Assalamualaikum..
Alahai, rindunya dekat blog ni. Lama juga tak jenguk blog ni. Semua ni sebab test yang melambak membataskan kte untuk buka blog ni.
Kte nak cerita pasal test boleh? Walaupun da lapuk ceritanya, ada saya kesah? Nak cerita juga.
Nak tau.. Hari Khamis + Jumaat kami budak Computer Sains terpaksa memerah otak sebab dua hari berturut-turut kami ada test yang memerlukan daya ingatan yang kuat sebab duadua test tu subjek membaca. No kirakira. Alahai... Tak suka!! Da la memory ingatan Nur Amira Haziqah ni semakin lemah. Tak tau la apa yang kte jawab dua malam tu. Redha jela.. : /
Habis je test hari jumaat malam tu, terus packing baju. Nak lari, nak cabut dari UiTM. Da tak sanggup nak belajar lagi. Ok, itu tipu.. Packing barang sebab sabtu ada program dekat Sekolah Kebangsaan Permatang Rengas Batu Pahat. Pagipagi lagi kami da gerak ke sekolah tersebut. Sampai je sekolah tu, terus mula program.
Macam-macam aktiviti yang kami buat dengan adik-adik tu. Seronok layan adik-adik darjah 5 dan 6 yang macam darjah 1 dan 2. Tapi ada yang macam umur 5, 6 tahun. Semua ni di nilai bukan sebab daya pemikiran diorang tapi dari segi fizikal. Serius, diorang kecil-kecil + comel-comel. Geram sangat rasa macam nak sorokkan sorang masuk dalam beg baju n then bawak balik.
Aktiviti yang paling best n awesome, aktiviti pagi tadi. LDK yang ke empat tajuknya "Cita-citaku". Pada mulanya kami exco-exco cuma plan nak suruh adik-adik bayangkan sesuatu. Apa yang mereka ingin capai , apa yang terlintas dalam fikiran mereka. Tapi tiba-tiba ada fasilitator datang jumpa kami minta tisu. Kenapa la pula nak tisu ni.
Nak tau, rupa-rupanya ada adik-adik yang mengalirkan air mata kesedihan + ketakutan. Ada yang nampak 5A. Mereka nak kan 5A. Mereka nak ubah hidup keluarga mereka. Mereka takut mereka tak mampu dapatkan apa yang mereka inginkan. Terharu... kami exco-exco dan fasilitator tersentuh dan mengalirkan air mata.
Tapi tak semua yang buat sungguh-sungguh. Masing-masing main-main. So, kami exco tambah lagi satu aktiviti. Kami nak bagi semua adik-adik sedar + insaf yang mereka akan menduduki UPSR tahun ni. Tujuan program ni pun "Melentur Destini Anak Bangsa". Kalau cuma sorang dua je yang insaf, so tujuan program ni tak tercapai. So kami buat lagi satu aktiviti. Alhamdulillah.. Akhirnya kami berjaya buat adik-adik sedar dan hampir semua mengalirkan airmata kesedaran. Alhamdulillah.. syukur.
Tengah hari tadi berakhirlah program kami di sekolah tersebut. Totally, badan rasa penat sangat sebab sepanjang minggu tu jadual pack sangat. Takde masa untuk berehat. Tapi seriusly, rasa seronok dengan program ni sebab misi kami tercapai.
#Nampak tak kte jadi exco, kte tau bila pegang jawatan ni kte akan sibuk dan banyak kerja. Kte nak sibukkan diri ni supaya kte dapat lupakan kesedihan yang ada. Biar la badan penat macam mana, janji tak menangis rindukan yunk lagi. Taknak yunk terseksa.. :(
(Al-Fatihah buat arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
No comments:
Post a Comment