Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday 14 November 2011

.: Berdating :.

Assalamualaikum..

Dating dengan syunk
Syunk.. Da lama kita tak jumpa kan? Agak-agak bila kita dapat jumpa? Saya rindu sangat-sangat dekat syunk..

Syunk.. Hari sabtu kita berdating.. Tapi dating kali ni lain sangat-sangat. Biasanya kita dating berdua. Nampak muka, gelak-gelak, tengok movie, main bowling, jalan-jalan. Tapi kali ni kita dating, ibu dan ayah yunk temankan kte. Wani pown ada. Kte cari yunk tapi mana yunk? Kte cuma dapat lihat MAKAM TIGA BERSAUDARA sahaja. Dari jauh kte da nampak, tersergam indah makam tu. Kaki ni rasa laju nak berlari mendapatkan makam tu dengan harapan nama syunk takde kat situ. Tapi syunk, harapan pergi macam tu saja bila kte nampak nama yunk terukir di salah satu makam tersebut.

Syunk... Kenapa nama syunk ada?? Kenapa hati ni susah sangat nak terima? Syunk.. Maafkan kte.. Jejak je kaki di sebelah yunk, kolam mata tak dapat nak di bendung lagi. Air mata terus mengalir seperti hujan. Kte mengambil tempat di sebelah ayah sambil meneliti setiap sudut yang ada di makam tersebut. Hati semakin sayu pabila mendengar ayah membacakan tahlil ringkas, melihat ibu menangis kesedihan, dan adik kecil yang tak tahu apa-apa menjawab soalan si ibu , IBU : adk, ni kubur siapa? ADIK : ni along, ni angah, ni acik sambil jari si kecil menunjuk satu per satu makam abang-abangnya. Hati ni lemah tersangat lemah syunk.. Maafkan kte menangis ketika ber'dating' dengan syunk. Maafkan kte menangis di depan keluarga syunk. Maafkan kte syunk....

Setelah selesai semuanya, terdengar suara ayah mengajak untuk pulang ke rumah. Tapi hati ini berat untuk pulang. Syunk.. Kte nak duduk situ dengan syunk. Kte nak temankan syunk boleh?? Kte berdiri kaku melihat pusara syunk tanpa mengendahkan ajakan ayah. Ayah.. maafkan saya.. Hati kecil menjerit-jerit meminta untuk di tinggalkan di situ dengan harapan dapat temankan syunk. Tapi Wani terlebih dahulu menarik tangan ni menuju ke kereta. Syunk!! Ada orang tengah menggali.. Untuk siapa? Mulut terasa ingin berkata kepada si penggali. "pakcik, tu tempat saya.Jangan ambil" Mampukah kte berkata sedemikian? Di depan ibu dan ayah yunk? Tak sanggup syunk.. Tak sanggup melihat ibu menitiskan air mata, tak sanggup mendengar ayah menahan kesedihan.

Keluar je dari tanah perkuburan tersebut, kte cuba untuk senyum. Senyuman yang terpaksa bagi memaniskan muka ini supaya si ibu tidak bersedih lagi, si ayah tenang dan si adik gembira.

Wahai syunk ku Ahmad Zakwan, ku berharap agar dikau senang dengan kehadiranku di pusaramu. Dan pahala yang dikirimkan sampai kepadamu bersama adik-adikmu.



Dating dengan alyn
Syunk.. Selepas ber'dating' dengan yunk kte dating dengan alyn. Buat apa yang pernah kita berdua buat dulu. Keluar jalan-jalan, tengok wayang, dan makan-makan. Motif?? Untuk luangkan masa dengan adik syunk. Kami pergi tengok cerita "Alamak Toyol" . Cerita tu mula-mula agak mengarut tapi lama-lama agak seronok. Seronok?? Boleh la seronok jugak. Lagi seronok bila dengar si cantik tu gelak. Rasa macam dengar syunk gelak je. Syunk.. kan kte da cakap adik syunk tu sama macam syunk. Masa makan teringat syunk.. Tengok wayang teringat syunk. Pergi kedai buku teringat syunk. Pergi kedai hadiah teringat syunk. Semua teringat syunk. Terubat rindu di hati bila dating dengan si cantik alyn. Sampai kat kedai buku mula-mula nak cari novel tapi tiba-tiba berminat dengan buku "Menjadi Wanita yang bahagia" dengan "Pastport menuju akhirat". Syunk, kte nak siapkan diri untuk jadi lebih baik. Supaya nanti kte dapat jumpa kat sana.



kwn yg byk membantu


klon syunk.. gamba ni je yang mampu
budak tak suka lensa




 alyn da bertukar wajah




 bersama si kecik zaid sangat comel!



 comel je adik yunk ni
mcm syunk!



yang ni lagi comel.
tengok baju pink tu bersama 
mak mertua dan adik ipar.
(^_^)



Syunk, ada masa lagi nanti kte huru harakan rumah yunk lagi ye seperti yang syunk mahukan.. Syunk nampak semuanya kan?? I love you more and more..!! 

Baru sehari balik da rindu.. macam mana ni??





(Al-fatihah buat syunk ku Ahmad Zakwan bin Patah Raji)

No comments:

Post a Comment