Thursday, 10 November 2011

HANYA KAU KUSAYANGI

Assalamualaikum..

Syunk.. tadi kte buat kek. Kek biskut marie. Da lama da teringin nak buat kek ni biasanya kte buat kek pelangi tu je. Kesian syunk tak sempat nak rasa kek tu kan? Masa puasa kte ada buat kek pelangi tu yunk nak rasa tapi macam mana nak bagi? Yunk bukan nak datang rumah. Lain kali datang rumah ambil kek tu ye.. (lain kali?? ada peluang lagi ke? ). Cik Ifa je yang dapat rasa kek tu. Takpe la bukan sedap mana pown kek tu. Masa kte pergi shopping raya , kek tu da tak elok da syunk. Takkan nak bagi yunk rasa gak? Eeee tak mau la kte. Nanti sakit syunk kte.

Sebelum buat kek biskut marie ni, masa raya haji aritu kte buat kek coklat. Kek coklat ni kemek kemek sebab terlembik sikit adunan nye. Buat ramai-ramai dengan akak and ibu. Orang sibuk pergi beraya tapi kami sibuk buat kek di dapur. Nak buat macam mana ayah sibuk memanjang kan. Nak kata ahli parlimen tak la pulak. Ayah oo ayah.. Ayah buat apa jela yang busy memanjang tu yeee. Malam baru sempat pergi beraya. Beraya la sangat kan. Pergi rumah mak angkat kte je dekat Muar tu. Mak angkat kte tu baru keluar dari hospital baru lepas operation sebab batu karang. Besar yunk batu dia. Macam batu kat tepi tepi jalan tu nampaknya. TAKUT!!

Eh, sebelum tu kte ada buat apam la. Apam bantat namanya. haha! Nama tu kte bagi sendiri sebab apam tu tak jadi sangat dan dia terbantat sikit. Tau tak bantat tu apa? Kalau tak tau cari la dalam kamus dewan. Kat sana ada kamus tak syunk?? Bantat-bantat pown apam tu habis juga tau! Ibu ngan fairuz cakap sedap. (nak amek hati jela tu). Syunk, fairuz tu perempuan la. Kawan lama kte dia tidur rumah aritu sebelum raya haji. Jangan jeles ye..

Dalam seminggu ni je tiga jenis kek kte buat. Hebat tak?? Mesti la hebat tengok la GF sape. (yunk selalu cakap macam ni dulu ) . Nak dengar lagi syunk cakap macam tu boleh?

Bila kte buat benda-benda ni, kte sentiasa ingat pesanan-pesanan yunk dulu. Suara yunk masih terngiang-ngiang lagi di telinga. Syunk sentiasa berpesan "Yunk.. rajin-rajin la belajar masak nanti da kawen senang tak yah la kte makan kat luar. Makanan kat luar bukan sedap". Kte yang degil ni selalu cakap "Malas la syunk. Kte nak buat kek je kte tak suka masak. Nanti syunk masak kte buat kek. ok??". Tiba-tiba je kte tersenyum da macam kerang busuk. Eh, kerang busuk reti senyum ke?? Syunk.. mana syunk?? Kte dengar suara syunk tapi mana syunk? Kenapa kte tak dapat lihat syunk??

Syunk.. Novel yang syunk beli tu da berkali-kali da kte baca. Naik hafal da ceritanya. Syunk ingat tak syunk ada belikan kte novel? Masa tu kte keluar tengok wayang berdua. Eh, berdua jela tak kan nak sekampung kot! Sementara menunggu kita jalan-jalan dulu kat dalam shopping complex tu. Lepas tu tiba-tiba je yunk ajak pergi kedai buku. Belek punya belek tiba-tiba syunk tanya "Yunk nak novel?" . Eh syunk ni beli jela main tanya-tanya pulak. Da tau da syunk memang suka dengki kte. Saje je nak buat kte malu kan?? Tak sempat nak jawab pape tiba-tiba je yunk tunjuk satu novel tu dekat kte sambil cakap  "HANYA KAU KUSAYANGI" lepas tu kenyit kenyit mata macam ni (^_~) . Rasa nak melompat-lompat je dalam kedai buku tu. Eh, suara awak tu da la romantik tambah tambah lagi syunk cakap macam tu memang romantik fantastik bombastik la jadinya.

Memang seronok sangat. "HANYA KAU KUSAYANGI" tu tajuk novel sebenarnya. Syunk pilih novel tu sebab syunk kata tajuk dia sweet sangat. Syunk nak bagi kte sebab syunk cakap kte sweet macam tajuk tu (malu lagi sekali). Terima kasih syunk.. Cerita dalam novel ni memang best! Novel ni mengisahkan seorang perempuan yang tabah membesarkan seorang kanak-kanak bukan anak dia malah anak arwah abang dia. Syunk nak kte tabah macam perempuan tu ke? Tapi kte tak kuat la syunk macam mana nak jadi seorang yang tabah? Kalau syunk ada boleh la jadi tabah macam dulu. Tapi insyaallah kte akan cuba untuk tabahkan diri kte demi syunk. Syunk, kte da tak boleh nak bermanja macam dulu. Kte da takde tempat nak bersandar lagi. Sekarang kte kena berdikari. Kte kena jadi hebat macam yunk! Ye.. Syunk saya sangat hebat! Syunk bantu kte dari jauh ye....



 Ni la syunk kek biskut marie tu.
Kek kek yang lain kte tak ambil gambanye pown.
Maaf...




taraaaaa ni la novel nya. 
Novel ni wajib la bergambar dengan si mushuk.
Sebab.. 
"HANYA KAU KUSAYANGI AHMAD ZAKWAN"
(nak buat novel tajuk tu boleh tak?
comel kan tajuknya? tengok la siapa ownernya)





(Al-Fatihah buat syunk ku arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
p/s : namamu sentiasa di hati 

5 comments:

  1. nnti ajar akak buat kek k..mcm sedap jea..hehe
    :)

    ReplyDelete
  2. baik akak.. xsedap mana pown first trial. :)

    ReplyDelete
  3. ruginye kte x join fairuz tido umah mira ritu,fairuz bg taw kte bru jew balik dri pt.jawa tue,,say soe gak bb x jdik kuar,,kte jnji nty kte kuar ea,,,nty mira watkn kek bskut marie tue ton kte ea,,,kte ske kek tue la,,,hehe,,mira luv u,,

    ReplyDelete
  4. ok la tue..dari akak pnah try ntah ape yg jd..hehe
    :)

    ReplyDelete