Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday 31 October 2011

Jumpa little hero

Assalamualaikum..

         Syunk.. Syunk.. Syunk.. :) Tadi budak-budak kecik tu datang rumah.. Syunk nak tau? Tadi FIRST TIME kte gelak dengan ikhlas seikhlas ikhlas nye la lepas yunk pergi. Sebelum ni gelak cuma untuk menutup kesedihan yang ada dan buat orang sekeliling kte ceria je. (OK, diri sendiri tak ceria nak buat orang ceria pulak mira ni) 


           Yunk tau tak sebab apa kte gelak tadi? Seronok sangat tengok gelagat budak berdua tu. Yang abg sebok berjoget bila tengok cerita upin ipin, yang adk pulak tak habis-habis menangis bila kena marah. haha Macam-macam lagi la gelagat diorang tu.

          Tapi syunk.. Dia datang kejap je. Petang tu along da balik da.. (Ok la tu kan dari dia tak datang langsung) Kte ingat nak ikut along balik tapi.. hehe malas pulak nak keluar dari rumah ni. Yunk paham-paham jela syunk yunk ni macam mana. Yunk tau kan? kan? kan?? Ok.. terima kasih syunk.. :)

          Aaachuummm! urmmm.. Demam?? Ooo tidak! Kte tak nak demam sebab dokter peribadi kte da takde. Nanti takde sape nak jaga. Nak paksa makan ubat. haha yunk paksa ke?? tak pown.. Yunk tak paksa. Yunk mana suka paksa-paksa yunk suka pujuk-pujuk je... kan kan kan?? kte kenal syunk kte.. :)

          Ok la syunk.. kte nak on9.. setiap hari kte on9, kte tunggu yunk on9 sekali ngan kte macam dulu tu.. Kte chat sama-sama kte komen sama-sama. Kte sentiasa check kat chat box tu kte tengok "my laling" on9 ke tak. Tapi sentiasa hampa.. :( mana yunk? mana yunk pergi?? oohhhh..







(Al-Fatihah untuk arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
~ Syunk.. kte nak gelak macam dulu lagi ~

Sunday 30 October 2011

Bestnyeeee ada pari-pari

Assalamualaikum..

         Syunk.. Hari ni hari ahad. Bila hari ahad je kte jadi trauma. Rasa nak menangis sepanjang hari. Kalau la boleh putar balik masa ni, kte nak hari Isnin sampai Sabtu je. Kte tak nak hari Ahad. Hari Ahad buat kte sedih la syunk..

          Syunk syunk.. Kan best kalau ada pari-pari kat dunia ni kan? Boleh kte minta macam-macam and dapat dalam sekelip mata je. Nanti kte nak cakap cmni kat pari-pari. " Wahai pari-pari yang cantik, boleh tak buat saya cantik macam pari-pari?" Keshing keshing keshing!!! (tengok!! kte da cantik......) hahaha..

          Tapi kan syunk, tu semua tak penting! Cantik ke tak tu semua kte tak kesah. Apa yang ada ni da cukup da. Kalau pari-pari tu betul-betul ada, kte nak buat TIGA permintaan je. Tak banyak pown. Syunk nak tau apa permintaan kte??

          Yang pertama, kte nak minta pari-pari tu bawa yunk balik. "Wahai pari-pari, bawa la syunk saya balik semula saya rindu kat dia". Keshing! keshing! keshing!! ( Yunk ada depan mata kte... seronok nyeeee!!!) Kte nak hidup bahagia ngn yunk macam dulu. Lepas tu teruskan macam yg yunk rancang. Kau pown nak?? ingat dapat?? dia aku punye!! kau! kau! kau! pergi main jauh2 sana! Mesti seronok kan syunk...

          Yang kedua, kte tak nak hilang orang yang kte sayang. Lebih-lebih lagi family and yunk. Tak sanggup da sayang. "Pari-pari, jangan pisahkan saya dengan orang yang saya sayang ye" Keshing! keshing! keshing!! (Ok.. semua orang yang kte sayang selamat.. Suka nyeeee!!).

          Yang terakhir sekali kte nak kehidupan kte masa kat simpang dulu. "Wahai pari-pari yang baik, saya nak kehidupan saya kat simpang boleh?" Keshing! keshing! keshing!! (Yeaaahhhhh!! kte da kat simpang! Boleh jumpa yunk hari-hari!) Mesti seronok kan kalau dapat apa yang kte nak. Bila la semua ni nak jadi kenyataan... =_=

        Syunk syunk... kte sebenarnya.. @#$%^&*&%$#@%&^%$ .. Jangan risau.. Boleh bergerak lagi ni.. :) Tengok, kte senyum... Esok kte jumpa lagi ye syunk.. Miss you.. Eh syunk.. terlupa pulak. Semalam ada piala Malaysia Negeri Sembilan menang 2-1 lawan ngn Terengganu. Kte dapat tengok masa game baru start and bila game da habis je. huhu.. Yang ni mesti syunk suka.. Semalam Arsenal lawan ngan Chelsea gak. Arsenal menang syunk, 5-3.. Ok.. Kte nampak yunk senyum... :)






(Al-Fatihah untuk arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)

Saturday 29 October 2011

Saya nak kahwin...

Assalamulaikum..

          Syunk... Kte nak kawen ngan syunk... Tadi kte ada terbaca ni.. "Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasulullah SAW bersabda ' Tiada si bujang di dalam syurga' ". Syunk syunk, syunk tunggu kte ye.. Syunk jangan lupakan kte tau.. Nanti kat sana kte kawen ye.. (^^,) .

          Cakap pasal kawen ni teringat pula dengan cita-cita and angan-angan kita berdua dulu. Syunk ingat tak? Syunk la yg paling excited kan rancang semua ni. Kadang-kadang tu geram gak dengan yunk, yela angan-angan bukan maen besar lagi. Tapi sekarang, semua tu yg kte rindu and kte harapkan. Boleh tak kte nak putar balik masa ni? Kte nak stop kan masa kte bersama.

          Syunk.. Kte nak baby.. Haha! Ingat lagi masa kte cakap cmni syunk gelak bukan maen besar lagi. Syunk ni jangan la pikir jauh sangat. Syunk tau kan kte memang suka baby. Bila dapat pegang baby, kte rasa seronok sangat. Syunk ingat tak masa kte jaga Danial and Danish aritu. Apa syunk ckp dekat kte?? haha syunk ingat kan.... Bila la kte nak dpt baby ni?? Sape nak bg kte baby? Baby angkat pown bole la syunk.. Lepas habis belajar nanti kte nak amek anak angkat la syunk, bole ea.. Lepas tu yg lelaki kte nak letak nama dia ada A Z macam yunk and perempuan A H macam kte.. Nur tu mesti la kena letak. Baru la bercahaya baby tu nanti hehe :)

         Syunk.. Tadi kte dengar lagu Dan Bila Esok. Lagu kesukaan yunk tu. Sambil dengar kte nyanyi sekali macam yunk nyanyi utk kte tu. Tiba-tiba je kte rasa pipi kte basah. Syunk... Kte rindu.. Nak dengar suara yunk lagi. Lirik ni yg buat kte nangis. "kau diam tanpa kata saat ku ucap semua rasa dan bila esok kita kan bertemu kembali masih kah ada ruang di dalam hatimu tuk cinta yang pernah kita miliki tuk selama-lamanya". Dulu bila kte cakap nak cerita sesuatu kat yunk, yunk la orang paling excited nak dengar. Yunk akan dengar pastu yunk bg nasihat, yunk pujuk, yunk bagi respond. Tapi sekarang, bila kte cerita kt yunk, kte tanya yunk, yunk x jawab pown. yunk diam je. Syunk, nanti kte jumpa ye.. Tunggu kte ye syunk..





