Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday 24 January 2012

Kami sesat jalan

Assalamualaikum awak..

Hari ni saya terlebih rajin hapdet blog ni. kenapa? Sebab harini kan birthday awak.. Saya rindu awak sangat-sangat. Kalau awak ada, mesti kita tengah dok borak-borak kan? Dok gelak-gelak, usik-usik, tacing-tacing. Ala.. comel je. Tapi tu KALAU. Sekarang ni, saya call no awak pown operator yang angkat. Saya tak pernah bosan try call no awak. Bila la awak nak angkat ni? Saya tak dapat nak borak-borak dengan awak dekat fon, so saya borak-borak dengan awak dekat blog jela ye. Takpe kan? Awak ok je kan? ok, sayang awak. Thanks.

Awak, nak cakap lagi ni hadiah awak saya bagi lambat sikit ye. Awak faham kan? Ni yang buat saya sayang awak sangat-sangat!

Awak, saya nak cerita sesuatu ni..

20 Ogos 2011 masa otw balik dari KL nak hantar saya kat u kita sesatkan. Awak termasuk tol Pagoh. Kita pergi isi minyak pstu tanya kat pakcik tu mana jalan nak pergi segamat? Pakcik tu pown tunjuk sana terus belok bla bla bla. Masa tu gelap sangat-sangat yela da malam. Eh,takut la dah la tak pernah lalu situ. Ok, kita try ikut apa yang pakcik tu cakap. Tak sampai 50 meter, "yunk, jom la kita masuk highway balik. Kita keluar tol tangkak je. Takut la.. " Awak pown dengan lajunya buat u-turn cari jalan nak masuk highway. Dalam masa yang sama awak cuba happykan saya yang dalam ketakutan ni. Mula la keluar cerita-cerita lawak awak tu.

Hilang da rasa takut saya. Awak memang superb! Sentiasa tau macam mana nak tenangkan saya. Ni yang makin sayang awak ni..

Awak nak tau.. Tadi first time saya lalu jalan Pagoh nak balik u. Ye syg, jalan yang kita sesat tu. Tadi saya nampak petronas yang kita singgah tu. Saya nampak kereta awak gak. Dalam tu ada awak dan saya. urm... tu bayangan je.

Awak nak tau.. Jalan tu memang menakutkan sangat-sangat! sunyi sangat-sangat! Lebih-lebih lagi kalau lalu time malam memang seram! Nasib baik kita tak lalu jalan tu kan. Kalau tak, tak tau la apa akan jadi. Mungkin kena rompak (macam banyak harta je orang nak rompak) , mungkin tayar bocor dah tu siapa nak tolong? Memang kena tolak sendiri la nampak nya.

Alahai.. Nasib baik kita buat keputusan yang betul kan syg?



Pesanan untuk pelajar-pelajar uitm segamat : jangan lalu jalan pagoh tau! bahaya la lagi-lagi untuk perempuan yang comel macam Mira ni. (ok,muntah sekarang) . Bagus lagi lalu jalan tangkak yang pusing-pusing macam roller coaster tu.



(Al-Fatihah syg Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
ilove u imiss u forever :)

No comments:

Post a Comment