Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, 22 October 2011

20 Ogos 2011

Assalamualaikum..

          Hye korang.. Apa?? Kenapa terus 20 Ogos? Korang nak tau ke cerita lepas first date tu? Ok2 Mira cerita. Da ready belum?? hehe :)

          Lepas first date tu mesti la ada second, third, n seterusnya. Tapi, ktorang tak selalu jumpa pown. Ada la dalam enam, tujuh kali je. Sepanjang ktorang couple, gaduh besar memang takde pown. Kalau gaduh2 manja tu biasa la kan.. :) Paling lama kalau gaduh pown ada la dalam sepuluh minit.

          Ok la.. Mira nak cerita pasal 20 Ogos ni. Masa ni tengah puasa n da nak raya pown. Kekasih hati Mira tu excited ajak Mira pergi shopping raya dengan dia. Ktorang plan, dalam pukul 6 camtu dia nak gerak dari simpang pergi Segamat tapi tiba-tiba adik dia excident pulak. So, plan tu jadi kucar-kacir sikit. Mira ada cakap dekat dia cancel jela pergi shopping tu sebab Mira risau kan dia. Yela kereta baru excident kan.. Tapi.. Mira kena marah pulak.

          Dia cakap kalau tak nak jumpa tu cakap jela tak nak jumpa. Tak payah bagi alasan macam-macam. Ok! Dia sangat lain.. Yunk.. Yunk da tau ke yunk nak pergi tak lama lagi? Sebab tu yunk marah kan?? Lepas terangkan kat dia semuanya, masalah selesai. Dia gerak dari rumah lambat sikit, tak pela syunk.. "Biar lambat asal selamat".

          Lupa pulak nak gtau ktorang shopping dekat KL with my sis. Sampai KL, ktorang terus ambil kakak Mira . Lepas tu pergi tempat yang di plankan tu. Sampai-sampai je tengok.. ALAMAK!! Kedai tu da tutup la. Cmne la tak tutup kedai tu da pukul 5 pagi da. Masing-masing tak tau nak pergi mana, so apa lagi jom kita pergi sahur.

          Lepas sahur tu ktorang g tido kejap. Jangan risau... Ktorang tak buat pape pown ada "JAGA" baik punya ktorang bawa kat belakang tu. haha Spe lagi kalau bukan kakak Mira. Masa tido tu dia peluk bantal Mira n Mira peluk bantal dia. Bantal?? Ye.. Bantal.. Dia suruh bawa bila di tanya kenapa? Dia senyum je.. Macam ni (^__^).

          Bila da settle semua, pagi tu baru la kami pergi shopping dekat Jalan TAR. This is the first and the last time kami shopping sama-sama. Dia ikut pergi sana pergi sini .. Terima kasih syunk.. Baju dia semua Mira yang pilih. Yunk.. yunk ingat tak baju melayu tu?? Urm.. Ktorang shopping kejap je pastu balik ..

Korang2.. Ni la kali terakhir Mira jumpa dia. Baru Mira tau kenapa dia marah masa Mira suruh cancel je plan ni. Mungkin dia da dapat rasa and da tau lepas ni ktorang memang tak dapat jumpa lagi. Masa ni memang best!! Yunkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


gamba di ambil oleh mamarazi..:)
ni je gamba yang ada masa shopping tu.






(Al-Fatihah untuk arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
p/s: Yunk.. Miss u damn much!!!!

No comments:

Post a Comment