(Al-Fatihah untuk arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
p/s: Tunggu kte tau syunk!! kte rindu.....


           







Friday 28 October 2011

Syunk, saya tension

Assalamualaikum..

          Tension tu apa? Tension tu rasa macam nak makan org! Memang tengah lapar pown ni. Da dua hari x makan pape. Bukan xde makanan tapi tekak ni x lalu nak makan. Tiba-tiba teringin nak makan orang lak. haha! Ada sape-sape yg sudi  untuk di makan?? Angkat tangan macam ni  \0/ .

          Syunk, kte tau kte couple ngn yunk baru bpe bulan, dia kawan ngn yunk da bertahun. Kalau nak di bandingkan 19 tahun dengan yang setahun pown x sampai ni memang dia yang lama. Tapi ade ke selama 19 tahun tu hari-hari yunk ngn dia? Hari-hari yunk ada dengan dia? Hari-hari yunk teman kan dia? Suka duka yunk kongsi sama-sama dengan dia?? Tak kan syunk?? Syunk.. jawab syunk....

          Mungkin dia ckp bila dia ada masalah dia akan cerita kat yunk. Yunk jadi pendengar dia. Tapi pasti ke dia cerita dekat yunk sorang je? Yunk sendiri cakap dekat kte dia ramai kawan sesiapa je dia boleh cerita. Kte suruh yunk pergi dekat dia tapi yunk tak nak? kenapa? kenapa yunk x nk pergi dekat dia?

          Syunk.. Yg x sampai setahun ni yg sentiasa bersama ngn yunk. Hari-hari kte dgn yunk. Hari-hari yunk ada dgn kte. Hari-hari yunk temankan kte. Suka duka kte kongsi sama-sama. So, salah ke yunk kte nak syg yunk walaupun yunk da xde? Memang yunk xde depan mata kte tapi yunk ada dalam hati kte. Salah ke yunk kte sentiasa igt kat yunk? Yunk... salah ke?? Syunk.. Jawab la..

         Kte tau dia dekat , dia boleh tengok yunk bila2 masa je. Masa hari terakhir yunk dia dapat tengok. Tapi kte?? Kte nak pergi tengok yunk. Kte nak sangat... Tapi ape je kte boleh buat? Kte lemah sangat syg masa tu. Kte da xboleh pikir pape. Kte terbaring je kat kerusi tu da x boleh nak buat pape. Da separuh mati da kte masa tu yunk.. Tapi kenapa x mati terus?? Apa ayah cakap, kte iye kan je. Yunk... yunk faham kte kan....

         Da hampir dua bulan yunk pergi. Dia sedih sebab kawan dia da xde? Sekali dia sedih, 10 kali lagi kte sedih yunk. Dia hilang kawan yg time sedih je dia cari. Tapi kte? Kte hilang separuh jiwa kte.. Kte hilang orang yg hari-hari ada untuk kte. Kalau boleh kte nak pergi sama-sama dgn yunk. Yunk... Amek la kte , bawa kte pergi sama-sama dgn yunk. Kte da x kuat syg nk teruskan hidup ni...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

        Korang, korang tau kan rindu tu apa? Xyah la Mira nak ajar korang cmne rasanya rindu tu. Korang masing-masing ada couple kan? Korang beruntung bila korang rindu dekat pakwe/makwe korang, korang still boleh dengar suara dia, korang still boleh text dia, korang still boleh tau khabar dia, walaupun korang x boleh tengok dia depan2 tapi korang still boleh skype ngn dia, korang still boleh 3G ngn dia, korang still boleh buat video call ngn dia. Macam-macam cara korang boleh buat bila korang rindu.

        Tapi Mira?? Mira x kata Mira x untung. Mira untung jugak. Mira dapat cinta dia sampai dia pergi. Korang ada?? Korang xde. Korang tau mcm mne rasanya? Korang xtau. Korang nak ganti tempat Mira? TAKPE la.. terima kasih je.  Tapi bila Mira rindu dia, Mira x boleh dengar suara dia, Mira text dia dia x reply, Mira xtau khabar dia kat sana. Apa yg Mira boleh buat? Mira mengadu kat dia tapi apa respond dia? Dia x bg respond. Mira mengadu kat Allah. Mira berdoa supaya  Mira boleh jumpa dia. Korang boleh x doa sama2? Tolong korang, doakan Mira dapat jumpa dia.

          Mira nak cakap sesuatu kat korang ni. tapi Mira x tau nak ckp cmne. Kalau korang x jumpa couple korang dua hari pown korang da rindu kan? Cuba korang bayangkan, makin hari Mira tunggu makin lama Mira x dpt jumpa dia. So,cmne? harap korang paham la mksd tersirat kat sini.

Sekian,terima kasih.,



(Al-Fatihah untuk arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
P/S : minta maaf sebab entry kali agak kasar.
       

       

Thursday 27 October 2011

Jiwa Kacau!! haha

Assalamualaikum..

          Syunk... Hari ni kte da ok sikit. Tak macam dua hari yg lepas. Syunk jangan la risau k. Syunk nak tau x? Lepas syunk pegi kan, kte makin rapat ngn adk yunk. Bukan adk je, family sekali. Masa kenduri aritu, kte tido umah yunk satu malam. Yunk ingat tak dulu kte penah cakap kte nak g simpang nk jumpa kawan2 lama. Pastu yunk offer yunk cakap kalau g simpang, yunk suruh kte tido rumah yunk. Yunk cakap rumah yunk banyak bilik kosong. Masa tu kte cuma tergelak je sebab memang xla kte nak tido umah yunk. Malu la yunk......

          Masa kte g umah yunk ngn shida aritu, kte tengok umah yunk.. Kte check semua bilik yg ada. Kte kira xdela byk sgt bilik tu. cukup2 utk family yunk je. Mana bilik kosong yg banyak tu???? Yunk tipu kte ea?? Tak..Tak mungkin yunk tipu kte. Yunk tak pernah tipu kte. Tapi kalau kira bilik2 tu sekarang memang byk pown bilik kosong.. Yunk da tau lama ke banyak bilik yg akan kosong??? Yunk.. Kte da buat da apa yg yunk nak. Kte da tido da kat rumah yunk tu. Kte da teman family yunk.

         Yunk.. Kte da jumpa orang yg sama dgn yunk. Cara dia, suara dia, degil dia, perangai dia sama macam yunk. Bila kte dgr suara dia, kte rasa tu yunk. Bila kte text ngn dia, kte rasa kte nga text ngn yunk. Bila kte pujuk dia, rasa mcm pujuk yunk. Yunk..jangan la jeles. Yunk tetap kat hati kte.. Orang yg sama ni, adk yunk la. Ye.. Alyn, puteri kesayangan keluarga yunk tu. Tapi, walau sama macam mana pown dia ngn yunk, aura dia tetap x sama. Yunk gak terbaik!!

           Yunk...rindunya kat yunk.. Yunk tau x aritu adk yunk tu merajuk. Haha!! Penat pujuk dia..  Pujuk punye pujuk last2 kte yg menangis. Yunk jgn la gelak! Yunk ni kan.. memang tau.. Mata kte ni agaknye da bocor la yunk. Asik nak menangis je sekarang ni. Tu la, dulu bukan main bahagia lagi ngn yunk. Yunk la wat kte bahagia. Tengok, kan sekarang kte da rindu semua tu.. Macam mana kte nak dpt kan balik bahagia tu?
Yunk, kte yg dulu and yg sekarang ni nampak sgt ke perbezaannya?? Orang asik suruh kte senyum je. Kte cakap kte senyum dalam tangisan pown diorang ckp xpe, asalkan Mira senyum. Haaaa ntah pape jela diorang ni kan?

