Wednesday, 14 December 2011

Pergi kelas mata bengkak

Assalamualaikum..

Nak tau satu cerita tak? Pagi tadi kan kelas Mira pukul 8-10, 10-12. Setiap hari Selasa Mira ada dua kelas je, petang Mira free. Sesiapa nak ajak dating, hari selasa petang boleh la ye. Ops.. maaf syunk.. Gurauan semata-mata. Jangan marah ye. Macam biasa kalau ada kelas pukul 8, kena la bangun awal. Tapi awal Mira takde la awal mana pown. Biasa Mira bangun dalam 6.30 tak pown 6.45. Tapi kadang-kadang bila Allah bagi cuti, orang da siap nak pergi kelas baru Mira bangun. Daripada kena berdiri terpacak macam tugu negara depan toilet tu, baik Mira teruskan mimpi Mira tu. Betul tak?? Bila toilet da kosong, baru la pergi mandi dan bersiap-siap. Kan jimat masa tu. (ni petua bagi si pemalas)

Pagi tadi, masa bangun tidur tu mata ni rasa berat sangat nak buka. Rasa macam ada gam satu botol tertumpah atas mata ni dan melekat-lekat. Cuba dan cuba, akhirnya yeaahh~! Terbuka juga mata ni. Turun je katil, cepat-cepat pergi toilet. Tengok-tengok, alamak! Ramai la pulak. (kan da cakap). Daripada buang masa jadi tugu negara kat depan pintu toilet tu, Mira pergi bersujud pada yang Maha Esa. Kan lagi berfaedah.
Lepas solat, toilet pown kosong. 

Masa Mira tengah siap-siap nak pergi kelas, akak roomate tegur. "Mira!! Kenapa mata bengkak? Ha... jeng jeng jeng". Mesti dia fikir Mira gaduh dengan encik kekasih hati sebab semalam dia baru menambah Mira jadi kawan dekat muka buku dan nampak la Mira in relationship with Ahmad Zakwan. Dengan muka tak bersalah, Mira cakap "eh, adalah.. biarlah rahsia. Tapi kak, nampak sangat ke bengkaknya?" Kakak yang comel pown jawab "Nampak..". Alamak! Macam mana ni? Kantoi la nanti. 

Nasib baik ada make-up. Tonyoh punya tonyoh make-up kat muka, lebih kan dekat mata dengan harapan dapat tutup kesan bengkak tu. Tapi nampak lagi. Mira amek eye-liner pulak letak bawah mata bagi mata nampak besar sikit. Da siap semua, cakap depan cermin "urm.. da ok la ni kot.. harap-harap la berkesan".

Sampai dekat bawah, cik Ifa bersuara "Mira baru bangun tidur ea?" hehe soalan dia agak pelik tapi Mira ye kan je. Jumpa cik Jia pulak, "Mira tak cukup tidur ea? Ke Mira nangis?" tak jawab pape.. senyum je.. :) (ikhlas tak? ikhlas la kot) Lepas tu cik Shikin pulak. Haiiyyaakk~! Takde effect betul make-up ni!

Alang-alang da kantoi, biar la kantoi terus kan? Kesian diorang mesti tetanya-tanya kenapa? mengapa? bagaimana? bila? siapa? hahaha..

Ok, sebenarnya memang betul pown Mira nangis. Sebab? Mira baca text-text lama kekasih hati saya. Rindu! Rindu teramat sangat. Dah berkali-kali larang jari ni membuka text-text tersebut sebab setiap kali baca mesti hujan akan turun dengan lebatnya. Bukan hujan di luar sana tapi hujan air mata. 

Syunk.. kte da naik hafal da semua text-text syunk. Kte taknak baca text-text tu lagi. Kte nak text yang baru. Nak text dari syunk...

