Thursday, 3 November 2011

~I'm Taken~

Assalamualaikum..

         Syunk.. Kte letih yunk dgn soalan-soalan diorang. Diorang asik tanya "BILA NAK ADA PENGGANTI". Bukan seorang, bukan dua yang bertanya tapi lebih dari tu syunk. Yunk, boleh tak kte nak menjerit kat diorang macam ni "WEY!! AKU TAK NAK PENGGANTI LAAAA!!" . Fuuuhhhh~ lega rasa kalau dapat buat cmni kan.. Tapi kte ni sape je nak menjerit kat orang sesuka hati kan. Apa yg kte boleh buat, kte buat status cmni semalam "Jangan di tanya pasal "PENGGANTI" . kalau nak mira ada pengganti, ramai- ramai tolong carikan orang seperti berikut : Muka, suara, cara, kepandaian, sifat, iman and semuanya la. Mira nak sama yang ada pada Ahmad Zakwan. kalau da jumpa, gtau mira. terima kasih!"


          Terima kasih kepada yang komen. :) Mira tak ambil hati pown dengan komen korang. Memang betul apa yang korang cakap. Memang tak akan ada orang yang serupa kat dunia ni. Mira tau... And sebab tu la Mira buat status tu. Makna tersirat kat status tu, MIRA TAKNAK PENGGANTI. Sekarang korang da tau kan? So, pleaseeeee jangan di tanya lagi soal pengganti.

         Da baca kan tajuk kat atas? I'M TAKEN.. Syunk.. i'm taken.. :) Start 5 MEI 2011 sampai bila-bila Mira kepunyaan Zakwan and Zakwan kepunyaan Mira. OK?? FULLSTOP! So, korang jangan la nak bising-bising tanya pasal pengganti lagi. Oh syunk.. Amirah Haziqah In relationship with Ahmad Zakwan kat fb tu kte takkan buang sebab tu yg yunk minta dulu kan? syunk ingat? Kte penah ckp kat yunk kte taknak buat in relationship tu and kte penah ckp tunggu la da 6 or 7 bulan couple nanti baru kte buat. Yunk ingat tak?? Tapi yunk nak gak buat npe?? yunk da tau ea kte mmg tak sempat nak tunggu sampai 6 or 7 bulan tu?? kan syunk kan??

          Tapi bagus gak yunk paksa-paksa buat relationship tu kalau tak mesti sekarang ni ramai yg mengaku yunk bf dia kan?? kan syunk kan?? syunk.... dengar tak ni?? Tu la syunk ni baik sangat. Mesra dengan semua orang. Mesti ada yg anggap yunk as her boyfie kan? Sampai sekarang ada je yang bercerita pasal yunk. Sedih yunk.. sedih.. memang sedih.. Walaupun kte da tak nampak yunk.. Yunk da pergi jauh dari kte tapi yunk jangan lupa hati yunk ada lagi kat kte. And sebab tu kte sentiasa rasa yunk ada dengan kte and perasaan tu tak pernah bertukar syunk walau sedikit pown! Syunk faham tak? PERASAAN TU TAK PERNAH BERTUKAR WALAU SEDIKIT POWN! 


         Wahai kawan-kawan arwah, Mira tau korang kenal dia lebih lama dari Mira. Ada yang dari baby da kenal, ada yang dari kecik, ada yang dari sekolah rendah, sekolah menengah, plkn, kenal secara tak sengaja macam - macam la lagi cara korang kenal dia. Mira tau dia seorang yang baik, dia mudah mesra, dia tak pernah kecilkan hati orang senang cerita dia memang baik sangat-sangat! Sebab tu ramai yang selesa dengan dia kan?? Mira tau korang rasa kehilangan dia kan? Sebab korang da xde tempat nak bercerita nak luahkan semua masalah korang. Biasanya kat dia la korang bercerita kan? Bila ada masalah dia la yang korang cari kan? Ok.. Mira faham.. Tapi korang faham tak? Sekarang Mira bukan je hilang orang untuk Mira luahkan semua masalah tapi Mira hilang orang yang sentiasa ada bila Mira suka and duka. Mira hilang orang yang sentiasa ada untuk Mira siang dan malam. Mira hilang orang yang sentiasa memberi semangat kat Mira. Mira hilang orang yang sentiasa teman Mira. Mira hilang semuanya...

    Kalau korang sedih kehilangan dia sebagai seorang kawan, Mira lagi lagi lagi lagi lagi dan lagi sedih kehilangan dia sebagai seorang kawan, teman, sahabat, dan kekasih. Mira nak minta tolong kat korang berhenti la tulis pasal dia, post pasal excident tu lagi, and pape je la pasal dia. Mira tak boleh baca semua tu, Mira tak boleh tengok semua tu sebab bila Mira tengok semua tu Mira akan rasa dia baru pergi semalam and Mira akan trauma balik. Lagi satu, Mira tau korang semua hebat-hebat. Mira mohon jangan la buat apa-apa kat fb arwah. Jangan minta Mira untuk deactive kan fb dia sebab tu salah satu kenangan yang ada and ibu dia pown tak bagi untuk deactive kan fb tu. Korang tak rasa apa yang Mira rasa sekarang ni kan? Korang nak rasa ke betapa peritnya semua ni??? TAKPE LA WAHAI KAWAN-KAWAN SEMUA. Mira doakan korang tak akan rasa apa yang Mira rasa sebab semua ni sangat PERIT! 

    Maaf kalau Mira wat korang tersinggung. Mira bukan nak mencari musuh. Tak pernah sama sekali terlintas untuk bermusuh dengan korang. Malah Mira nak berkawan dengan korang. Separuh dari kawan arwah adalah kawan Mira juga kan? Kita pernah satu sekolah dulu dan berkawan rapat. Taknak la sebab ni hubungan sebagai kawan tu renggang. Tapi harap korang semua faham.. TERIMA KASIH.. (^^,)






Syunk, terima kasih sebab beri kte kekuatan untuk buat semua ni. Kte tau syunk sgt memahami walau jasad kita da jauh namun hati kita sentiasa dekat. Terima kasih syunk.. 

(Al-Fatihah untuk arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
Terima kasih ya Allah memberi hambamu ini pinjam dia walau sekejap untuk ceritakan semuanya.

No comments:

Post a Comment