Thursday, 16 February 2012

Hope awak tak marah apa yang saya buat sekarang ni

Assalamualaikum..

Awak.. Lama dah tak jumpa awak kan. Lama dah tak berborak dengan awak. Tak text awak. Tak call awak. Tak keluar dengan awak. Rindu kat awak.. Sekarang saya makin busy sebab final dah dekat. Tapi saya curi masa sikit nak borak dengan awak dekat sini.

Awak.. Saya stress, saya tension. Saya nak awak. Saya nak cerita + nangis dengan awak. Bila kita nak jumpa?

Bila saya stress n tension saya nak cari siapa? Saya tak tau nak cari siapa. Saya takut ganggu mereka. Saya naik katil menangis dengan bantal awak. Saya tengok fon nak call awak tapi mesti awak tak angkat kan?
Saya tau pakwe saya ni special sikit. Orang lain pakwe atas tanah tapi saya pakwe bawah tanah.
Untung la mereka pakwe atas tanah..... Ada bila-bila masa je.

Awak.. Dia datang lagi. Dia datang cari saya lagi. Awak tak suka dia kan? Saya tau tapi saya selesa dengan dia. Masa mula-mula dia datang saya ingatkan dia tu awak. Awak tau apa perasaan saya? Saya seronok sangat bila awak datang. Tapi rupanya tu bukan awak. Tu dia.. Hope awak tak marah apa yang saya buat sekarang ni.



(Al-Fatihah sayang Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
Saya tetap sayang awak sampai bila-bila

No comments:

Post a Comment