Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 29 November 2011

Katakan padaku~

Assalamulaikum..

Sayangku,
dulu aku bangun tika ku dengar telefon bimbitku berbunyi
kamu mengejutku
kini jam loceng yang mengejutku
ku cari-cari di mana namamu yang biasa terpamer di skrin telefonku.
Tika ku mencari, mataku kabur,
Air mata sudah mengalir membasahi pipiku
Kaki yang lemahku gagahkan untuk turun dari katil lalu pergi membersihkan diri.
Jauh di sudut hati ku harapkan namamu terpamer ketika aku selesai mandi
untuk mengajak aku solat bersama-sama denganmu seperti selalu.
Namun, sekali lagi aku hampa.

Sayangku yang aku rindui,
Setelah selesai rutinku sebagai hamba Allah
Ku persiapkan diriku  untuk ke kelas.
Ku jeling-jeling telefonku yang berada di atas meja
lalu ku berkata di dalam hati
KENAPA TELEFON TIDAK BERNYALA DARI TADI?
DI MANA KEKASIH HATIKU?
Aku tidak mampu berikan jawapan untuk soalan aku itu.

Duhai sayangku yang aku cintai,
Dulu kamu sentiasa menemani aku tika aku perlukan kamu
Tika aku mengantuk dan bosan mendengar bebelan di hadapan,
dengan pantas jari jemari runcing mencari namamu untuk ku kirimkan kata-kata cintaku buat mu
SAYANG, BOSAN LA..
hanya mengambil masa beberapa saat kamu membalas kata-kata cintaku itu.
Lalu seperti terkena current aku kembali bersemangat untuk mendengar bebelan itu.
Tapi kini, di mana sayangku tika aku perlukan kamu?
Jika aku kirimkan kata-kata cintaku itu adakah kamu akan membalasnya?
Jawablah sayangku...

Kekasih yang aku kasihi,
Setiap saat, setiap minit, setiap jam, setiap detik aku mengingati kamu,
aku merindui kamu dan aku mencintai kamu
Tidak pernah kurang walau sebesar zarah sekalipun ingatan, rindu dan cinta 
aku untuk kamu meskipun aku tidak dapat melihatmu lagi.
Kamu telah pergi jauh meninggalkan aku.
Pastikah aku kamu meninggalkan aku??

Tidak sayangku....
Aku salah. Kamu tidak pernah tinggalkan aku.
Hatimu ada padaku. Kamu sentiasa di hatiku.
Akanku menjaganya sebaik yang mungkin hanya untuk kamu.
Kamu hanya pergi seketika untuk menyiapkan mahligai kita berdua.
Benarkan sayangku??
Kali ini aku benar, aku tidak salah lagi.
Kamu pergi untuk lihat aku lebih bersemangat
Kamu ingin lihat aku lebih kuat dan lebih tabah untuk berjumpa denganmu suatu hari nanti.

Sayangku, katakan padaku bahawa aku aku benar. Aku tidak salah..
Katakanlah wahai sayangku Ahmad Zakwan~

No comments:

Post a Comment