           Ok la syunk, esk kte jumpa lagi ea.. Yunk, dengar cte Arsenal menang. Tapi xtau la yunk,kte x tengok pown kte dgr2 je.. Love u syunk!!





(Al-Fatihah untuk arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
p/s: sentiasa menunggu :)

Wednesday 26 October 2011

Seronoknya jumpa sayang saya!!

Assalamualaikum..

          Yunk.. Cmne xnak rindu kat yunk ni?? Masing-masing suruh sabar. Diorang cakap nanti lama-lama Mira ok la tu. Tapi x ok2 pown yunk.. Kalau tunggu punya tunggu pastu yunk balik xpela gak. Baru la x rindu. Tapi ni.. Yunk x balik pown.. Makin lama x jumpa yunk mesti la makin rindu kan?? Sedangkan dulu boleh tanya khabar berita pown da rindu ni kan sekarang.. Tak tau pape pown pasal yunk. Suara yunk pown xdengar cuma dapat tengok yunk dekat gamba je. Bila kita nak jumpa ni yunk??

         Yunk.. tadi kita jumpa kan?? Seronoknya sayang!!! Tapi yunk bawa kte g mana? Tempat tu pelik la syunk.. Kte xpernah pergi tempat tu. Banyak kali kte tanya yunk tapi yunk x jawab pown. Pakaian pown pelik je syunk.. Kte kat mana tu syunk??

        Lepas jumpa tu kte text kan syunk?? Yunk asyik cakap rindu je. Tadi kan kte da jumpa.. Tapi sebenarnya kte pown rindu yunk.. Rindu sangat2. Npe yunk hantar kte balik?? Yunk... Seronok nye dapat gurau2 ngn yunk! Yunk sempat lagi cakap pasal impian yunk tu. Impian nak kawen.. Kan kte da plan semua tu. Kte serius kan ngn hubungan ni?? Syunk kte kan matang.. macam2 yunk plan kan. Yunk2, Kte da wat da buku tu.. Walaupun bkn nama kte berdua tapi tu buku masa depan. Yunk suka x?? Eh, yunk senyum?? Hehe suka la tu....



Lebatnye hujan ni lebat tu gak la air mata kte turun yunk..

         Kuatnya kilat ni, kuat gak hati kte memberontak nak jumpa yunk..

 
        Tiba-tiba je hujan lebat dan kilat sabung - menyabung. Kte terus text kat yunk.. " Yunk.. Takut.. Hujan lebat.. Ada kilat.. urm.." Bunyi la lagu transformer. Maknanya ada orang reply text tu. Tapi......... bukan yunk?? Kenapa adk yunk reply text tu? Mana yunk?? Yunk....... Yunk.. Yunk...!!!!! Buka inbox tengok semua message tapi mana text yg yunk hantar tadi?? kenapa semua nya xde? Sape yg delete?? (T_T)

          Alyn sedarkan kte.. "akk, akk mimpi ea?" Urm.. yunk.. Kte mimpi je yunk.. Rindunya kte kat yunk sampai mimpi2 yunk.. Tapi seronok sangat syunk.. Terima kasih syunk datang dalam mimpi kte.. Jangan lupa datang lagi ye.. Yunk.. Alyn ckp dia nak ikut kte jumpa yunk.. bole ke yunk?? Xbole kan?? Yunk da nak jemput kte ke? Tapi amalan kte x cukup lagi nanti kte x boleh jumpa yunk. Yunk kan baik.. Kte ni??? Sabar ea syunk.. Bagi kte masa sikit lagi.. Nanti kte jumpa betul2 ok syunk??


 tengok bear tu comel kan??
menunggu bila la dapat jumpa ni...


Cantiknya pelangi ni.. Bila nak dpt pelangi secantik ni lagi?




(Al-Fatihah untuk arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
sesape yg jenguk blog ni, luangkan la masa seminit utk sedekahkan al-fatihah untuk arwah. terima kasih :)

p/s: Syunk yunk sangat2!! terima kasih syunk!!

Tuesday 25 October 2011

Terima kasih kawan!

Assalamualaikum..

          Sory syunk.. hari ni lambat sikit kte bercerita kat yunk.. Tadi kte.. Meh sini kte bisik.. $%^&#**#$&#&^#**$.. Ye yunk.. Tu la datang balik benda tu. Sakit la yunk.. Apa?? pegi hospital?? Ohhh... Xpela yunk.. kan kte da ckp dulu nak yunk je jadi dokter kte.. Ala.. yunk jgn risau kte kuat la nak tanggung..Tengok!! Kte ok.. Kte x kuat nak tanggung rindu kat yunk je... :(

          Eh, sory-sory.. Sebenarnya hari ni Mira nak bercerita pasal kawan-kawan Mira yg baik hati ni. Orang cakap kawan untuk gelak ketawa senang cari tapi kawan untuk sama-sama menangis dengan kte susah nak cari. Betul ke?? Mira rasa memang betul pown fakta ni. Bila kita kaya, senang, gembira semua orang nak datang dekat tapi bila kte miskin, susah and sedih diorang akan lari.

          Tapi Mira bersyukur sangat sebab kawan-kawan Mira x macam tu. Diorang semua baik-baik. Masa susah mahupun senang diorang tetap ada kat sebelah Mira. Mira x tipu la.. Betul ni.. Tak percaya?? Jom baca kat bawah ni..

          Hari first kekasih hati Mira pergi je kawan da datang membantu. Wani.. Ni la kawan yg Mira maksudkan. Dia la yg inform semuanya. Dia memang sangat baik la! Kalau dia x gtau pagi tu, xtau la nak cakap apa. Agak-agaknya Mira pown da pergi sama-sama ngn arwah yg bezanya Mira pergi sebab terkejut. Tapi bagus gak kan kalau cmtu.. haish!!

          Lepas tu satu per satu Mira dapat message and call dari kawan-kawan Mira yg baik tu.. Diorang ucapkan takziah. Sedihnya... Memang sedih sangat dari hari first sampai sekarang air mata ni x berhenti-henti keluar. Agaknya sampai buta nanti baru berhenti. Xpe, biar jela best gak sejuk pipi ni ..

          Disebabkan ahad tu hari terakhir untuk cuti raya, nak xnak kena gak la balik UiTM Segamat tu. Ikutkan hati memang xnak balik! Betul.. Mira xnak balik. Kalau la xde quiz,test and final yg da dekat tu memang Mira da skip da kelas untuk seminggu tu. Sampai-sampai je kat bilik tu da dapat pesanan dr roomate.. Dia cakap cmni "Mira.. Mira ok x? Final da dekat ni. Mira kena kuat ok!" Nak je jerit taaakkkk!! Mira x ok.. tapi.. haha xpela.. Nasib baik ada kawan-kawan yang memahami kat UiTM tu.. Diorang selalu support Mira.. Fiqa, A'ai, Jia, Fariha, Yan, Shida, Ifa and ramai lagi laaaa!! Korang.. thanks..

          Malam tu, Shida and Ifa datang bilik Mira. Eh, susah-susah je datang kan jauh kolej tu. Nak tenangkan Mira la tu... Tapi wat Mira nangis lagi adela.. haha! Lagi-lagi masa ifa cerita arwah ada pesan kat dia suruh tengok-tengok kan Mira siap bagi no fon lagi nak suruh Ifa inform kat dia kalau ada pape.. "Syg nye dia kat Mira". Ifa, ape lagi inform la cepat apa yg da jadi ni.. Text kat dia n cakap Mira rindu dia sgt2 tau!! Cepat la Ifaaaaaa......

