Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday 1 March 2012

Hatiku luluh

Assalamualaikum..

Jom ramai-ramai tengok tarikh.. Hari ni 1 march kan? Betul tak apa yang Mira tengok ni? Betul kan kan kan?? Hari ni bukan 4 March kan? Eh, tapi kenapa hati ni luluh semacam? Kenapa mata ni bocor je ? Sistem perparitan kat mata ni tak betul da ke?

Atau awak rindu nak saya bacakan yasin untuk awak? Awak, maafkan saya sebab dah lama tak bacakan yasin untuk awak. Nanti saya bacakan yasin banyak-banyak untuk awak ye.. :')

Urm.. awak, saya betul-betul dah tak tahan ni. Andai kata saya tak teruskan belajar untuk sem depan dan seterusnya, maafkan saya ye. Saya tak dapat nak teruskan harapan dan cita-cita awak. Harapan nak tengok saya naik pentas pegang scroll tu. Maafkan saya.

Tapi sebelum tu,
Ibu andai kata anakmu ini kecundang kat tengah jalan maafkan anakmu ini ye. Anak ibu ni dah tak larat dan tak tertanggung da dengan semua ni. Sedih hati bila setiap kali nak test ibu call, ibu macam tau-tau je anak ibu ni ada test aritu. Pastu ibu mesti cakap, belajar dik nanti jawab betul-betul. Jangan main-main. Urm.. ibu, anak ibu ni dah belajar da. Dia tak main-main pown. Anak ibu ni sentiasa ingat pesanan, nasihat dan teguran ibu. Tapi ibu.... apa yang saya belajar macam curah air kat daun keladi je.

Ibu, saya tak rasa saya mampu untuk bertahan. Saya dah cuba jadi seperti dulu. Sentiasa bersemangat untuk belajar.Cuba untuk dapatkan keputusan yang baik. Saya tak nak buat ibu kecewa lagi. Tapi.. Saya tak yakin saya mampu. Saya dah dapat agak keputusan saya semester ni sama seperti semester lepas. Teruk dan sangat teruk.

Ibu, saya nak ibu sekarang. Nak tidur dengan ibu, nak makan masakan ibu, nak tidur dekat pangku ibu, nak tidur peluk ibu, nak nyanyi-nyanyi dengan ibu, nak borak-borak dengan ibu. Ibu, anak ibu ni dah tak terurus sekarang. Tolong saya ibu.. :'(


to my sister, jangan report yang bukan-bukan dekat ibu. Jangan buat saya menangis depan ibu dan ayah lagi. Cukup la 4 September 2011 saya menangis depan ibu dan ayah n mereka menangis sekali. Cukup la...Saya tak nak mereka menangis lagi.



rasa diri ni macam dah tak berguna. Tapi kenapa perasaan itu mesti ada? 
Ya Allah, kuatkan hati hambaMu ini. Tabahkan hatiku, teguhkan imanku. 



(al-fatihah sayangku Ahmad Zakwan bin Patah Raji)

2 comments:

  1. mira...
    jgan matikan langkah anda di tengah jalan...setiap orang punya dugaan masing2...Allah menguji hambanya dengan cara berbeza2...sekurang2nya mira cuma kehilangan pakwe...cuba mira bygkan ada yang lebih berat ujiannya...kehilangan mak ayah sendiri...tpi mengapa mereka masih mampu melangkah ke hadapan???kerana mereka yakin dengan Allah...letaklah keyakinan sepenuhnya kepada Allah..kerana Allah tak akan menguji hambanya di luar kemampuan hambanya...dan Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya...pasti ada hikmah di sebalik ujian yang Allah berikan kepada mira...carilah kekuatan diri mira semula...kekuatan tu bukan ada pada ahmad zakwan tapi ada pada Allah...mungkin dulu Allah memberikan kekuatan itu kepada mira melalui ahmad zakwan..tapi sekarang mira kena cari sendiri kekuatan tu...sanggupkah mira tengok ibu ngan ayah mira sedih???mungkin luaran mereka tak nampak sedih tpi hati mereka???kita tak akan dapat melihat hati mereka...dan tak ada ibu bapa yang ingin melihat kegagalan anak mereka...bangkitlah mira...carilah kekuatan itu...peganglah pada janji Allah bahawa dia tak akan menguji hambanya diluar kemampuan hambanya....

    ReplyDelete
  2. urm,thanks nasihat2 tu. but, mira da try yg terbaek n mira still xleh go on lg.

    ReplyDelete