Saturday, 31 December 2011

Kenapa gatal sangat??

Assalamualaikum pembuka bicara..

Gatal sebab apa ni? Gatal kena gigit nyamuk ke? Gatal nak kahwin? Ha? Ha? Cuba jawab. Jawab la Mira oi....

Mesti la gatal nak kahwin. Ok, ini tipu semata-mata. Kalau ye gatal nak kahwin, kau nak kahwin dengan siapa Mira oi? Dah.. jangan nak mimpi la pasal kahwin-kahwin ni. Sabar dulu, dia tunggu dekat 'sana'. Mahligai da nak siap tu. Sabar sabar sabar. -_-

Sebenarnya tangan dan jari jemari ni yang gatal. Apasal gatal sangat ha? Gatal pergi buka muka buku kekasih hati. Dok baca satu per satu inbox dia. Kan da bertambah-tambah rindu. Baca semua rasa macam dengar suara dia berborak. YA ALLAH.. Lemahnya hambaMu ini. Siapa suruh ha gatal? Padan muka kau Mira. Padan muka kau! arrrrgggghh~! :'(

Syunk, awak abang yang terhebat! Awak abang yang terbaik! Mulut cakap tak suka kat angah, tak best ada adik umur beza setahun, macam-macam lagi yang yunk mengadu dekat kte. Tapi hakikatnya, yunk sayang sangat dekat angah. Yunk cari info pasal medic kat Mesir. Yunk cari info untuk angah. Yunk tanya orang tu yunk tanya orang ni. Paling jelas betapa sayangnya yunk dekat angah, yunk 'pergi' sama-sama dengan angah. Yunk bawa angah 'pergi' dengan yunk. Syunk... Jelesnya kte. Jeles sangat-sangat!
(angah, jaga along kat sana ye. cakap along akak rindu along)

RINDUNYA!!!! Rindu dekat kekasih hati Ahmad Zakwan sangat sangat sangat sangat!! ucap new year, buat azam konon boleh tenang. konon boleh happy. Asik-asik cerita pasal new year new year new year. Eh, bosan la..

Syunk.. Kte taknak new year ni! Kte nak 2011 sampai bila-bila. Kte nak sampai 3 september 2011je. Kte taknak tarikh yang akan datang. Ucap new year tapi hati menangis. Buat azam baru menangis lagi. Nak tidur menangis, bangun tidur menangis, on9 menangis, tengok tv menangis. Hey semua nangis. penat!! Sampai bila nak macam ni?

Sakit yang ada, sakit la sampai bila-bila. Takyah baik-baik k. Mira boleh tanggung sakit tu sebab kehilangan Ahmad Zakwan lebih sakit dan perit dari rasa sakit yang terpaksa Mira tanggung sekarang ni. (pening dengan ayat sendiri)

Gaya Mira ni macam tak pernah kena tinggal pula kan? Siapa cakap macam tu memang nak kena penampar lajulaju sampai terpusing kepala 360 darjah. Hebat tak hebat? Kata Mira kuat (~_~)

#malas nak cerita tapi nak tau jawapannya? Mestilah pernah. OkBye!






(Al-Fatihah syg Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
mood: rindu teramat sangat :'(

No comments:

Post a Comment