           Lagi terharu Shikin, Shida and Kelly siap belikan makanan untuk Mira. Kenapa korang ni? Jangan risau la.. Baru seminggu Mira diet x makan pape korang ni kacau la! haha.. Eh, berkesan tau diet ni.. Jeans Mira longgar lepas seminggu tu.. Sape yg nak kurus tu try la diet ni.. haha!! Eh2, jangan.. Mira gurau je.. Xnak la korang sedih2.. Mira nak kawan-kawan Mira happy je. Sakit wooooo sedih ni.. Sape yg xpernah rasa, better korang jangan rasa. Ingat pesan tu!!

          Yang ni.. PALING-PALING TERHARU... Wahai NORSAHIDA IBRAHIM , terima kasih la kawan!! Shida the best!! Korang nak tau sebab apa? Dari hari first Zakwan pergi sampai habis final, Shida la yg teman Mira. Hari hari ok!! Pegi mana2 semua ngn Shida. Tidur pown ngn dia! haha.. Lagi satu, Shida gak yg bawak Mira g simpang aritu. Kte tengok Zakwan sama-sama kan Shida.. Thanks Shida.. Mira tau Shida selalu cuba nak buat Mira senyum lagi kan? Walaupun sebenarnya xbole nak senyum da tapi Mira try gak untuk senyum demi Shida. hehe.. Shida, Shida... Miss you la!!

         Ala.. yang lain-lain tu yg Mira x mention kan tu korang jangan la kecik hati.. Semua kawan-kawan Mira baik-baik. Mira tau.. Kawan-kawan SKSR, kawan-kawan SERI MENANTI, kawan-kawan TEKNIK MUAR, kawan-kawan UiTM SEGAMAT, kawan-kawan FACEBOOK and semua la yang namanya kawan Mira semua baik-baik.. Mira sayang korang la..





Ni la Wani yg Mira cte tu.. Dia kwn dr SKSR dulu..
wani, sory.. amek gmba ni kt fb wani.. hehe :)


 Yang baju hitam ni cik NORSAHIDA IBRAHIM..


Tengok bulan tu.. Yunk, yunk kan tu?? 


 Yg baju merah tu ifa.. tukang beri maklumat kat si dia.. :)


 Eh, ade yunk lagi kt atas tu.. :)


Tengok, Mira sayang kawan-kawan Mira...


Yunk.. yunk ingat x kte selalu cte pasal diorang kat yunk?? haha.. 
lagi2 si shida tu. dia mmg baik yunk.. diorang selalu bagi semangat tapi 
semangat tu x sama ngan semangat yg yunk bg.. Aura dia tu beza la yunk..
Nak semangat dari yunk gak.. yela.. semangat yg yunk selalu bg tu.
time kte down, nak quiz, test, kan yunk selalu bg semangat sampai
result sem 2 kte naik mendadak. Semangat dari yunk la tu!!
Cakap pasal result kan yunk..
Lebih kurang 10 hari lagi result keluar.. Takut la syunk..
Mesti teruk kan result kte sem ni.. 
Yunk.. cmne ni?? T_T



(Al-Fatihah untuk arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
p/s: Hanya Kau Ku Sayangi yunk.. 
Ingat x novel yg yunk belikan untuk kte tu? 


Monday 24 October 2011

Syunk... Jangan pergi!!!!

Assalamualaikum..

Ahad, 4 September 2011.

          Kalau masa boleh di putar balik, Mira tak nak tarikh ni. Tapi kuasa Allah tiada siapa yang boleh menghalangnya. Mira tau semua tu. Tapi kesedihan tetap melanda diri dengan semua ini. Sayang.. Jangan pergi!! 

          Pagi tu seperti biasa bangun dan tengok fon. Hati berkobar-kobar.. SAYANG AKU NAK DATANG HARI NI!! Ok. Ada tiga message..Tp takde misscall seperti selalu. Dalam keadaan mamai Mira buka message tu satu per satu. 

          Message pertama di buka. 

From : ZAKWAN
Xpela. Xngntok pown.. Bia la.. Pandai2 la kte nk bwt pe..
 3/9/2011                   11:30pm

Dalam hati berkata. "kesian nye syunk aku ni.. Sory syunk kte da tertido dulu". Jari terus menekan message yg kedua.

From : ZAKWAN
Bosan.....
3/9/2011              11:40pm

Syunk... kesiannya.. Sambil marah-marah mata ni sebab tidur awal sangat malam tu. "tengok, syunk aku message aku xdengar". Tapi pelik gak sebab tak pernah pown Mira cmni. Biasa kalau da tertido pown tapi bila dia message Mira akan dengar. Mira abaikan message yang ketiga kejap sebab Mira terus send message kat dia dengan harapan nak pujuk and bermanja-manja dengan dia.. "Yunk............". Message di hantar tapi pending!! Bercakap sendirian.. Bateri dia xde kot.. Xpela kejap lagi delivered la tu.. Ops!! Hampir terlupa dengan message yg ketiga. 

From : MAXIS
You have 1 misscall from 0123456789

No siapa pula ni misscall pagi-pagi?? Sambil tersenyum.. "No adik yunk kot.. Betul la tu bateri yunk xde". Tapi nak kan kepastian try la call no tu. Eh, WANI SKSR la.. Disebabkan terkejut, tiba-tiba call di matikan.. tak lama lepas tu Wani call balik.

Wani : Assalamualaikum Ziqa.
Mira : Waalaikumussalam..
Wani : Takziah Ziqa..
Mira : Takziah?? Kenapa??
Wani : Ziqa xtau ke? Wan da xde..
Mira : .......................... Xmampu nak ckp apa.
Mira : Wani tipu la..
Wani : X syg.. Wani xtipu.. Wan excident kat Yong Peng pagi td
Ziqa.. sabar ok..

          
          IBU!!!!!! Kawan kak cik excident.. Dia meninggal.. Kawan?? Ye.. Mira kenalkan dia kat family sebagai kawan. Tapi ibu, ayah, akak semua tau dia bukan kawan biasa tapi "kawan" yang terlalu istimewa. Masing-masing tak percaya dengan apa yg Mira katakan. Mira tak mampu nak kawal air mata ni.. Menangis dan terus menangis. Akak diam tak terkata. Adik yang memujuk meminta Mira untuk bersabar. Tapi pujukan tu tak memberi kesan sedikit pown.
 
          Mira masih tak puas hati dengan apa yang Wani gtau. Bukan tak percaya kat Wani tapi Mira tak percaya dengan berita tu. Mira kena tanya orang terdekat dengan dia. Siapa??? Ibu dia.. Ye ibu dia.. Mira terus minta no kat Wani.. Wani,, terima kasih Wani.. Wani banyak membantu Mira.. 

         Takut and malu dengan ibu dia. Tapi tak peduli da semua tu. Dapat je no, Mira terus call ibu dia.. Tuuuttt.. tuuuuuttt.. tttuuuuutttt...

Mira : Assalamualaikum makcik.. Ni mak Zakwan?
Ibu : Waalaikumussalam.. Ye.. Ni siapa?
Mira : Ni Mira kawan Zakwan.
Ibu : Oh.. Mira yang duduk Muar tu ke?
Mak dia kenal Mira rupanya..
Mira : Ye makcik.. Makcik, betul ke Zakwan..... 
Ibu : Ye Mira. Minta maaf Mira beras tu semua 
da berterabur kat jalan.
makcik, biar la ngn beras tu. mira nak zakwan!
Makcik pown bercerita semuanya

             
          Syunk.. Alyn da gtau dia mati akal nak gtau kte cmne sebab dia xde no kte. Fon yunk.. Dua-dua xde.. Laptop yunk pown sama. Bantal?? Yunk bawak pergi juga.. Semua yunk bawa pergi.. Tapi yunk x bawa kte. Nasib baik ada Wani.. Kalau x, xtau la yunk..

