Saturday, 17 March 2012

Sangat stressssss bila...

Assalamualaikum..

Anda stress tak bila delete message dari encik BF anda? Mesti tak kan. Kadang-kadang mesti sengaja or terpaksa delete sebab inbox dah full dengan message encik BF kan?

Anda pernah rasa stress tak bila terdelete message-message tersebut? Mira pown tak stress. Kenapa nak stress pulakkan? Hari-hari boleh renew message tu. Tiap masa, tiap saat boleh renew. Betul tak? Mira selalu je delete message2 dari encik kekasih hati. Tapi bila inbox dah penuh la. Kadang-kadang sampai fon hang, tak bunyi. Tau-tau je ada message dari si dia. Kadang-kadang si dia merajuk sebab message dia tak di balas.

maaf la sayang.. saya tak perasan message awak tu...


Tapi sekarang, bila saya terdelete message awak, saya stress sangat. Eee fon ni mengong! Nak delete message lain, message awak gak yang terdelete. Awak.. Macam mana ni? Kalau 10 kali terdelete, mau habis message-message tu. Cmne saya nak renew semua tu? Dulu buka inbox je mesti nama awak first, buka sent item nama awak juga yang first. Buka kat delivered, nama awak lagi. Sentiasa nama awak yang pertama. Tapi sekarang, kenapa nama awak kat belakang? Dah lama awak tak hantar message kat saya kan. Saya rindu~~

Wahai nfon, please be nice with me.. Message-message dari Ahmad Zakwan tak boleh nak renew. Nanti saya rindu dia, saya nak tengok message siapa? Message-message tu je jadi ubat rindu ni..


 
SAYA SANGAT STRESS BILA TERDELETE TEXT DARI AWAK SAYANG... :'( 




(Al-Fatihah sayang Ahmad Zakwan bin Patah Raji)

No comments:

Post a Comment