Thursday, 19 April 2012

Bukan tak nak jumpa

Assalamualaikum..

Awak, awak.. saya demam. baru dua hari baik demam semalam demam balik. Kalau macam ni selalu boleh pengsan saya awak tahu? Nasib baik sekarang tengah cuti. Boleh la bermanja-manja dan bermalas-malasan kat rumah. Semalam je satu hari terbaring dekat tilam. Nak makan pown tak larat. Mampu makan dua ekor ikan bilis goreng je. Cukup la tu untuk alas perut.

Hari ni panas dah kurang, cuma kepala je sakit-sakit lagi. Ada orang suruh saya pergi hospital la awak. Buat medical check up. WHAT?? HOSPITAL?? urm, memang tak la kan. Klinik pown kalau tak betul-betul sakit or memang dah tak boleh tahan langsung, memang susah la saya nak jejakkan kaki. Ni kan pula hospital. Selama 4 semester saya dekat UiTM Segamat tu cuma sekali je saya jumpa dokter. Tu pown terpaksa sebab memang dah tak larat sangat time tu.

Bukan apa sayang. Saya tak suka la jumpa dokter. Awak sendiri tau kan? Bila kita jumpa dokter, lepas tu dokter tu tanya kita sakit apa. Kenapa dia tak check je? Tak payah la tanya-tanya. Kalau tahu sakit apa takde la kita pergi jumpa dia.

So, lebih baik duduk rumah je. Nanti bila dah tak larat sangat, baru lah jumpa dokter and time tu pandai-pandai la dokter tu check kita sakit apa kan? Sebab masa tu maybe kita pengsan or tak mampu nak cakap apa-apa lagi.

Dulu saya ada dokter peribadi. Dia memang superb! Tak payah jumpa, cakap dari jauh je dia dah tahu saya sakit apa. Saya cuma bagi clue je. Bila saya dengan dia, bila saya sakit dia mesti tau. Tak payah saya susah-susah nak beritahu dekat dia saya tengah sakit. Hebatnya dia..

Tapi sekarang dia dah takde. Kenapa lah awak pergi awal sangat?

saya takut dokter -__-


saya takut jarum, takut kena cucuk -__-


ubat?? haish~ sama jela

Makan ubat sampai tercekik? Nasib baik la ubat tu tak pahit kalau pahit, mau muntah berdarah saya time tu.
Ubat yang masuk dalam badan ni adalah ubat yang beruntung. errrkk~ 
Bila ibu suruh makan ubat, senang je saya cakap. "tak nak la bu, makan ubat banyak-banyak nanti banyak dadah dalam badan ni" terbaik kan alasan saya?





P/S: Blog berwajah baru la.. Semua nak baru, semua nak tukar. urm..

(Al-Fatihah sayang Ahmad Zakwan bin Patah Raji)

No comments:

Post a Comment