Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 10 November 2011

Ahfeeqa tag saya balik? Tidak adil!

Assalamualaikum...

Wahai cik Ahfeeqa berani kamu tag saya balik ye..! Kepada semua pembaca (macam ramai je yang membaca belog ni kan) ni Mira nak cerita sikit. Semalam Mira di tag oleh yan lepas tu Mira tag cik Ahfeeqa ni. Eh eh, cik Ahfeeqa ni main tag balik pulak. Nasib awak kawan saya kalau tidaaakkk.. haha macam tu pulak. Ikutkan hati malas nak menjawab (fiqa, jangan touching) tapi di sebabkan mata ni tidak mahu lelap, dan tiada sesiapa yang mahu teman seperti sebelum ni (biasa kekasih hati teman sampai mata ni lelap) baik Mira jawab soalan-soalan yang cik Ahfeeqa tanya ni. Jom kita tengok apa soalan dia.

Eh, sebelum tu kena la letak rules dia. Ok, ni rules dia.

RULES OF THIS GAME:
1. you must post this post
2. each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. answer the question the tagger set for you in their post and create 11 new question for the people you tagged to answer.
4. you have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5. go to their pages and tell them you have tagged HIM/HER.
6. no tag back.




11 perkara pasal Mira :

  • Mira paling suka subjek Math sebab Mira suka bermain dengan nombor.
  • seorang yang mempunyai hati seperti tisu 
  • mudah touching dan mengalirkan air mata. Nak-nak sekarang ni pantang tengok cerita sedih mesti meleleh..
  • kuat JELES tapi tidak luahkan.
  • suka buli adik yang kecik (anis montel) tapi biasa Mira kena buli balik sebab dia lagi besar dari Mira.
  • tidak suka memasak tapi suka buat kek dan kuih. (next entry mira tunjuk kek Mira buat ok)
  • tidak kreatif dan tak suka benda yang rumit.
  • seorang yang PENYAYANG ceewwaahh..
  • susah untuk keluar rumah (biasa keluar dengan kekasih hati dan family)
  • susah untuk makan ubat kalau betul-betul tak tahan baru makan.
  • Mira paling benci pergi hospital sebab bau dia tidak menyelerakan.. -_-

Soalan cepucemas oleh cik ahfeeqa ialah...... taaraaaa!!

cerita sikit tentang diri korang

ha?? cerita pasal diri lagi? Eh, da cerita 22 perkara da. cukup la tu.. hehe :) 

kalau tengah tension, apa yang korang akan lakukan?

Firstly, bila tension je Mira akan call kekasih hati Mira (Ahmad Zakwan) lepas tu Mira akan cerita dekat dia apa yang buat Mira tension. Bila dengar suara dia, tension semua hilang.  tapi tu dulu and sekarang cuma luahkan dekat belog ni je tak dapat dengar suara da. Secondly, Mira akan ajak mereka2 yang bertuah pergi karaoke kat situ Mira akan jerit sekuat hati.. sangat BEST! 

dua perkara yang korang suka buat? 

Text dengan si dia and hangout dengan si dia. 

kalau diberi pilihan antara dua perkara yang korang suka tu, mana satu yang korang akan pilih? kenapa?

Mira nak dua-dua boleh?? Mira nak text dengan si dia sebab dengan si dia je Mira senang nak cerita semua. Dia sangat memahami dan sangat baik! Nak hangout dengan si dia sebab boleh hilangkan semua tekanan bila dapat habiskan masa dengan dia. 

apa perkara paling buruk pernah berlaku kat korang?

Kehilangan orang yang paling Mira sayang pada 4 september 2011. Nak tau lebih lanjut tekan sini .

hobi anda? kenapa?

Hobi Mira on9 jela sekarang ni sebab cuti sem kan nak buat apa je lagi. Mira sentiasa on9 sebab Mira tunggu si dia on9 sekali macam dulu-dulu agak-agak bila la nak jadi cmtu kan? Selain tu mira suka baca novel nak-nak novel cintan cintun. Banyak pengajaran dan pengalaman dalam novel tu yang kita boleh ambil sebenarnya. Yang baik-baik jela yang jahat-jahat tu jangan la ikut ye...

perkara paling manis yang korang penah buat dengan orang tersayang?

