Wahai cik Ahfeeqa berani kamu tag saya balik ye..! Kepada semua pembaca (macam ramai je yang membaca belog ni kan) ni Mira nak cerita sikit. Semalam Mira di tag oleh yan lepas tu Mira tag cik Ahfeeqa ni. Eh eh, cik Ahfeeqa ni main tag balik pulak. Nasib awak kawan saya kalau tidaaakkk.. haha macam tu pulak. Ikutkan hati malas nak menjawab (fiqa, jangan touching) tapi di sebabkan mata ni tidak mahu lelap, dan tiada sesiapa yang mahu teman seperti sebelum ni (biasa kekasih hati teman sampai mata ni lelap) baik Mira jawab soalan-soalan yang cik Ahfeeqa tanya ni. Jom kita tengok apa soalan dia.
Eh, sebelum tu kena la letak rules dia. Ok, ni rules dia.
RULES OF THIS GAME:
1. you must post this post
2. each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. answer the question the tagger set for you in their post and create 11 new question for the people you tagged to answer.
4. you have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5. go to their pages and tell them you have tagged HIM/HER.
6. no tag back.
11 perkara pasal Mira :
- Mira paling suka subjek Math sebab Mira suka bermain dengan nombor.
- seorang yang mempunyai hati seperti tisu
- mudah touching dan mengalirkan air mata. Nak-nak sekarang ni pantang tengok cerita sedih mesti meleleh..
- kuat JELES tapi tidak luahkan.
- suka buli adik yang kecik (anis montel) tapi biasa Mira kena buli balik sebab dia lagi besar dari Mira.
- tidak suka memasak tapi suka buat kek dan kuih. (next entry mira tunjuk kek Mira buat ok)
- tidak kreatif dan tak suka benda yang rumit.
- seorang yang PENYAYANG ceewwaahh..
- susah untuk keluar rumah (biasa keluar dengan kekasih hati dan family)
- susah untuk makan ubat kalau betul-betul tak tahan baru makan.
- Mira paling benci pergi hospital sebab bau dia tidak menyelerakan.. -_-
Soalan cepucemas oleh cik ahfeeqa ialah...... taaraaaa!!
cerita sikit tentang diri korang
ha?? cerita pasal diri lagi? Eh, da cerita 22 perkara da. cukup la tu.. hehe :)
kalau tengah tension, apa yang korang akan lakukan?
Firstly, bila tension je Mira akan call kekasih hati Mira (Ahmad Zakwan) lepas tu Mira akan cerita dekat dia apa yang buat Mira tension. Bila dengar suara dia, tension semua hilang. tapi tu dulu and sekarang cuma luahkan dekat belog ni je tak dapat dengar suara da. Secondly, Mira akan ajak mereka2 yang bertuah pergi karaoke kat situ Mira akan jerit sekuat hati.. sangat BEST!
dua perkara yang korang suka buat?
Text dengan si dia and hangout dengan si dia.
kalau diberi pilihan antara dua perkara yang korang suka tu, mana satu yang korang akan pilih? kenapa?
Mira nak dua-dua boleh?? Mira nak text dengan si dia sebab dengan si dia je Mira senang nak cerita semua. Dia sangat memahami dan sangat baik! Nak hangout dengan si dia sebab boleh hilangkan semua tekanan bila dapat habiskan masa dengan dia.
apa perkara paling buruk pernah berlaku kat korang?
Kehilangan orang yang paling Mira sayang pada 4 september 2011. Nak tau lebih lanjut tekan sini .
hobi anda? kenapa?
Hobi Mira on9 jela sekarang ni sebab cuti sem kan nak buat apa je lagi. Mira sentiasa on9 sebab Mira tunggu si dia on9 sekali macam dulu-dulu agak-agak bila la nak jadi cmtu kan? Selain tu mira suka baca novel nak-nak novel cintan cintun. Banyak pengajaran dan pengalaman dalam novel tu yang kita boleh ambil sebenarnya. Yang baik-baik jela yang jahat-jahat tu jangan la ikut ye...
perkara paling manis yang korang penah buat dengan orang tersayang?
Biarlah rahsia.. haha rasanya hangout dengan si dia la yang paling manis. Pergi i-city lepas tu lepak pantai PD. Kami tengok matahari terbit bersama. Memang romantik habis masa tu. And shopping raya dengan si dia. tekan sini ok, jangan jeles anda-anda masih ada masa untuk tengok matahari terbit dan shopping bersama orang tersayang tapi saya tiada lagi.
detik2 cemas dalam diri korang..
Banyak sangat la detik cemas. First, masa dapat tau si dia eksiden. Memang blur tak tau nak buat apa. Second, nak final. Tak tau nak prepare apa sebab jiwa saya kacau dan fikiran masih bersiar-siar. Third, dapat result. Cemas sebab tak tau macam mana nak cakap dekat parents dengan result yang teruk tu. Ok, sampai sekarang tak bagi tahu lagi.. -_-
siapa fiqa untuk korang?
Fiqa adalah sahabat saya. Sayang awak la kawan!
pendapat korang tentang fiqa. jujur!
Fiqa cantik, peramah, baik hati, dan kadang-kadang pemalas! haha malas nak turun bawah untuk lepaking.
ayat penyedap hati untuk diri sendiri setiap hari??
Walaupun dia da jauh sekarang tapi dia tetap ada kat hati Mira , Mira tau dia akan tunggu Mira. Dia sayang Mira sebab tu dia pergi dulu nak siapkan mahligai kami berdua di sana.
(selalu cakap macam ni bila rindukan dia . Nak jumpa dia lagi)
(selalu cakap macam ni bila rindukan dia . Nak jumpa dia lagi)
#soalan fiqa macam banyak kaitan pasal dia je..
Siap sudah.. Nak tag kat siapa pulak ni? Taknak tag boleh? tak kenal ramai blogger la. Maaf.. :)
weee weee berada di awang-awangan sebab mira tulis jugak.. sayang mira.. tak payah tag sape2 lagi, cukup untuk fiqa je ok! haha
ReplyDelete