Saturday, 29 October 2011

Saya nak kahwin...

Assalamulaikum..

          Syunk... Kte nak kawen ngan syunk... Tadi kte ada terbaca ni.. "Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasulullah SAW bersabda ' Tiada si bujang di dalam syurga' ". Syunk syunk, syunk tunggu kte ye.. Syunk jangan lupakan kte tau.. Nanti kat sana kte kawen ye.. (^^,) .

          Cakap pasal kawen ni teringat pula dengan cita-cita and angan-angan kita berdua dulu. Syunk ingat tak? Syunk la yg paling excited kan rancang semua ni. Kadang-kadang tu geram gak dengan yunk, yela angan-angan bukan maen besar lagi. Tapi sekarang, semua tu yg kte rindu and kte harapkan. Boleh tak kte nak putar balik masa ni? Kte nak stop kan masa kte bersama.

          Syunk.. Kte nak baby.. Haha! Ingat lagi masa kte cakap cmni syunk gelak bukan maen besar lagi. Syunk ni jangan la pikir jauh sangat. Syunk tau kan kte memang suka baby. Bila dapat pegang baby, kte rasa seronok sangat. Syunk ingat tak masa kte jaga Danial and Danish aritu. Apa syunk ckp dekat kte?? haha syunk ingat kan.... Bila la kte nak dpt baby ni?? Sape nak bg kte baby? Baby angkat pown bole la syunk.. Lepas habis belajar nanti kte nak amek anak angkat la syunk, bole ea.. Lepas tu yg lelaki kte nak letak nama dia ada A Z macam yunk and perempuan A H macam kte.. Nur tu mesti la kena letak. Baru la bercahaya baby tu nanti hehe :)

         Syunk.. Tadi kte dengar lagu Dan Bila Esok. Lagu kesukaan yunk tu. Sambil dengar kte nyanyi sekali macam yunk nyanyi utk kte tu. Tiba-tiba je kte rasa pipi kte basah. Syunk... Kte rindu.. Nak dengar suara yunk lagi. Lirik ni yg buat kte nangis. "kau diam tanpa kata saat ku ucap semua rasa dan bila esok kita kan bertemu kembali masih kah ada ruang di dalam hatimu tuk cinta yang pernah kita miliki tuk selama-lamanya". Dulu bila kte cakap nak cerita sesuatu kat yunk, yunk la orang paling excited nak dengar. Yunk akan dengar pastu yunk bg nasihat, yunk pujuk, yunk bagi respond. Tapi sekarang, bila kte cerita kt yunk, kte tanya yunk, yunk x jawab pown. yunk diam je. Syunk, nanti kte jumpa ye.. Tunggu kte ye syunk..





(Al-Fatihah untuk arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
p/s: Tunggu kte tau syunk!! kte rindu.....


           







No comments:

Post a Comment