Friday, 10 February 2012

Saya rindukan mereka

Assalamualaikum..

Awak, arini saya nak cerita pasal arwah atok, arwah nenek n arwah cikyam. Atok, nenek, cikyam, iqa rindukan kalian..

#jangan kerut sangat dahi tu baca nama iqa. Iqa tu nama dalam family n kawan-kawan kat simpang dulu.


Dalam tiga-tiga ni, arwah cikyam yang pergi dulu. Lepas tu arwah atok n arwah nenek menyusul. Cikyam ni kakak ibu saya, dia anak keempat dalam family ibu. Cikyam pergi sebab sakit barah hati. Kesian cikyam... Ingat lagi masa tu saya kecil lagi, cikyam koma dan kami sekeluarga turun KL melawat cikyam. Masa tu cuti sekolah. Setiap kali jumpa cikyam, ibu, makcik2, pakcik2 n anak-anak cikyam selalu cakap dengan cikyam bagi kata-kata semangat. Walaupun cikyam tak bagi respond tapi sebenarnya dia dengar apa yang orang katakan. Nak pendekkan cerita hari last kami kat sana, ibu cakap kat cikyam. "kami dah nak balik ni, anak-anak dah nak start sekolah. Kak yam cepat-cepat sembuh ye, nanti kami datang lagi" . Lebih kurang macam tu la ayat ibu.

Lepas salam-salam dengan cikyam, kami pergi rumah pak anjang untuk makan malam. Masa kami tengah makan, kami dapat call dari anak cikyam. Dia cakap mak dah takde. Ya Allah senangnya cikyam pergi.. Dia memang baik, dia taknak susahkan orang lain.

Arwah atok pula pergi lepas balik dari haji. Kalau tak silap arwah atok tak sakit. Mungkin sebab perubahan cuaca. Urm.. entah la. Tapi yang penting tu semua kerja Allah. Allah dah tentukan semuanya. Apa yang saya ingat, atok pernah cakap dia nak pergi kat rumah sendiri. Alhamdulillah hajat arwah atok tercapai. Atok pergi masa kat rumah sendiri.

Nenek sakit angin ahmar. Kesian nenek.. Lama juga la nenek sakit dan saya dapat rasa jaga arwah nenek. Masa tu nenek da jadi macam budak-budak asyik merengek dan merungut je. Apa yang di beri ada je yang tak kena. Masa tu juga nenek kuat merajuk. Makan bersuap, mandi, buang air kena angkat pergi toilet. Masa tu saya sekolah lagi. Nenek dapat mandi bila saya dah balik sekolah. Kesian nenek kena tunggu saya balik sekolah dulu sebab ibu tak kuat nak angkat nenek sorang-sorang. Ingat lagi nenek nyanyi lagu arjuna. Nek, siapa arjuna tu? Comel je nenek nyanyi. Terbayang-bayang lagi muka nenek masa nyanyikan lagu tu. Dulu, saya nakal. Suka usik nenek. Suka buat nenek merajuk. Bila nenek nak makan, saya saja lambat-lambatkan sebab nenek merajuk comel. Nek, maafkan saya..

Saya rindukan mereka sebab dulu bila balik kampung, arwah atok mesti n rasa macam da wajib pulak, atok akan suruh nenek masak ikan parang masak lemak. Ye, itu kesukaan saya. Setiap kali balik mesti ada lauk tu. Pagi-pagi , saya pergi kedai gunting rambut atok tolong-tolong sapu rambut-rambut yang ada. Atok tukang gunting rambut. Cakap je Salleh gunting rambut mesti orang kenal punya. Sambil-sambil tu minta atok 20sen beli gula-gula kat kedai sebelah. heee :) Masa kecik-kecik dulu bila kena marah dengan ibu, nenek yang akan pujuk saya. Eh, rindunyaaaa~

Paling rindu masa raya. Meriah nya raya time tu. Sehari sebelum raya la yang paling best. Time tu rumah nenek dah ramai orang. Family semua balik. Time tu mula sibuk memasak semua. Nenek pandai buat dodol. Sedapnya dodol tu.. Nenek ajak pergi baruh pergi sembelih ayam. Bukan seekor dua tapi dekat 10 ekor juga ayam jadi korban time tu. Lepas tu anyam ketupat, masak rendang n kadang-kadang buat lemang. Bestnyee.. Meriah je.

Pagi raya pula, subuh-subuh lagi dah kena kejut. "Bangun-bangun pergi mandi!!" mana taknye kena berebut bilik mandi tu. Kan ramai orang.. Lepas mandi punya la excited pakai baju baru. Lepas tu........

Beratur la apa lagi. Tadah tangan dapat duit raya. haha Tu yang paling meriah.. Bestnya.. Rindu sangat semua tu sebab sekarang raya dah tak semeriah dulu. Nak jumpa sedara mara pown dah susah. Lagi-lagi makcik pakcik yang duduk jauh-jauh tu. Sarawak la, Perak la. urm.. memang susah la nak jumpa.

Kalau lah masa ni boleh berputar balik mesti seronok kan?


Masa arwah cikyam, arwah atok, arwah nenek pergi, saya dapat tengok buat kali terakhir. Saya bangga sebab dapat mandikan jenazah arwah nenek. Nek, tu pengalaman pertama saya.

Tapi masa awak pergi saya tak dapat tengok buat kali terakhir. Sedihnya....




Encik kekasih hati saya, rindu awak...



  
Nenek, cikyam dan atok.. :(


Al-Fatihah buat :

Arwah Mariam bt Haji Salleh 
Arwah Haji Salleh bin Ahmad
Arwah Hajar Che'Me bt Yasin

dan

Arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji



Sesungguhnya saya amat merindukan kalian semua
Semoga kalian dirahmati dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. 
~Amin~

No comments:

Post a Comment