          Syunk.. Sory syunk kte x dapat melawat yunk buat kali terakhir. Pagi tu ayah ada hal and mak cik dari Melaka datang. Sory syunk.... Yunk tau kan? Kte ada gtau yunk aritu.

          Syunk.. Kte da siap kan baju pink yg yunk nak kte pakai pagi tu. Malam tu kte da siapkan yunk.. Seronok nye kte bila yunk nak balik.. Syunk.. Ibu da offer nak masakkan ketam masak tiga rasa pagi tu. Yunk kan teringin nak makan ketam..  

          Perasaan berkobar-kobar menunggu kekasih hati datang untuk beraya di rumah bertukar dengan tangisan yang sayu sepanjang hari. Tiada la lagi dokter peribadi, cikgu khas, ustaz, semangat.. Ohhhh... Semuanya hilang dalam sekelip mata..


SAYANG.... JANGAN PERGI!!!

TAK PERNAH KU RASA BEGINI MENYINTAIMU SEPENUH HATIKU. 
TERNYATA HANYALAH DIRIMU YANG MENGERTI AKU SEPENUH HATIMU. 
KU INGIN KAN SELALU  TERHENTINYA WAKTU SUPAYA KITA TERUS BERSAMA. 
JANGANLAH KAU PERGI TINGGALKAN DIRIKU SENDIRI JAUH DARIMU. 
KU PERLUKAN KAMU INGINMU SELALU TEMANI JALAN HIDUPKU.



 Syunk.. Bantal ni ada kat kte. pegi mana-mana kte bawak


  Bantal ni?? Yunk da bawak g sne kan?
Love u la syunk!!

 Rindunye ngn senyuman ni.... Sory syunk, ni gamba curi
Ingat x kt i-city tu?? Yunk kan jd model kte.. :)


yang ni?? gamba kte bersama.. Bersama until u died and forever la syunk.
LOVE YOU MR ADZN!!


(Al-Fatihah untuk arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
P/S : syunk.. semalam ada game man u lwn man city.. Man u kalah yunk.. 6-1.. Yunk suka kan??  LOVE YOU YUNK...

Sunday 23 October 2011

Syunk.. Ni yg terakhir..

Assalamualaikum..

          "Yunk.. kte syg yunk.. Yunk.. Kte rindu yunk.. Yunk.. Kte nk jumpa yunk.. Yunk.. DAPAT KE KTE JUMPA?"

          Ni la kata-kata terakhir dia. Setiap hari, setiap saat dia akan cakap benda ni. Tapi Mira tak tau ni la petunjuk yg dia bagi kat Mira utk beritahu dia akan pergi selamanya. Mira cuma fikir dia cuma maksudkan xdpt jumpa untuk waktu yg agak lama sebab 6/9/2011 dia akan mendaftarkan diri ke UMK utk sambung degree.

          Seperti biasa, Mira akan tenangkan dia. Suruh dia utk bersabar. Memang mudah utk menasihati orang. Memang mudah utk menyuruh seseorang bersabar. Memang mudah untuk suruh seseorang berdoa. Tapi.. Untuk melakukannya sangat perit. Air mata sentiasa menemani. Mira faham perasaan dia sebab dalam hati Mira menjerit-jerit benda yg sama. 

          Minggu-minggu terakhir ni juga dia mudah tersentuh. Mira cakap sikit dia mesti terasa. Betul ke orang yang akan pergi akan melakukan sesuatu yang pelik?? Yunk.. text-text terakhir yunk semua kte simpan. Kte akan baca bila kte rindu yunk dan dalam masa yg sama air mata akan menemani. Sory syunk.. Kte tau yunk x ske tapi, kte x kuat syunk.. Kte x bole nak halang dia dari keluar.

          Tersentuh sangat dengan ayat ni..:

Mira: Yunk.. yunk x payah la balik. Hari selasa kan yunk nak g daftar
nti kena pergi kelantan lagi. kesian yunk penat.
Zakwan: Yunk ni nape? da tak nak jumpa kte ckp jela. Penat je kte excited
beli asam yg akk kirim tu. Yunk suruh kte xyah 
balik pulak. Kan kte nak jumpa yunk. Nak jumpa 
ibu yunk.

Yunk... yunk tau x?? Kalau boleh memang hari-hari kte nak jumpa yunk.
Nak dgr suara yunk. Nak bergurau dgn yunk. Nak bercerita dgn yunk. 
Nak mengadu, menangis.. Ye.. semua dgn yunk.
Yunk tau x masa kte ckp cmtu kte menangis? Kte bukan suka-suka
suruh yunk xpayah balik .
Tapi kelantan ke simpang tu jauh syunk.. Kte xnak yunk penat.
Kalau semua ni x jd, ahad yunk smpai simpang pstu isnin yunk da kne bertolak
ke kelantan kan?? Bila masa yunk nk berehat?? sebab tu la yunk..
Yunk.. kalu yunk nak tau, setiap hari kte menjerit-jerit
dalam hati nak jumpa yunk.
YUNK!! YUNK!!! KTE NAK JUMPA YUNK!!!
KTE RINDU YUNK!!!!

          
          Masa dia kat kelantan, Mira ada minta dia gamba pakai baju melayu. Kenapa kena minta-minta?? Sebab dia bukan macam lelaki lain suka untuk bergambar. Kalau nak gamba dia memang kena minta kalau tak,memang takde la. Sebab tu gak la Mira tak banyak gamba dia.

         Tapi dia tak bawa baju melayu balik. So, dia janji nanti sampai simpang kte bagi ea. Yunk sabar tau..
Ok, Mira tunggu.... Hari sabtu!! Sehari sebelum dia pergi.. Tengah hari tu tiba-tiba dia bagi Mira gamba tapi bukan pakai baju melayu.. Mira tertanya-tanya kenapa tiba-tiba bagi gambar? Dia cuma jawab saja je. Bosan duduk dalam kereta.. Yunk.. nape yunk xnk gtau yg yunk da tau yunk x sempat nak bagi kte gamba pakai baju melayu tu?? Nape yunk?? Kte tau, yunk xkan hampakan kte sebab tu yunk bg kte gamba tu kan?? Terima kasih syunk.. Kte akan simpan gamba tu elok-elok. Tp yunk.. Kte ada bg kat alyn.. Xpe kan?? Dia adk yunk..

         Yunk.. Malam tu.. Sory yunk kte da tertido dulu. Ye yunk.. kte x sehat.. Sejak raya kedua lagi kte da demam. Malam tu kte baru lepas makan ubat batuk , x sedap yunk ubat tu. Yunk la ni suruh kte makan ubat. Tengok!! Kte x dapat teman yunk saat-saat akhir yunk. Kenapa yunk?? Yunk tak nak kte sedih ke? Yunk tak nak kte trauma mcm apa yg anis rasa?? Ye.. Anis dgr semuanya.. Yunk tau kte x kuat kan?? Yunk tau kte x tabah.. Walaupun kte x dgr, kte tetap sedih yunk.. Yunk da pergi tinggalkan kte buat selamanya.

          Yunk.. Kte x kan lupakan kenangan kte bersama dari mula sampai akhir.. Gelak tawa yunk. Suara yunk. Senyuman yunk. Gurauan yunk.. Pujukan yunk.. Semua tentang yunk kte x kan lupa.. Terima kasih syunk!! Terima kasih syunk!! Terima kasih sebab sentiasa bersama dengan kte. Terima kasih sebab bawa cinta kte pergi sama-sama dengan yunk.. Bukan semua orang akan dapat cinta mati tapi kte dapat.. Terima kasih syunk!! I LOVE U MORE N MORE!!




