAZIQAH ---> Neraca timbangtara, Untuk yang satu(Allah), Rahsia kehebatanku untuk di kongsi, A(terbaik) Membina imaginasi cemerlang, Indahnya hidup beragama (Islam), Rahsia kehebatanku untuk di kongsi, A(terbaik), Hatiku bulat dengan keputusan kubuat, A(terbaik) , Zabib, Indahnya hidup beragama(Islam), Quran peganganku, A(terbaik), Hatiku bulat dengan keputusan yang kubuat.
Hasil nama awak pula AHMAD ZAKWAN ---> A(terbaik), Hatiku bulat dengan keputusan yang kubuat, Membina imaginasi cemerlang, A(terbaik) Dedahkan kehebatanku, Zabib, A(terbaik), Kerana aku dijadikan tidak sia-sia, Wahai diriku yang tiada duanya, A(terbaik),Neraca timbangtara.
Korang pula macam mana? Selamat berfinal exam. Semoga berjaya semua :)
"Katakan YA untuk BERJAYA
Jom la kita berjaya sama-sama
Mesti bahagiakan bila dah berjaya :)
(Al-fatihah sayang Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
#semoga saya lebih kuat dan tabah lagi lepas ni.(berbekalkan semangat yang awak bagi) Aminnn~
agree sgt sgt Amira :))
ReplyDeletethanks montela :) gudluck~
ReplyDelete