Thursday, 12 April 2012

Tak semua orang pandai itu pandai dan tak semua orang bodoh itu bodoh

Assalamualaikum..

Dengan rasminya saya Nur Amira Haziqah binti Paimin telah mengambil lesen memandu kelasD.

Opsss~ macam bermimpi je saya pergi belajar memandu. Sayang,awak tahu saya dah start belajar memandu. Dulu awak yang sibuk sangat suruh saya ambil lesen. Awak cakap nanti senang nak pergi mana-mana. Awak cakap nanti kalau kita keluar sama-sama, n masa tu awak dah penat drive, awak nak suruh saya drive pulak.Kan kan kan? Awak cakap macam tu kan sayang?

Tapi masa tu saya tak berani lagi la sayang. Saya takut dengan lori besar, kereta laju sana sini n saya takut ACCIDENT! ye saya takut. Adik awak cakap saya takut dengan HANTU SEMUT!ish~tak patut..

Tapi sekarang, nak tak nak saya belasah jela pergi belajar . Betul juga cakap awak, nanti saya senang nak pergi mana-mana. Bila dah ada lesen, senang la saya nak merayap ziarah awak kat simpang. Tak payah la nak naik bas lagi. Tapi awak,cuti sem ni saya tak dapat nak ziarah awak la sayang. Tapi harap-harap bulan 5 nanti ada orang free bawa saya ziarah awak. Kejap je pown tak pela. Awak doa sama-sama dengan saya tau

7 april 2012 first day jejakkan kaki kat sekolah memandu Bakri. Ada ceramah dua sesi. Sesi pagi sumpah, bosan gila!! Hampir tertidur saya dengar ceramah tu. Tapi sesi petang ok la tak bosan macam pagi tu. Keadaan sekolah tu boleh la tapi surau dia tak memuaskan hati sebab campur lelaki perempuan n surau tu sangat kecil. Kantin dia ok, selesa la juga.

12 april 2012 test computer.Sepatutnya test computer 11 april tapi sebab public holiday, kena la buat 12.
Tadi masa test computer tu cuak juga la sebab orang kata test computer ni susah.Ramai yang sangkut dekat sini. Saya orang ke berapa pown tak tahu la. Kakak-kakak,abang-abang, adik-adik sebelum saya tu tengok muka semua hebat-hebat macam pandai. Tapi bila keluar,muka seposen je. Pastu bagi ic n duit dekat kerani. Lepas tu kerani tu cakap "awak nak buat lagi sekali? Tunggu sekejap ye" Aik, diorang repeat ke? Aduh, risau ni.

Bila nama kena panggil je mula la ketar lutut ni. Risau ya amat! jawab punya jawab, ada lagi 30 minit tapi semua dah siap jawab. Nak keluar tapi tak berani last-last semak balik jawapan tu. Dah siap semua, hantar n tengok result.

Alhamdulillah, saya lulus. Saya dapat 48/50. Tak sia-sia saya baca buku yang dah di bekalkan. Tapi saya tengok result cina yang pandai-pandai tu dapat 17/50. Kesian dia dua kali dah dia buat tadi tapi tak lepas gak. Main suap la tu nanti.

So,jangan kita ingat orang pandai tu pandai sangat. Mereka ada gak bodohnya. Dan kita yang tak pandai ni jangan terlalu merendah diri. Kita pandai sebenarnya cuma perlu usaha lebih sikit :)


Selamat beramal :) Jangan lupa doakan mira berjaya untuk ujian-ujian seterusnya.Nanti senang nak merayap jumpa kekasih hati. Orang dapat jumpa muka,mira dapat nampak tanah pown jadi lah dari takde :')



(al-fatihah sayang Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
~sayang pown doakan saya tau, IMYILY ~

No comments:

Post a Comment