Yunk.. cmni la kte nangis hari-hari yunk..
Naik lebam da mata kte..


(Al-Fatihah untuk arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
P/S : I love , miss n need u yunk!!
        Tunggu kte........... <3

Saturday 22 October 2011

Mana Semangatku pergi??

Assalamualaikum..

          Hye korang malam ni Mira update lagi. Mira rindu sangat-sangat kat si dia. Mira nak bagitau dia sesuatu ni. Jap ea korang...

          Yunk.. yunk.. oo yunk... I miss u yunk.. Yunk, java yunk!! JAVA!! Urm.. Yan ada buat status cakap data struck da boleh register tapi tu pown kalau lepas java. Kte try register tadi. Tapi yunk.... urm.. :'( Kte xboleh register data struck. Java kte failed ke?? Kte taknak failed. Kalau failed, lambat la kte nak grade nanti. Yunk.. cmne ni yunk? Kte rasa nak menangis!! Bole kan kte nangis?? Ops sory syunk.. Da keluar da pown air mata tu..

          Yunk ingat x sapa yang bagi semangat kat kte masa kte down sangat ngn java ni? Yunk ingat x?? Ye.. yunk yg bagi kte semangat. Sebelum tu quiz n test kte semua failed. Belajar pown macam xde yg masuk je kat kepala otak ni. Yunk ingat x apa yg kte cerita kat yunk??

         Lepas tu yunk bagi semangat kat kte. Yunk tau x?? Lepas yunk bagi semangat tu, quiz n test kte lepas yunk.. x failed lagi. Yunk happy kan mse kte gtau kte lulus?? Tapi kenapa semua tu kejap je?? Yunk bawa semangat tu pergi sekali. Nape yunk?? nape??  Yunk.. balik la yunk. Kte perlukan semangat tu lagi. Yunk cakap yunk nak tengok kte berjaya kan? nak grade sama-sama. Tapi nape yunk pergi x tunggu kte??
Hati kte, cinta kte, semua yunk bawa pergi. Tapi npe yunk x bwak kte sekali? Npe yunk bwk adk2 yunk?? Tukar la zahin dgn kte yunk.. Biar la Zahin ngn Anis bahagia kat sini, kte berdua bahagia kt sne.. bole kan yunk??? Yunk.. kte tunggu ni...

20 Ogos 2011

Assalamualaikum..

          Hye korang.. Apa?? Kenapa terus 20 Ogos? Korang nak tau ke cerita lepas first date tu? Ok2 Mira cerita. Da ready belum?? hehe :)

          Lepas first date tu mesti la ada second, third, n seterusnya. Tapi, ktorang tak selalu jumpa pown. Ada la dalam enam, tujuh kali je. Sepanjang ktorang couple, gaduh besar memang takde pown. Kalau gaduh2 manja tu biasa la kan.. :) Paling lama kalau gaduh pown ada la dalam sepuluh minit.

          Ok la.. Mira nak cerita pasal 20 Ogos ni. Masa ni tengah puasa n da nak raya pown. Kekasih hati Mira tu excited ajak Mira pergi shopping raya dengan dia. Ktorang plan, dalam pukul 6 camtu dia nak gerak dari simpang pergi Segamat tapi tiba-tiba adik dia excident pulak. So, plan tu jadi kucar-kacir sikit. Mira ada cakap dekat dia cancel jela pergi shopping tu sebab Mira risau kan dia. Yela kereta baru excident kan.. Tapi.. Mira kena marah pulak.

          Dia cakap kalau tak nak jumpa tu cakap jela tak nak jumpa. Tak payah bagi alasan macam-macam. Ok! Dia sangat lain.. Yunk.. Yunk da tau ke yunk nak pergi tak lama lagi? Sebab tu yunk marah kan?? Lepas terangkan kat dia semuanya, masalah selesai. Dia gerak dari rumah lambat sikit, tak pela syunk.. "Biar lambat asal selamat".

          Lupa pulak nak gtau ktorang shopping dekat KL with my sis. Sampai KL, ktorang terus ambil kakak Mira . Lepas tu pergi tempat yang di plankan tu. Sampai-sampai je tengok.. ALAMAK!! Kedai tu da tutup la. Cmne la tak tutup kedai tu da pukul 5 pagi da. Masing-masing tak tau nak pergi mana, so apa lagi jom kita pergi sahur.

          Lepas sahur tu ktorang g tido kejap. Jangan risau... Ktorang tak buat pape pown ada "JAGA" baik punya ktorang bawa kat belakang tu. haha Spe lagi kalau bukan kakak Mira. Masa tido tu dia peluk bantal Mira n Mira peluk bantal dia. Bantal?? Ye.. Bantal.. Dia suruh bawa bila di tanya kenapa? Dia senyum je.. Macam ni (^__^).

          Bila da settle semua, pagi tu baru la kami pergi shopping dekat Jalan TAR. This is the first and the last time kami shopping sama-sama. Dia ikut pergi sana pergi sini .. Terima kasih syunk.. Baju dia semua Mira yang pilih. Yunk.. yunk ingat tak baju melayu tu?? Urm.. Ktorang shopping kejap je pastu balik ..

Korang2.. Ni la kali terakhir Mira jumpa dia. Baru Mira tau kenapa dia marah masa Mira suruh cancel je plan ni. Mungkin dia da dapat rasa and da tau lepas ni ktorang memang tak dapat jumpa lagi. Masa ni memang best!! Yunkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


gamba di ambil oleh mamarazi..:)
ni je gamba yang ada masa shopping tu.






(Al-Fatihah untuk arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
p/s: Yunk.. Miss u damn much!!!!

Friday 21 October 2011

YUNK ... RINDU!! :(

Assalamualaikum...

          Yunk... Tadi kte text yunk npe yunk x reply? Pastu message tu x delivered, dari td pending je.. Npe yunk?? Lama kte tunggu.. Tangan kte sakit yunk.. Sakit sgt.. Tangan kte kena air panas. Pedih syunk.. Camne bole terkena?? Hurm... Ibu.. Ibu x sengaja.. tadi masa buat air ibu tertuang air panas tu kat tangan kte.. Air tu baru mendidih yunk.. Panas sgt.. Kte cari yunk, kte nak nangis dgn yunk mcm dulu. tapi yunk xde. Mne yunk pegi?? YUNK!!!!!!!!! (T_T)

          Yunk.. semalam ayah buat kenduri arwah.. Ye, untuk yunk.. Yunk tau x, kte rindu sangat2 kat yunk?? Bila ada kenduri terubat sikit rindu kte kat yunk. Ni kali kedua kte dpt ikut buat kenduri untuk yunk. Yg first ngn family yunk. Mse tu macam-macam perasaan ada yunk.. Suka, sedih, takut, malu semua ada.. Yunk nak tau x? Kte pergi sana sorang2 je. Kte xtau pape pown cmne nak pergi sana. Pagi tu kte main redah je. Main naik je bas mana yg ada. Alhamdulillah kte sampai gak kat umah yunk. Tapi sebelum tu kte stay rumah wani dulu. Esoknya baru kte pergi rumah yunk. Hurm... Masa Yaasin berkumandang kan yunk, air mata ni laju je nak turun yunk. Kte sedih sangat masa tu. Tapi kte kena kuat untuk ibu and adik yunk. Kte xbole nangis depan diorang. Ye kte janji kte takkan nangis depan family yunk. Nanti ada masa kte datang tengok yunk lagi ea.. Urm.. bukan ada masa tapi ada orang nak hantar. yunk tau kan kte x reti drive? Kalau la kte reti drive, hari-hari kte turun simpang tengok yunk.. Yunk sabar ea.. Nanti kte belajar drive..



