Thursday, 8 December 2011

Nasihatkan orang lain sangat mudah tapi untuk diri sendiri?

Assalamualaikum..

Maaf readers semua, Mira tak letak bawang dekat setiap entry Mira. So, korang tak yah la menangis ye. Takut la Mira nak menulis lagi lepas ni. Tapi kalau tak menulis, macam mana dengan rindu yang da menggunung kalah tingginya gunung Kinabalu ni? Kesian pada kekasih hati tertunggu-tunggu pula untuk mendengar luahan hati ini.

Pada sesiapa yang tak suka akan blog ni, anda boleh cari button yang bertanda [X] kat atas sebelah kanan lepas tu dengan segera tekan la ye.. :) Pada yang sudi membaca, terima kasih.

Diam tak diam lima hari lagi genap 100 hari syunk pergi tinggalkan kte. 100 hari?? Kalau hari tu tukar jadi ringgit, macam-macam da boleh di beli dengan duit tersebut kan? Syunk.. sehari tak berjumpa da macam setahun lamanya ni kan pula 100 hari. Ya Allah.. Lamanya syunk.. Kalau dulu rasa masa ni berputar macam kipas nombor 5, laju sangat. Rasa baru je siang tiba-tiba da malam. Yela, setiap saat setiap detik syunk temankan kte mana la rasa masa tu berputar sangat pantas. Tapi kini, terasa masa ni berputar lambat sangat syunk. Setiap malam bila tidur rasa macam da lama je tidur tapi bila tengok jam rupanya baru je berapa minit kte tidur. Errr~ bosannya. Mata rasa mengantuk tapi tidur tak lena. Syunk, kte terlalu rindukan syunk.

Boleh tak kte nak tidur untuk selamanya? Ya Allah.. Bantu lah hambamu ini. Berilah kekuatan dan ketabahan yang diperoleh oleh Siti Aisyah dan Khadijah.

Syunk.. Kte rasa sangat bosan bila study sekarang ni. Dulu, kte study dengan yunk. Bila ada yang tak faham, yunk la yang jadi tok guru kte. Walaupun bidang kita berbeza, tapi knowledge yunk sangat luas. Yunk banyak membantu lebih-lebih lagi untuk subject menghafal. Kte ingat lagi tips-tips yang syunk bagi kat kte. Kte akan ingat sampai mati. -_- Terima kasih syunk. Tapi sekarang siapa nak jadi tok guru tak berbayar kte? 24 hours ada di sisi kte. Siapa? Siapa?

Macam mana nak hilangkan bosan ni?

Syunk.. Kte demam. (syunk je tau kte demam macam mana).Tapi yang magic nye, dalam demam-demam ni kte boleh tergelak, pergi kelas macam orang tak demam, dan tersenyum depan orang ramai. (kawan-kawan pown tak perasan kte demam) Ye syunk.. Kte demam malam je. Siang cuma kepala je sakit. Sebab tu la boleh tergelak-gelak bukan apa cuma nak happy kan orang sekeliling je. Kesian diorang, macam-macam masalah ada.

Ha tengok... bila orang ada masalah laju je mulut ni menasihatkan. Suruh sabar la, relax la, berdoa la, macam-macam lagi nasihat yang di berikan tapi bila kena kat batang hidung sendiri. Hamekau! Baru la tau macam mana rasanya perit masalah tersebut. Tapi bila masalah tu da kena kat batang hidung sendiri tak reti pulak nak nasihatkan diri sendiri.. Manusia oo manusia..

Jelas sekali manusia ni sangat lemah. Sentiasa memerlukan antara satu sama lain. Perlukan kawan, rakan, sahabat, kekasih hati, ibu bapa, keluarga dan yang paling penting manusia ni perlukan ALLAH di sisinya.

~saya manusia lemah maafkan saya jika melakukan kesilapan~





(Al-Fatihah buat arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)

2 comments:

  1. Takde bawang, tp kte tetap nages baca setiap entry awak.. mgkin keadaan kte sama dgn awk. cuma yg mmbezakan, dia masih bernafas.seksa bile terpaksa anggap dia da mati sedang kan masih hidup.

    ReplyDelete
  2. sabarlah kawan, tak baik anggap org yang masih hidup da mati. takut awak menyesal nanti bila dia dah mati betul2..

    ReplyDelete