Biarlah rahsia.. haha rasanya hangout dengan si dia la yang paling manis. Pergi i-city lepas tu lepak pantai PD. Kami tengok matahari terbit bersama. Memang romantik habis masa tu. And shopping raya dengan si dia. tekan sini ok, jangan jeles anda-anda masih ada masa untuk tengok matahari terbit dan shopping bersama orang tersayang tapi saya tiada lagi.

detik2 cemas dalam diri korang..

Banyak sangat la detik cemas. First, masa dapat tau si dia eksiden. Memang blur tak tau nak buat apa. Second, nak final. Tak tau nak prepare apa sebab jiwa saya kacau dan fikiran masih bersiar-siar. Third, dapat result. Cemas sebab tak tau macam mana nak cakap dekat parents dengan result yang teruk tu. Ok, sampai sekarang tak bagi tahu lagi.. -_-

siapa fiqa untuk korang?

Fiqa adalah sahabat saya. Sayang awak la kawan!

pendapat korang tentang fiqa. jujur!

Fiqa cantik, peramah, baik hati, dan kadang-kadang pemalas! haha malas nak turun bawah untuk lepaking.

ayat penyedap hati untuk diri sendiri setiap hari??

Walaupun dia da jauh sekarang tapi dia tetap ada kat hati Mira , Mira tau dia akan tunggu Mira. Dia sayang Mira sebab tu dia pergi dulu nak siapkan mahligai kami berdua di sana.
(selalu cakap macam ni bila rindukan dia . Nak jumpa dia lagi) 

#soalan fiqa macam banyak kaitan pasal dia je..


Siap sudah.. Nak tag kat siapa pulak ni? Taknak tag boleh? tak kenal ramai blogger la. Maaf.. :)

Wednesday, 9 November 2011

TAG?? APAKAH?

Assalamualaikum..

TAG?? Apa tu? Makanan ke? haha Mira baru lagi berbelog-belog ni pastu tiba-tiba kena tag dengan Nur Aznayanti . Hey kamu ni.. So, tengah blur2 ni apa salahnya cuba benda baru kan menjawab soalan-soalan yang di sediakan. Terima kasih la kawan.. sayang kamu :)




Rules of the game :
1. You must post this rules.
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the questions the tagger set for you in their post. 
   And create eleven new question for the people you tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5. Go to their pages and tell them you have tagged HIM/HER.
6. No tag back.


11 things about myself? Eh, rahsialah mana boleh tau.. hihi

  1. Nama di beri Nur Amira Haziqah bt Paimin... nama betul ni ok, terpampang dekat ic.
  2. Just call me Mira... bdk2 sekolah rendah dulu panggil ziqa.. pown bole x kesah..
  3. birthday 18 JANUARI 1992.... ok, next year mira nak hadiah.. haha!
  4. suka kaler PINK, PURPLE, and BLUE... tengok baju, ok banyak kaler pink!
  5. Mira seorang yang PEMALU... haha! betul tak tipu..
  6. suka makan KETAM MASAK LEMAK CILI PADI... waaahhhh nyuummmmyy!!
  7. Mira suka BABY!!! sesape ada baby lebih tu pas-pas la kat Mira sorang yeeee haha!
  8. susah nak berCOMUNICATION ...... ada emas dalam mulut ni agaknyee, tak suke!
  9. nak mati secepat yang mungkin...... tapi amalan tak cukup lagi macam mana?
  10. susah nak MEMBENCI ORANG..... tapi sekali benci akan benci selamanya.. 
  11. ni yang terakhir... MIRA SAYANG AHMAD ZAKWAN sangat-sangat!! walaupun dia dah takde, tp cinta dia tetap ada kat mira.. jom ramai-ramai sedekahkan Al-Fatihah kat dia.. :) 


Ok, ni soalan-soalan yang Yanti bagi kat Mira. Tak nak jawab boleh tak?? heeeee :)

1. KALAU KORANG BOLEH KEMBALI KE MASE LEPAS UNTUK BETULKAN KESILAPAN. MASE BILEKAH YANG KORANG NAK PERGI. KENAPA?

 Kalau la boleh kan, Mira nak jadi baby balik sebab nanti Mira boleh betulkan semua kesilapan yang Mira dah lakukan sepanjang hayat Mira ni. Mira taknak buat orang kecewa dengan Mira dan Mira nak jadi anak yang baik. Da 19 tahun hidup ni mesti banyak dosa yang  Mira da buat kan? So, bila da jadi baby balik, taknak la buat dosa-dosa tu lagi.. Lepas tu Mira nak kenal dengan si dia je. Spend time dengan dia dan buat dia lebih gembira. Mesti seronok kan kalau dapat kembali ke masa lepas.. 