 Yunk.. ni wani.. Masa kenduri kat umah yunk kte stay umah dia satu malam.. 
Yunk.. baju pink tu, yunk nak kte pakai kan mse hari ahad tu?? :'(



 Yunk.. ni ibu.. yunk nak jumpa ibu kan hari tu?? tapi x sempat.. :(



Yunk... Kte rindu yunk sangat2.. Bila nak jumpa ni??



AL_FATIHAH UNTUK ARWAH 

AHMAD ZAKWAN BIN PATAH RAJI
AHMAD ZAHINUDDIN BIN PATAH RAJI
AHMAD ZARIF BIN PATAH RAJI

Thursday 20 October 2011

19 Mei 2011

Assalamualaikum..

          Yunk.. yunk ingat x tu tarikh apa?? Masa tu first date kita. yunk ingat tak?? Kita pergi tengok wayang cerita NUR KASIH. Kte tau yunk tak suka tengok cerita jiwang-jiwang ni tapi yunk tengok gak sebab kte nk tengok.. Terima kasih sayang.. Tapi kte janji sekali tu je!!! lepas tu kte tengok cerita hantu k xpown cerita kartun.. yunk kan suke.. :P Sebagai balasan, kte pergi teman yunk main bowling. Ye kte tau.. yunk suka sgt main bowling. Tiap kali keluar yunk mesti ajak main bowling. Akak kat bowling tu pown ntah-ntah da cam da muka yunk ngn kte. *haha macam selalu sangat pulak kita date kan..* Lepas tu kita g makan kat pizza.. Eh2, sebelum tu kita pergi solat zohor dulu.. Yunk ingat x abg2 kat pizza tu? yunk cakap ada sorang tu muka dia macam kawan yunk. Abg tu pown asik tengok-tengok kita je. "Eh abg, kitorang nak makan la!  Lepas tu kita g mana lagi yunk?? ha! Kita pusing-pusing je dalam BP MALL tu. Bila kaki da penat berjalan, apa lagi JOM PERGI KERETA KITA BALIK! haha..


          Ok, on the way hantar kte balik la yang best!! Ye... sangat-sangat best!! Yunk ingat x apa yang best nye??? Ala... best sebab yunk nyanyi untuk kte.. aaawwwwww~!!! SO SWEET... Mula-mula tu konon malu nak nyanyi.. ceeehhh!! last-last ha.. amekaw!! bukan main seronok lagi yunk nyanyi kepala tu ha.. kepala main peranan..siap goyang-goyang lagi.. haha Comel la awak!! Terima kasih syunk... Love u more n more!! Ni kat bawah ni kte letak lagu-lagu yg yunk nyanyi masa dalam kereta..


Dan Bila Esok -SOFAZ-


Di dalam hati selalu tersimpan
Rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan

Kau diam tanpa kata
Saatku ungkap semua rasa
Di saat ku ingin dekat denganmu
Kau semakin jauh meninggalkanku
Dan kau diam tanpa kata
Saatku ucap semua rasa
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatimu
Tuk cinta yang pernah kita miliki
Tuk selama-lamanya
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
Tuk bisa menjagai hati ini
Tuk selama-lamanya
Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatiku
Untuk cinta yang pernah engkau miliki
Untuk selama-lamanya
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatimu
Untuk cinta yang pernah kita miliki
Tuk selama-lamanya
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
Untuk bisa menjagai hati ini
Tuk selama-lamanya
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatimu
Untuk cinta yang pernah kita miliki ‘tuk selama-lamanya

Yunk suka sangat nyanyi lagu ni.. kenapa?? yunk da tau ea semua ni nak jadi?? Bila kte dengar lagu ni, automatik kte akan terdengar suara yunk nyanyi lagu ni.. ye... kte rindu sangat dengan suara tu!

Tercipta Untukku -UNGU-

Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku
Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu
Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku
Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku
Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu
Banyak lagi sebenarnya lagu yang kekasih hati saya nyanyi masa tu. Nak letak semua nanti panjang sangat pulak entry hari ni. Ok, cukup la untuk harini.. ASSALAMUALAIKUM..
(Al-fatihah untuk arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)

Wednesday 19 October 2011

5 May 2011 < I LOVE U!! >

Assalamualaikum..

          Ok.. Tarikh kat atas tu tarikh keramat bagi Mira and Zakwan. Kenapa?? Sebab tu la tarikh ktorang couple. Ye.. C.O.U.P.L.E.. takde macam-macam lagi da. Pagi tu first time ktorang jumpa lepas berkali-kali Zakwan ajak untuk jumpa. Sory ye yunk.. Kte ni memang susah nak keluar rumah.. Maklumlah pemalu. hehe :) Masa ni sebenarnya krisis tu masih ada. Ada la hamba Allah sorang ni lain yang Mira tanya kat dia, lain pulak yang dia cerita kat Zakwan. Masa makan tu ktorang berbincang pasal masalah ni. Ok, masa Zakwan cerita apa yang budak tu bagi tau kat dia, hujan da nak turun da. Memang Mira sentap giler masa tu. Budak tu boleh pulak buat cerita bukan-bukan kan, rasa nak tampa-tampa je muka budak tu. Malas la nak cerita pasal budak tu lagi. Bubye budak suka buat cerita... Nyah kau dari sini!!

          Masa on the way balik kan, korang nak tau tak apa Zakwan buat????? Ha... Dia kan.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
MINTA COUPLE DEPAN-DEPAN!!!!
 Sweet giler wwwooooo!! Masa tu jantung rasa nak gugur je. haha! Da macam cerita hindustan la pulak kan. Tapi.. Masa tu Mira tak bagi jawapan pown. Kesian dia kan. Ni semua budak tu punye pasal la. Mira cuma cakap kat dia nanti malam Mira bagi jawapan k.. Dia pown senyum je. (^_____^)

          Lepas maghrib je Mira terus on9. Gelojoh betol kan. :P Tapi On9 kali ni memang best giler la sebab ade good news! Nak tau apa dia? Ha... budak tu dia inbox kat Mira and minta maaf.. Hooorrraaayyyy!!!! Masa yang sama Mira text kat Zakwan and cakap "Yunk.. kte terima yunk" haha.. Kami sama-sama happy masa tu sebab hubungan da tak tergantung lagi. Tapi Zakwan la paling happy sebab dia memang da lama tunggu semua ni. LOVE YOU LA SYUNK!!

           Yunk.. kalau yunk masih ada kan best.. bila kte ada masalah, kte cerita kat yunk. bila yunk ada masalah, yunk cerita kat kte. bila kte sedih, yunk happy kan kte. bila kte gembira, yunk ada dengan kte. yunk sentiasa ada untuk kita. walau yunk sibuk cmne pown yunk tetap akan luangkan masa untuk kte. kte x penah bosan dengan yunk. yunk banyak bagi semangat dekat kte. yunk la dokter kte. yunk gak ustaz kte. yunk cikgu kte, yunk segala-galanya. yunk.... bila kte nak jumpa lagi??  Gurau sama-sama. gelak, nangis, ketawa semua sama-sama. yunk kan nak semua sama dengan kte kan? fon pown yunk tuka sebab yunk nak sama dengan kte. tapi npe yunk tak nak pegi sama-sama dengan kte? npe yunk pegi tinggalkan kte?? npe yunk??? npe?? yunk tunggu kte ye.. yunk siapkan la mahligai tu cantik-cantik. kte nak siapkan diri kte utk jumpa dengan yunk. yunk terlalu baik so, kte nak jadi baik mcm yunk supaya kte bole jumpa yunk.. yunk tunggu tau..!!! LOVE U SYUNK.. <3

(Al-fatihah untuk arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
p/s: I love u yunk!!

Tuesday 18 October 2011

22 Mac 2011

Assalamualaikum..

