Tuesday, 31 January 2012

Amanah , Wasiat sama kan?

Assalamualaikum..

Awak, awak.. AJL aritu kisah hati menang persembahan. Lagu kita tu... Bestbestbest~! Start je lagu tu saya ternampak muka awak. Alahai rindunya. tapi saya tetap cool n tahan air mata dari mengalir. Saya kan hebat (bak kata awak) . Malu la nak nangis kan orang ramai.

Eh, saya bukan nak cerita ni sebenarnya.

Ni baru betul. Awak, awak ada bagi amanah kat kawan saya kan? Awak, awak maafkan dia ye sebab awak da pesan kat dia jangan beritahu saya. Tapi dia beritahu saya masa hari first awak pergi. Awak maafkan dia tau.

Awak saya teringat amanah awak kat dia tu. Saya baca sendiri apa yang awak tulis. Awak pesan kat dia suruh jaga saya. Awak cakap kat dia suruh tengok-tengok kan saya. Awak, awak nak pergi belajar kat UMK jela. Bukan jauh pown. Awak kan balik nanti. Kan hari-hari kita boleh contact. Kita boleh text. Kalau cuti kan awak boleh balik pastu kita kan boleh jumpa. Kenapa awak nak suruh dia tengok-tengok kan saya? Kenapa awak suruh dia jaga saya? Awak, cakap la sesuatu.

Awak kan pernah cakap kat saya nanti cuti nak balik sama-sama. Awak nak ambil saya dekat segamat. Pastu hantar saya kat rumah. Awak ingat kan. Awak tak payah la suruh dia tengok-tengok kan saya. Awak kan ada boleh tengok saya. Boleh jaga saya. Kan awak kan? Awak ada kan?

Awak.. Awak da tau lama kan awak nak pergi jauh dari saya. Sebab tu awak suruh kawan saya tengok-tengok kan saya. Awak bagi dia no fon awak, awak suruh contact awak kalau ada pape jadi kat saya. Awak, saya rindu awak. Saya suruh dia beritahu awak. Saya suruh dia text awak. Tapi dia taknak. Awak, saya call awak tapi awak tak angkat. Macam mana dia nak contact awak. Macam mana dia nak mengadu kat awak pasal saya? Kat Kelantan takde line ke awak? Awak tukar la number. Nanti boleh la saya contact awak.

Awak, minggu ni cuti. Awak balik tak? Saya nak balik dengan awak boleh?? Awak datang ambil saya tau.




Saya sayang awak. Tak pernah benci awak <3




Harapan menggunung
~Menanti dan terus menanti~



(Al-Fatihah buat sayang Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
-semakin rindu awak la sayang-

2 comments:

  1. tetiba terkeluar air mata baca entry nih. kuat ye sis :)

    ReplyDelete
  2. ops sory.. da2 jgn nangis. meh cni mira lapkan air mata tu.. insyaallah..

    ReplyDelete