2. TEMPAT KAT MALAYSIA YANG KORANG XKAN PERGI. KENAPA?

Kat mana ye? Rasanya takde kot.. Malaysia kan NEGARAKU hehe :)


3. KALAU TERDAMPAR KAT PULAU YANG TERPENCIL.SIAPAKAH 3 ORANG YANG NAK DIBAWA?

haha soalan bel260 la.. First sekali Mira nak bawa MY MOM la.. Ibu kan ratu hatiku.. Nanti kat sana ibu boleh masakkan makanan untuk Mira and tak la takut sangat kan sebab ada ibu. Second, Mira nak bawa KEKASIH HATI SAYA (Ahmad Zakwan). Eh, boleh tak nak bawa dia?? Suka hati la nak bawa siapa pown.. Mira nak bawa dia sebab nanti dia boleh temankan Mira dekat sana and dia boleh kenal2 dengan ibu.. hehe 
Last sekali Mira nak bawa DORAEMON dia kan banyak alat. Boleh la dia tolong untuk escape dari pulau tu..


4. KALAU SAYA ADALAH BENDA, SAYA ADALAH____________________________. KENAPA?

Kalau Mira adalah benda? Eeee taknak la jadi benda.. hehe :) Tapi kalau kan, Mira adalah lilin. Walaupun lilin kuat boleh tahan dengan kepanasan api tu dan boleh menerangkan tempat yang gelap tapi lama-lama lilin tu akan cair dan tempat tu akan gelap balik. Macam tu la Mira. Walau kuat macam mana pun Mira, Mira akan lemah juga sebab bukan semua perkara Mira boleh jadi kuat dan hebat! 

5. SAYA NAK BUNUH______________________.KERANA ____________________

Mira nak bunuh semua nyamuk-nyamuk yang ada sebab nyamuk suka gigit2 dan meninggalkan bekas. Oh,I DON'T LIKE!

6. MANUSIA TERPENTING DALAM HIDUP KORANG.KENAPA?

Mestilah IBU saya.. Dari kecil hingga besar ibu yang menjaga Mira. Sentiasa ada saat Mira suka dan duka. Masak makanan kesukaan Mira , mendidik Mira dan sanggup berkorban demi anak-anak. OH IBU, I LOVE YOU!!  (result tak tunjuk ibu lagi ni.. maaf.. )

7. ASET YANG KORANG RASAKAN PALING PENTING PADE TUBUH KORANG. KENAPA?

AKAL! sebab akal yang membezakan antara manusia dan binatang. so, gunakan la akal sebaiknya..


8. CIRI- CIRI MAK MERTUA IDAMAN?

*Sporting, 
*Baik,
*Caring
* Tak mengongkong
(Mira da ada mak mertua da.. haha perasan!)

9. ARTIS PEREMPUAN YANG NAK DIJADIKAN MEMBER KAMCING. KENAPA?

Lisa Surihani dan Dato Siti Nurhaliza sebab mereka cantik.. Nanti Dato Siti boleh nyanyikan untuk Mira tiap-tiap malam. (suka sangat kalau ada orang nyanyikan lagu khas untuk Mira.. sweet..)

10. GELARAN ZAMAN SEKOLAH.

sekolah rendah ~> ziqa
sekolah menengah ~> mira

11. DAH BERAPE LAME KENAL NUR AZNAYANTI.??=)

Nur Aznayanti?? Siapa tu?? Tak kenal la.. haha! Maaf yan... Mira kenal budak ni sejak form 4 until now.. Ha.. Kira la sendiri berapa tahun.. hihi.. 


