Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday 23 October 2011

Syunk.. Ni yg terakhir..

Assalamualaikum..

          "Yunk.. kte syg yunk.. Yunk.. Kte rindu yunk.. Yunk.. Kte nk jumpa yunk.. Yunk.. DAPAT KE KTE JUMPA?"

          Ni la kata-kata terakhir dia. Setiap hari, setiap saat dia akan cakap benda ni. Tapi Mira tak tau ni la petunjuk yg dia bagi kat Mira utk beritahu dia akan pergi selamanya. Mira cuma fikir dia cuma maksudkan xdpt jumpa untuk waktu yg agak lama sebab 6/9/2011 dia akan mendaftarkan diri ke UMK utk sambung degree.

          Seperti biasa, Mira akan tenangkan dia. Suruh dia utk bersabar. Memang mudah utk menasihati orang. Memang mudah utk menyuruh seseorang bersabar. Memang mudah untuk suruh seseorang berdoa. Tapi.. Untuk melakukannya sangat perit. Air mata sentiasa menemani. Mira faham perasaan dia sebab dalam hati Mira menjerit-jerit benda yg sama. 

          Minggu-minggu terakhir ni juga dia mudah tersentuh. Mira cakap sikit dia mesti terasa. Betul ke orang yang akan pergi akan melakukan sesuatu yang pelik?? Yunk.. text-text terakhir yunk semua kte simpan. Kte akan baca bila kte rindu yunk dan dalam masa yg sama air mata akan menemani. Sory syunk.. Kte tau yunk x ske tapi, kte x kuat syunk.. Kte x bole nak halang dia dari keluar.

          Tersentuh sangat dengan ayat ni..:

Mira: Yunk.. yunk x payah la balik. Hari selasa kan yunk nak g daftar
nti kena pergi kelantan lagi. kesian yunk penat.
Zakwan: Yunk ni nape? da tak nak jumpa kte ckp jela. Penat je kte excited
beli asam yg akk kirim tu. Yunk suruh kte xyah 
balik pulak. Kan kte nak jumpa yunk. Nak jumpa 
ibu yunk.

Yunk... yunk tau x?? Kalau boleh memang hari-hari kte nak jumpa yunk.
Nak dgr suara yunk. Nak bergurau dgn yunk. Nak bercerita dgn yunk. 
Nak mengadu, menangis.. Ye.. semua dgn yunk.
Yunk tau x masa kte ckp cmtu kte menangis? Kte bukan suka-suka
suruh yunk xpayah balik .
Tapi kelantan ke simpang tu jauh syunk.. Kte xnak yunk penat.
Kalau semua ni x jd, ahad yunk smpai simpang pstu isnin yunk da kne bertolak
ke kelantan kan?? Bila masa yunk nk berehat?? sebab tu la yunk..
Yunk.. kalu yunk nak tau, setiap hari kte menjerit-jerit
dalam hati nak jumpa yunk.
YUNK!! YUNK!!! KTE NAK JUMPA YUNK!!!
KTE RINDU YUNK!!!!

          
          Masa dia kat kelantan, Mira ada minta dia gamba pakai baju melayu. Kenapa kena minta-minta?? Sebab dia bukan macam lelaki lain suka untuk bergambar. Kalau nak gamba dia memang kena minta kalau tak,memang takde la. Sebab tu gak la Mira tak banyak gamba dia.

         Tapi dia tak bawa baju melayu balik. So, dia janji nanti sampai simpang kte bagi ea. Yunk sabar tau..
Ok, Mira tunggu.... Hari sabtu!! Sehari sebelum dia pergi.. Tengah hari tu tiba-tiba dia bagi Mira gamba tapi bukan pakai baju melayu.. Mira tertanya-tanya kenapa tiba-tiba bagi gambar? Dia cuma jawab saja je. Bosan duduk dalam kereta.. Yunk.. nape yunk xnk gtau yg yunk da tau yunk x sempat nak bagi kte gamba pakai baju melayu tu?? Nape yunk?? Kte tau, yunk xkan hampakan kte sebab tu yunk bg kte gamba tu kan?? Terima kasih syunk.. Kte akan simpan gamba tu elok-elok. Tp yunk.. Kte ada bg kat alyn.. Xpe kan?? Dia adk yunk..

         Yunk.. Malam tu.. Sory yunk kte da tertido dulu. Ye yunk.. kte x sehat.. Sejak raya kedua lagi kte da demam. Malam tu kte baru lepas makan ubat batuk , x sedap yunk ubat tu. Yunk la ni suruh kte makan ubat. Tengok!! Kte x dapat teman yunk saat-saat akhir yunk. Kenapa yunk?? Yunk tak nak kte sedih ke? Yunk tak nak kte trauma mcm apa yg anis rasa?? Ye.. Anis dgr semuanya.. Yunk tau kte x kuat kan?? Yunk tau kte x tabah.. Walaupun kte x dgr, kte tetap sedih yunk.. Yunk da pergi tinggalkan kte buat selamanya.

          Yunk.. Kte x kan lupakan kenangan kte bersama dari mula sampai akhir.. Gelak tawa yunk. Suara yunk. Senyuman yunk. Gurauan yunk.. Pujukan yunk.. Semua tentang yunk kte x kan lupa.. Terima kasih syunk!! Terima kasih syunk!! Terima kasih sebab sentiasa bersama dengan kte. Terima kasih sebab bawa cinta kte pergi sama-sama dengan yunk.. Bukan semua orang akan dapat cinta mati tapi kte dapat.. Terima kasih syunk!! I LOVE U MORE N MORE!!




Yunk.. cmni la kte nangis hari-hari yunk..
Naik lebam da mata kte..


(Al-Fatihah untuk arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
P/S : I love , miss n need u yunk!!
        Tunggu kte........... <3

No comments:

Post a Comment