Sewaktu jari menari-nari di atas keyboard, hati mula buat kira-kira tinggal berapa minit sahaja lagi genap la 100 hari kekasih hati pergi meninggalkan diri yang kerdil lagi hina ini. Kenapa di kira? Kau suka ke Mira? Kau bahagia dia pergi tinggalkan kau? Ya Allah.. Hanya Engkau je yang tahu betapa seksa, merana dan menderitanya diri ini. Tidak pernah sama sekali untuk diri ini mengira tarikh-tarikh keramat itu. Secara tidak sengaja ianya muncul dengan sendirinya.
Bermacam-macam cara telah Mira lakukan untuk melupakan seketika tarikh keramat ini. Meskipun badan terlalu penat setelah meredah hujan selama hampir 3 jam, Mira gagahkan juga diri ini pergi ke program-program yang di anjurkan oleh UiTM pada malam harinya pula. Bukan untuk melupakan kamu wahai kekasihku. Tetapi untuk tidak membuat dirimu terseksa di dalam sana. Sungguh! Mira taknak dia terseksa.
Tapi diri ini terlalu kerdil dan lemah. Mira tak mampu melawan perasaan ini. Perasaan rindu yang teramat pada kekasih hati. Jejak je kaki dalam bilik, fikiran semakin bercelaru. Hati meronta-ronta berkata "syunk.. kte rindu yunk.. syunk.. kte rindu!! syunk.. kte nak jumpa yunk.. syunk.. dengar la suara hati kte ni. Muncul la syunk..". Air mata mengalir dengan laju tanpa sempat di halang. Syunk.. maafkan kte..
Syunk.. Kenduri untuk 100 hari kali ni kte tak dapat nak join family yunk. Sedih! Nak buat kenduri tahlil kat sini kte tak mampu. Kte hanya mampu sedekahkan yassin buat syunk setiap malam selepas maghrib.Tetapi kadang-kadang ada malam yang menghalang kte untuk melakukan rutin tersebut. Maafkan kte syunk.. Tapi kte akan bacakan double pada malam yang berkesempatan. hehe takpe kan syunk?? Syunk jangan risau, kte tak pernah lupakan syunk.
Pada malam gerhana bulan, sedang sibuk menyiapkan kerja yang melambak tiba-tiba hati tergerak untuk pergi ke masjid bagi melakukan solat sunat gerhana. Syunk.. Semasa dalam perjalanan ke masjid hati sentiasa tertanya-tanya. "Sempat ke nanti nak baca yassin untuk syunk? nanti ada ceramah tak kan nak baca yassin masa ceramah tu". Ya Allah.. Bantu la hambaMu ini..
Habis je solat maghrib secara berjemaah tiba-tiba imam bersuara. "Hari ni kita sama-sama bacakan tahlil untuk student-student, staf-staf UiTM dan semua umat islam yang telah meninggal dunia." Syunk.. Allah telah makbulkan doa kte. (fuuuhhh~ lega hati) Lega-lega juga, tapi tiba-tiba je hati ni rasa lain. Takut menangis depan orang ramai!! TAKNAK!!
Sebelum memulakan bacaan yassin, tangan kanan menepuk-nepuk bahu kiri sambil berkata "Mira, kuat!! Jangan nangis." Tangan kiri pula mengambil bahagian menepuk-nepuk bahu kanan sambil mengulang kata-kata yang sama "Mira, kuat!! Jangan nangis". Lepas tu, berkumandanglah bacaan yassin tersebut. Setelah puas menahan air mata ni dari mengalir sampaikan hati tidak mampu menanggungnya lagi akhirnya terlerai juga air mata ni di hadapan khalayak ramai. Syunk.. sekali lagi maaf...
Ternyata, Nur Amira Haziqah adalah insan yang lemah. Tak mampu untuk mengawal air matanya dari keluar menyembah bumi. Mira, awak bukan seorang pelakon yang hebat!! Orang lain mungkin awak boleh tipu tapi diri awak? Cukup la tu Mira, tak payah nak menipu orang dan diri sendiri lagi! Nak menangis, menangis je!! Keluarkan semuanya!!
Tak salah pown bersedih mahupun menangis.
Tapi letih macam ni hari-hari
Syunk, kte inginkan..
:
:
:
V
Senyuman yang ikhlas yang lahir dari hati
bukan senyuman yang di buat-buat kerana terpaksa!
bulan ni kelihatan cantik tapi hakikatnya bulan ni sedang sakit
subhanallah
dapat tengok bulan macam ni je malam tu
SANGAT SUKA DENGAN KATA-KATA NI:
Semoga dapat melalui hari-hari yang akan datang
dengan lebih tabah, sabar dan bersemangat. Insyaallah~
ok, ada ahmad kat gambar tu. kata-kata dari syunk ke??
TAPI.......
Ye, saya sangat merindui awak syunk!!
AL-FATIHAH BUATMU SYUNK
ARWAH AHMAD ZAKWAN BIN PATAH RAJI
~semoga syunk tenang di sana~
No comments:
Post a Comment