Assalamualaikum sayang~
Sekarang saya berada di rumah menjaga anak-anak kita. Yang sulung dah darjah 6 dan yang bongsu baru setahun. Uhukuhuk~ Itu semua dusta semata-mata.
Hakikatnya saya kat rumah ni menjadi baby sitter, jaga baby umur setahun jagung tapi degilnya macam budak 6 tahun. Mungkin ni kesan daripada minum susu anmum. budak terlalu pandai dan agresif. Sakit sendi-sendi ni sebab budak tu asik nak dukung + main kejar-kejar dengan dia. Fuhhh~ letih..
Tambah-tambah letih bila malam si gendut ada kat rumah. Si baby balik, si gendut muncul.Time tu saya jadi harimau jadian. Mengaum sentiasa. Kadang-kadang sampai suara serak. Degilnye nauzubillah. Taknak dengar kata. Suka melawan.
Apa lah nasib diriku yang malang oh tuhan~ (iklan semata-mata)
Tapi alhamdulillah. Mungkin ini yang Allah nak beri pada saya. Doa yang selalu saya minta padaNya. "Ya Allah, berikan lah aku sesuatu agar aku dapat melupakan seketika kesedihan yang menimpa diri ini."
Terima kasih Ya Allah. Engkau maha Mendengar lagi maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu.
Walau apapun yang terjadi, sebagai manusia yang lemah,kadang-kadang saya lupa dengan kebesaran Allah.
Masa dua bulan ni akan saya gunakan dengan sebaiknya untuk tenangkan hati, jiwa dan perasaan saya. Maaf andai ada yang terasa mahupun terluka.
Saya ingin bersendirian. Saya ingin keluarga sahaja yang menemani. Saya ingin didik diri ni untuk hidup sendiri. Untuk hidup berdikari. Saya perlu bangun dan cari semula semangat saya yang hilang. Walaupun hanya tinggal sedikit sahaja semangat itu untuk diri ini, saya perlu mencarinya semula.
Kadang-kadang kita perlu utamakan kepentingan diri kita daripada orang lain. Kadang-kadang kita perlu abaikan perasaan orang lain. Benarkah saya? Kejam kah saya buat sedemikian rupa?
Puteri kecil berkata pada saya, saya tidak kejam. Saya buat benda yang betul. Puteri kecil hadir bila saya perlukan pendapat dan bantuan. Bila saya buntu tak tahu nak buat keputusan, puteri kecil pasti hadir untuk membantu. Like brother like sister. I love both of you.
Abang wakilkan adik untuk menemani dan menjadi pendengar setia buat kekasih hati apabila dia sedar dia tidak mampu melalukan perkara itu lagi.
Lambat dua hari saya buat entry ni. Maafkan saya wahai encik kekasih hati yang sangat memahami.
(Al-Fatihah buat kekasih hati yang dirindui Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
No comments:
Post a Comment