Mira taq kat 7 orang je ye.. maaf...
~ anis
~ fiqa

Kepada yang di tag, jawab la soalan-soalan ni ye.. :)

  1. 5 benda yang wajib korang bawak kalau hangout
  2. Korang sayang kawan-kawan tak? Kenapa?
  3. Describe sikit about kawan baik korang. Siapa nama dia?
  4. Kenangan terindah yang korang pernah lalui
  5. kalau korang cuma ada duit seringgit, apa yang korang akan buat dengan duit tu?
  6. binatang yang korang suka?
  7. kalau di beri peluang, korang nak pergi mana? kenapa? (dalam dunia ni je)
  8. korang paling suka zaman kanak2 or sekarang? kenapa?
  9. hadiah paling korang suka?
  10. Korang rasa Mira macam mana? (jujur)
  11. agak2 apa nasihat korang untuk mira?

Ok, SELESAI SUDAH.. time to sleep . Nak mimpi si dia.. Selamat Malam semua!!

Tuesday, 8 November 2011

Cemburu tandanya sayang

Assalamualaikum..

Betul ke cemburu tandanya sayang?

Betul atau tidak peduli apa saya, saya nak cemburu suka hati saya la. Memang saya sayang dia. SO??
Syunk.. Dulu masa mula - mula  kita bersama, kte la orang yang paling kuat cemburu. Syunk biasa-biasa je. Mana taknye syunk ni ramai sangat peminat. HOT SETAP la katakan. Tambah-tambah lagi syunk ni teramat baik memang patot la ramai peminat kan? Pastu lama-lama syunk pulak yang kuat cemburu. Ok terbalik sudah.

Cemburu syunk tu over sangat-sangat. Sampaikan yunk layan mereka-mereka yang mengacau dekat FB tu. Yunk remove mereka-mereka yang yunk tak berkenan dan macam-macam lagi la yang syunk buat. Kadang-kadang syunk ni kelakar juga. Tapi sekarang takde da semua tu. Siapa nak layan mereka-mereka yang mengacau tu lagi? Siapa yang nak approve kan friend request tu lagi? Da melambak da ni syunk kte tak approve.

Dari dulu sampai sekarang kte masih cemburu. Sayang kan? Mesti la cemburu.. Syunk.. Kte cemburu dengan mereka yang da ziarah makam tiga bersaudara tu. Kte cemburu tak dapat tengok rumah baru yunk. Kte terlalu rindukan yunk.. Kte nak jumpa syunk. Tapi mampukah kte untuk pergi ziarah yunk? Mampukah kte menahan air mata ni dari mengalir? Sedangkan baru tengok gambar kte da menitiskan air mata ni kan lihat depan mata sendiri?

Tapi syunk.. Kte nak sangat ziarah syunk. Insyaallah sebelum balik segamat kte akan sampai kat sana. Kte nak jumpa yunk. Yunk tunggu ye..






(Al-Fatihah buat arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)

Sunday, 6 November 2011

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum..

Syunk.. Selamat hari raya syunk.. Syunk.. Malam tadi jari jemari ni ringan je nak hantar text kat syunk. Nak cakap kat syunk selamat hari raya. Kte ta taip da syunk tinggal hantar je. Lepas tu tiba-tiba kte tersedar yunk da takde. Yunk da pergi tinggalkan kte. Kte terus call ibu yunk tanya khabar dia and nak lepaskan rindu kat yunk. Sedih, gembira, sayu macam-macam lagi perasaan ni bila dengar suara ibu yunk. Ibu dengar kat rumah kte riuh, ibu cakap "seronok nye rumah tu meriah kat sini sunyi je da takde nak marah-marah da takde nak bising-bising". 



Ni la budak-budak yg buat rumah jadi meriah. 
Nasib baik ada budak-budak ni kalau tak , tak tau la..

 Syunk nampak dia pakai baju apa? 
Dia pakai baju arsenal syunk..
Team yg yunk suka..



Tergelak ngn budak ni. 
Dia pakai topi pastu terus pleasing nak 
nak amek gambar.


Ye syunk.. rumah yunk sunyi sangat. Tak macam dulu masa yunk call kte. Ada gak dengar bising-bising suara Zahin, ngan adik-adik yunk yang lain. Suara ayah marah-marah. Tapi sekarang, semua tu da takde. Ayah yunk nak marah siapa lagi sekarang ni? Tinggal dua je anak dia.

