Friday, 24 February 2012

Update blog

Assalamualaikum..

Apa awak? Kenapa tajuk update blog? Sebab saya takde idea nak letak tajuk apa. Bercelaru kepala otak ni. Test, quiz, presentation melambak-melambak. Tu tak campur lagi dengan assignment yang tiba-tiba ada and tok guru tak terangkan pape tiba-tiba tok guru cakap camni time last kelas. "Saya letak folder kat dekstop nanti awak ambil and buat. Instruction semua ada dalam tu." Time tu mula la lalat-lalat menyanyi-nyanyi lagu yang entah apa-apa. Tok guru, saya tak tau apa-apa cmne saya nak buat??? Hanya berbekalkan instruction yang cuma tertulis dalam words, tak mampu la saya nak buat. Bila tak faham, siapa nak terangkan? Instruction tu boleh terangkan ke? Lagi satu hal, kalau harta saya ni rosak n kena format balik tok guru nak support ke? Saya bukan anak Dato' mahupun Tan Sri. Ayah saya datuk kepada Danial and Danish je.

Errrr~ stress stresssssssss...

Awak-awak.. Nak tanya ni.. Awak da pakai voicemail ye sekarang. Awak nak simpan suara saya ke? Bila awak rindu, awak nak dengar ye? Saya rindu awak, camne saya nak dengar suara awak? Bila call asik perempuan tu je yang angkat. Benci la macam ni!

Awak.. Macam mana nak final ni kalau study malam, pagi lupa. study pagi, tengah hari lupa. Study tengah hari, petang lupa. Study petang malam lupa. So, nak study masa bila supaya tak lupa? Study dengan awak macam dulu je baru saya tak lupa.....

Awak.. orang terkejut bila tanya cgpa saya sem lepas. Diorang mesti cakap "mak aihhhh banyak gilerr jatuh!" Pastu diorang mesti tanya kenapa? Ada masalah ke masa tu? Saya?? (^____^) just senyum je tapi dalam hati hanya Allah je yang tahu. Macam mana dengan sem ni? Jatuh lagi ke? or naik or maintain?? Kalau jatuh lagi, saya nak request  kat ibu nak stop belajar boleh tak awak?

Awak, esok saya ada interview. Wish me luck..

Selagi apa yang kita pendamkan tak keluar, selagi tu hati kita tak tenang.. Betul tak?



(al-Fatihah sayang Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
#tunggu saya cuti nanti saya datang ziarah awak. Rindu awak sangat ni.. :'(

No comments:

Post a Comment