Tuesday, 24 January 2012

Mahligai dah siap ke?

Assalamualaikum..

Awak.. Hadiah awak saya bagi lambat sikit ye. Maafkan saya.

Malam tadi badan saya menggigil. Kesian adik, nak teman tapi saya layan tak layan je dia. Last-last dia merajuk. Saya tak pujuk pown dia. Dia tidur dulu tinggalkan saya. Awak.. saya nak awak. Saya nak awak macam dulu. Teman saya sepanjang hari. Time saya suka dan duka awak ada dengan saya.

Sejak dua menjak ni saya asik nampak orang muka iras awak. Putih macam cina. Gaya senyum, ketawa macam awak. Ada tu masa tengah tunggu makanan, saya nampak awak. Saya tenung, saya tengok rasa nak berlari dekat awak. Tapi bila saya melangkah dua tiga tapak, baru saya perasan tu bukan awak. Muka dia je iras awak. Baru-baru ni dekat satu program awak ada kat sebelah saya. Awak senyum.. Awak ketawa. Awak, saya rindu nak tengok semua tu. Saya tengok je awak kat sebelah saya. Lama saya perhatikan awak sampai la kena tegur baru saya sedar saya cuma tengok orang iras awak. Semua ni buat saya gembira? Tak.. semua ni buatkan saya makin rindu kat awak.

Awak.. Saya kena tembak dekat leher n kat belakang. Awak, saya tak dapat di selamatkan. Tapi saya dapat bertahan beberapa minit minta maaf kat ibu, ayah, akak n semua. Awak, sebelum tutup mata saya nampak awak panggil saya. Awak lambai-lambaikan tangan mengajak saya. Saya cakap kat ibu. "ibu, kakcik pergi dulu zakwan dah panggil". Awak, ibu tersenyum tapi dalam masa yang sama ada air mata yang mengalir. Mungkin ibu tau saya terlalu rindukan awak.

Tiba-tiba saya terjaga. Awak, saya masih bernafas. Saya cari awak dekat sebelah saya. Awak takde. Awak.. Saya bermimpi je. Astaghfirullah al-azim.. Saya tersenyum dan menangis. :') Hadiah awak saya tak bagi lagi mana boleh saya pergi dulu. Bila saya dah bagi hadiah tu, awak panggil la saya lagi ye.

Mahligai yang awak bina da siap ke? Saya nak tengok...






(Al-Fatihah sayang Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
#yunk, awak tak kesahkn kte guna awak saya. Nanti kte guna pakcik makcik pulak ye. Rindu nak panggil yunk dengan panggilan tu semua.

No comments:

Post a Comment