Yunk... Ye syunk.. Kte rindu nak dengar yunk panggil macam tu lagi. 
Urm.. npe ni syunk? Macam xde mood je.. Yunk.. kte rindu sangat dekat syunk. Kte nak jumpa syunk..
Yunk.. jangan la asyik xde mood je. Yunk, kte bukan xde mood tapi hati kte rasa lain.
Yunk wtpe ni? Kte tengah tunggu syunk. Kte rindu sangat dekat syunk..
Kte da kat surau ni nti kte msg taw.. Love u syunk.. Comel je syunk ni.. Ok, syunk kte tunggu. Kte akan tunggu sampai bila-bila.
Yunk demam ea? Ye yunk.. Kte demam. Syunk je tau kte demam macam mana. Kte Sakit. Xde dokter da yang nak jaga kte. Kte rindu dekat dokter kte.
Yunk jgnla tdo dulu.. Jom la msg.. Syunk.. jom syunk, kte sanggup x tido kalau yunk msg. Jom syunk.. kte tunggu..
Td ngntok sangat kan.. tdo la yunk.. xyah lyn pakwe yunk ni msg kte ni menyebok je.. Ganggu yunk je.
Tak syunk!! syunk tak ganggu kte. Syunk.. kte taknak tdo.. kte nak jumpa yunk..!!
Sukati je cas fon sambil off kan? ok2 psni kte off fon tetibe jgn nak bising plak k.. Yunk.. kte tak off.. Kte sentiasa on fon ni.. Yunk call la bila-bila masa pown kte tunggu.. Yunk jgn off fon, kte nak call yunk..
Yunk demam lagi? Makan panadol ye..  Xnak.. Nak jumpa yunk.. syunk.. kepala pening..
Urm.. yunk picit la sendiri kalau kte ada bole tolong picitkan.. Tak yah syunk.. kalau yunk ada mesti terus baik..
Yunk tdo la dulu.. nti kte kejut ea.. Yunk.. sekarang xde spe nak kejut kte. Tak berani nak tido kalau banyak kerja. :(
Syunk.. janganlah cmni syunk... Kte bkn nye g x blek2 pown.. Syunk.. Syunk pergi jauh.. syunk ckp nak balik, Ble? 
Urm.. xla jauh sgt pown.. X kena naik kapal terbang pown syunk.. Syunk.. syunk x balik-balik pown.. :'(
X sempat la kte nak pergi umah yunk ni.. YUNK!! mana yunk tau x sempat?? Kenapa tak sedar semua ni?
Cakap kat ibu kte tak jadi datang tau.. Yunk datang la yunk.. Semua da tunggu yunk datang.. datang la syunk..
Mne yunk tau x sempat jumpa ni? Yunk.. Kte da dapat rasa ada sesuatu akan jadi. Tapi kenapa kte tak tau benda ni yang akan jadi? Kenapa????
Npe tak jumpa terus pulak?? Syunk.. Betul kte memang tak dapat jumpa lagi.. Kte da dapat rasa dua hari sebelum yunk pergi tapi kenapa kte tak tau?? Kenapa petunjuk ni tak jelas?? 
(antara text yang membuatkan mata Mira bocor)

Minggu-minggu terakhir bersama kekasih hati, kami asyik gaduh. Sedangkan sebelum ni kami jarang sangat bergaduh. Tapi minggu yang terakhir ada je yang tak kena. Kalau tak kekasih hati merajuk, pasti Mira yang akan merajuk. Minggu-minggu terakhir tu juga, Mira sentiasa demam. Tak dapat teman dia sepanjang masa.

Syunk.. maafkan kte.. Kte nak jumpa syunk lagi. Kte nak!! Tapi macam mana? Bila? Dekat mana?





(Al-Fatihah buat arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)Miss u love u, and i want u back!!

2 comments:

  1. urm kalau awak betol-betol sayang kat arwah, berdoa je la . Berhenti cakap pasal nak mati . Terseksa arwah dalam kubur . Awak sedar tak dalam diam awak dah buad zina hati ? Kesian kat arwah sebab sama2 tanggung dosa (zina hati). Awak doa je la buad dia . Itu je jalan yang buad arwah tenang kat sana . Saya rasa arwah datang dalam mimpi awak sebab nak awak teruskan kehidupan macam biasa . kuat kan hati awak .

    ReplyDelete
  2. thanks atas nasihat..insyaallah i'll try my best.(mmaf reply lambat)

    ReplyDelete