Kejap je da masuk bulan february 2012. Pejam celik pejam celik da nak habis sem 4 da saya kat uitm segamat ni. Tapi rasa macam satu apa pown tak lekat kat kepala ni. Awak percaya tak saya lupa hari isnin aritu ada kelas malam. Awak percaya tak? Mesti awak geleng laju-laju kan. Tapi tu la kenyataannya. Saya, Nur Amira Haziqah lupa untuk ke kelas malam pada hari Isnin bersamaan 30/1/2012.
Dah macam nenek tua yang umur hampir 70an. Ni semua gara-gara kerja yang melambak-melambak. ++ awak takde nak ingatkan saya semua tu. Al-maklum lah final da dekat memang time-time ni la kami as student akan kucar kacir sikit jiwa dan raga. Lebih-lebih lagi kami student komputer sains. Memang menghadap lappy 24 hours la nampaknya dengan coding-coding segala.
Jeles tengok mereka yang tak banyak assignment n project. Mereka boleh relax-relax main game, tengok movie, golek-golek atas katil . Bestnyeeee! Saya hanya mampu jeling-jeling dari jauh je.
awat tion tu kat bawah?? adoi da cacat header tu..
minta-minta kat puan dia molek je
minta-minta kat puan dia molek je
Awak.. 5 bulan da awak pergi. Ni yang mampu saya buat sorang-sorang. Nampak tak "Mirza Collection" . Saya gabungkan nama awak dengan saya. MIR=mira n ZA=zakwan. Alalaa so sweet.. Yang home,kebaya,baju kurung,jubah,blouse,dress,beg tangan,skirt tu bole tekan. Nanti dia keluar kat link dia sendiri. Saya buat semua link-link tu. Penat buat ni tapi best bila tengok hasilnya. Walaupun tak se gah kawan-kawan lain punye project tapi saya bangga dengan kerja saya sebab ni hasil saya sendiri. Awak pown bangga kan? Ok, kita bangga sama-sama.
Tapi kalau awak ada mesti awak tolong bagi idea kat saya kan. Mesti lagi gah project saya tu. Awakkan genius..
Awak, nanti awak ingat kan saya bila saya ada kelas. Saya takut terlupa lagi la.... Semua benda saya lupa tapi awak tetap saya ingat n tak lupa pown. Kenangan dari mula sampai akhir semua masih segar dalam ingatan.. Bila saya teringat semua kenangan tu, saya mesti tersenyum lihat gelagat awak tapi dalam masa yang sama saya akan menangis sebab semua tu hanya kenangan. Saya tak mampu nak ulang semua tu lagi..
Terima kasih awak sebab bagi saya kenangan-kenangan tu. Sekurang-kurangnya saya masih mampu untuk tersenyum.. :')
Salam maulidurasul semua :)
(Al-Fatihah sayang Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
No comments:
Post a Comment