Wednesday, 28 March 2012

Hatiku Milikmu Ahmad Zakwan

Assalamualaikum..

Allah memberikan kita cinta jarak jauh. Dulu kita susah untuk jumpa. Awak dekat simpang, saya dekat muar. Awak belajar dekat Shah Alam, saya dekat Segamat. Saya selalu merungut cakap rindu dekat awak sebab tak dapat jumpa awak. Awak selalu pujuk hati saya. Awak cakap, "sayang sabar la nanti kalau dah kahwin hari-hari kita jumpa. Sekarang ni kita kena sabar dulu".

Baik awak, saya akan dengar cakap awak.

Sekarang jarak kita semakin jauh. Jauh yang teramat sangat. Awak dah ada dekat alam kubur, saya masih dekat bumi lagi. Macam mana kita nak jumpa? Pada zahirnya kita memang tak boleh berjumpa. Kita tak boleh bertanya khabar. Tapi,bila saya bacakan yaasin untuk awak, saya rasa saya dapat jumpa awak. Saya rasa tenang. Saya rasa bahagia. Mungkin hati kita dah bersatu. Walau jauh macam mana pown, saya dapat rasa awak tengah bahagiakan saya.

Mungkin awak bukan cinta pertama saya, tapi saya nak awak jadi cinta terakhir saya. Macam yang awak buat untuk saya. Pintu hati saya dah terkunci rapat untuk orang lain. Kunci tu ada pada awak. Awak je yang boleh buka pintu hati ni.

Awak jangan risau, bagi saya cinta tak boleh di tugar ganti dengan begitu mudah. Cinta bukan macam tukar baju. Tak suka baju tu, tukar baju ni. Tak suka warna tu, pilih warna ni. Tidak sayang, itu bukan saya. Awak kenal saya macam mana kan?

Awak.. saya terlalu rindukan awak. Saya dah tak mampu nak bendung air mata ni lagi. Saya dah tak mampu nak berpura-pura bahagia depan orang lain. Saya nak rasa bahagia yang macam dulu. Kenapa Allah bagi kita bahagia sekejap je? Allah nak bagi kita rasa nikmat bahagia tu dekat syurga nanti ye sayang? Jawab la soalan saya....


(Al-Fatihah sayang Ahmad Zakwan bin Patah Raji)

No comments:

Post a Comment