          Hye semua.. Mira x ingat la tarikh-tarikh yang lain. Yang ada dalam list cuma tarikh ni 22 Mac 2011. Mira ada buat diari sikit-sikit tapi Mira cuma letak tarikh-tarikh yang penting je. Ok2 Mira nak sambung cerita semalam. Nak dengar tak?? Memang tak dapat la kalau nak dengar. Korang kena baca ok?? hehe :) Sejak main game tu, ktorang jadi semakin rapat. Tapi tak ingat la pulak sejak bila ktorang start guna panggilan "yunk n kte". Apa?? tak sweet?? AMK?? (Ada Mira Kesah) haha!! Jangan marah ok.... Masa tu ktorang tak couple lagi. Tapi cara ktorang da macam couple. Pelik kan?? Sampaikan kakak Mira pown ingatkan ktorang da couple masa tu. Nak tau sebab apa? Mira ni kalau da rapat dengan sorng lelaki n Mira selesa dengan dia memang tu jela yang Mira rapat. Takde lelaki lain da.. Kakak Mira siap tanya lagi "dik, Ahmad Zakwan tu pakwe ko ke" haha ape lagi Mira ngn Zakwan pown gelak besar la! ha!! Masa ni gak la , macam-macam krisis yang timbul. Mana taknye, Zakwan nak couple tapi Mira taknak degil sangat kn, padan muka.. Time ni memang tak boleh nak buat apa la kan sebab Mira bukan couple dia. Tapi nasib baik dia ni memahami, if ada pape dia akan backup Mira. Woooowwww! Best giler woooo!! Tu yang semakin sayang kat dia tu.. Eh, sayang sangat-sangat la!! Tapi Mira still tak terima dia lagi. Ala.. bukan apa, Mira saja je nak uji dia. Mira cakap kat dia suruh tunggu Mira lagi 5 tahun baru Mira terima dia. Dia sanggup tunggu. Terharu sangat. Tapi kalau la sampai sekarang Mira tak terima dia lagi, mesti Mira kecewa giler kan?? hurmmmm.. Alhamdulillah Mira sempat buat dia happy walaupun sekejap.. Tapi kan, masa 6 April 2011 tu Mira memang gaduh besar dengan Zakwan. Touching giler masa tu dengan dia eh, bukan dengan dia tapi dengan mereka-mereka yang menjadi sebab ktorang gaduh tu.. Eee tak suka la dengan diorang tu! Nasib baik Zakwan ni matang n pandai settle kan masalah. Matang??? Ye... Dia sangat matang. Bertambah-tambah lagi la sayang Mira dekat dia. urm.. ok la Mira nak berdialog dengan dia kejap.. Jumpa next entry k.. daaaaaa :)

          Assalamualaikum yunk... Yunk.. kte rindu yunk.. Yunk rindu kte x? Yunk nak tau x? Semalam kte chat ngn kwn lme kte. dia tnye kte kt mne. kte ckp la kte nga cuti pstu dia ckp "best la ko cuti" urm.. klu yunk ada mmg la best. tapi yunk xde. bosan sgt yunk. hari-hari kte buat benda yg sama je. mkn , on9, tdo, mkn, on9, tdo.. tu pown untung la kalau kte makan n kalau bole kte nak tdo je sbb kte nak jumpa yunk. nti kan yunk dtg dlm mimpi kte. tp nti ibu marah pulak asik tdo je.. urm.. kwn kte ckp kt kte , chat la ngn org istimewa. mse tu tbe2 je hujan turun yunk.. dia suruh kte call yunk.. yunk.. bole x kte nk call yunk?? kte nak sgt call yunk. kte rindu nak dengar suare yunk.. suare yunk penuh dengan kasih sayang.. kte nak dengar suare tu lagi. yunk bwk laptop ngn fon yunk kan?? jom kte chat , call n text syunk.. jom la syunk....... nti yunk menyamar jadi kte lagi mcm dulu .. yunk selalu buat cmtu kan? yunk.... kenapa yunk diam?? cakap la yunk.. cakap la!!!! (T_T) yunk.. langit nangis sama-sama dengan kte.. yunk pown nangis ke kat sne?? yunk jgn la ngis.. da2.. yunk xmo ngis k.. 
LOVE U SYUNK!!


(Al-fatihah untuk arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
p/s : i love u yunk..


          

Monday 17 October 2011

26 Jun 2010

Assalamualaikum..

          Kenapa tajuk entry hari ni tarikh pulak ye? Dah tu tahun 2010 pula. Kalau nak tau, 26 Jun 2010 tula Mira dan arwah Zakwan mula kenal. Ini blog saya dan dia kan? So, kat sini Mira nak penuhkan dengan cerita-cerita Mira ngn dia dari kitorang mula kenal sampai la dia pergi tinggalkan Mira. Sob2 sedihnya.. (T_T) Apa? Bosan? Kalau bosan, tak payah la baca.. hehe :) Ok la Mira nak start bercerita ni, jom ke bawah.

          Nak tau tak kitorang kenal kat mana? ha..... Kitorang kenal dekat muka buku. Mula-mula tu kitorang berkawan je panggil pown "kau n aku" sebab kitorang memang da kenal dari sekolah rendah lagi. Tapi kitorang terpisah selama 7 tahun, lama kan...?? Dekat muka buku la Mira n arwah Zakwan jumpa balik. Nak di jadikan cerita, masa cuti sem tu kitorang ada main 1 game ni kat muka buku tula. Game fishville. Korang tau tak? Ala.. game yang bagi ikan-ikan makan tu. Meh sini Mira tunjukkan.





Taadaaaa.. ha! ni la gamenye..

Ni la ikan-ikan yang kitorang bela dulu..
                                     

Jom jual ikan..
                       


          Ha.. amacam?? Da tau da yang mana? hehe.. Seronok tau main game ni. Tapi, si kekasih hati Mira tu selalu sangat tak bagi ikan-ikan dia makan n Mira la tukang bagi ikan-ikan dia makan. Kalau tak, habis mati kebulur la ikan-ikan tu. Kesian... Ha!!! Sejak tula kitorang mula rapat. haha "dari ikan turun ke hati" :)

Ok, tu jela untuk hari ni. Nak tau lebih lanjut, tunggu next entry ok! Daaaaa :)

(Al-fatihah untuk arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
p/s: I love u yunk!!

Sunday 16 October 2011

Alhamdulillah :)

Assalamualaikum..

          Ni adalah first entry untuk blog ni. Macam bermimpi je saya dah ada blog. Dulu bermati-matian taknak buat blog tapi sekarang saya dah ada blog!! haha Kenapa, mengapa, bagaimana dan bila blog ni wujud? Ni jawapannya.. Blog ni wujud sebab saya nak capaikan hasrat kekasih hati saya arwah Ahmad Zakwan je. Sebelum dia pergi tinggalkan saya, dia ada cakap dia teringin sangat nak buat blog. Sebab tu la saya wujudkan blog ni. Yang menjadikan saya makin berkobar-kobar untuk buat blog ni sebab semalam dia datang dalam mimpi saya, dan dia sebut-sebut pasal blog. Dia ada cakap motif dia nak buat blog adalah untuk coretkan semua cerita dia dan saya. So, sekarang saya yang akan buat apa yang dia nak. Yunk, kte da buat da blog ni. Yunk baca ok.

          To adik anis, terima kasih syg sebab menjadi "tok guru" saya. Bukan setakat "tok guru" tapi dia yang tolong buatkan blog ni. haha Maaf la ye . Akk credit sangat-sangat dekat adik. Ok la.. First entry kan, tak tau la nk bebel apa. Yunk, hope sangat-sangat yunk suka apa yang kte buat ni.