Syunk.. Syunk ingat tak malam raya hari tu? Kte bermaaf-maafan kan? Seronok sangat syunk sampaikan yunk cakap da macam suami isteri da kita ni. Punye la excited malam raya da buat semua tu. Syunk ingat tak?? Syunk... Syunk dengar tak ni? Syunk.. Bila nak cmtu lagi? Kte rindu semua tu....

Syunk.. Pagi tadi pown jari ni ringan syunk nak hantar text kat syunk. Hari tu kan lepas sembahyang raya tu kte text ucap selamat hari raya lagi. Tadi pown kte nak buat macam tu. Syunk.. Kte rasa syunk ada lagi.. Kte da hantar da text tu syunk. Dekat tiga-tiga no kte hantar tapi satu pown takde respond.. MANA SYUNK?? Kenapa syunk tak balas? Syunk tak pernah macam ni. Syunk tak pernah kecewa kan kte. Syunk tak pernah tak balas text kte. Tapi kenapa sekarang syunk buat macam tu?? Syunk da tak syg kte ke??

Syunk.. Kte rindu sangat dekat yunk. Yunk rindu kte tak? Macam mana yunk dekat sana? Semalam kte hampir-hampir kena langgar syunk.. Tapi kenapa kereta tu berhenti? Kenapa dia tak langgar kte? Kalau kte mati semalam mesti kte dapat jumpa yunk kan. Mesti kte boleh raya sama-sama harini. Kte nak raya sama-sama dgn yunk..

Syunk.. Kte tak dapat nak g ziarah yunk arini. Maaf ye syunk.. Nanti kte g ziarah yunk lagi.







(Al-fatihah syunk... Ahmad Zakwan bin Patah Raji)



       

Friday, 4 November 2011

Kecewa

Assalamualaikum..

        Syunk.. Mana syunk?? Kte nak menangis dekat syunk. Kte nak cerita dekat syunk. Kte tak puas bercerita dekat yunk tadi. Kte nak cerita lagi. Kte nak dengar suara yunk. Suara yunk boleh buat kte rasa cool. Syunk....

        Syunk.. Kte kecewa dengan keputusan kte. Yunk pown mesti kecewa kan? Maaf syunk.. Kte sedih... Kte da buat ibu and ayah kecewa. IBU AYAH SORY... :'( Syunk.. Kte down sangat sekarang. Syunk.. Kte perlukan semangat tu. Boleh tak bagi kte pinjam semangat tu?

        Awal-awal lagi roomate da ingat kan "MIRA FINAL DA DEKAT MIRA KENA KUAT". Tapi Mira, kau degil. Kau taknak dengar cakap orang kenapa? Kau tak study ke Mira? Kau buat apa je nak final tu?

         Ibu.. Maaf ibu.. kakcik tak berani lagi nak beritahu ibu. Mesti raut wajah ibu tak sama macam dulu kan? Mesti ibu kecewa kan? Kakcik takut senyuman ibu masa dengar keputusan sem lepas bertukar menjadi tangisan bila dengar keputusan sem ini. Maaf ibu.. Kakcik tak sengaja buat ibu kecewa.. Ibu.. Maafkan kakcik ye...

         Kakcik da belajar da ibu. Dari awal sem sampai final. Hari-hari kakcik belajar, dia temankan. Dia selalu bagi semangat. Tapi ibu... Dia pergi dua minggu sebelum final. Dia bawa semangat yang dia bagi tu pergi sekali. Saat tu kakcik lemah sangat. Kakcik da lawan da perasaan sedih tu tapi kakcik tewas. Kakcik kalah dengan perasaan kakcik sendiri. Air pulih semangat tu tak beri kesan pown ibu. Maafkan kakcik ibu..

         Masa final tu kakcik belajar. Hati kakcik tak pernah lupa untuk belajar tapi ibu.. Kakcik belajar dengan air mata. Muka kat depan buku tapi fikiran kakcik melayang.. Cmne kakcik nak terus belajar ibu? Semangat kakcik takde. Bila buka buku air mata ni mengalir. Bila nak study kakcik ingat dia. Sebab dia yang selalu teman kakcik study sampai lewat malam.

         Ibu.. maafkan kakcik ye ibu.. Insyaallah sem depan kakcik cuba lagi. (TANPA SEMANGAT DIA? BOLEH KE?? (T_T) ) takpe ibu, kakcik cuba.





(Al-Fatihah untuk arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)

P/S: Korang kalau nak final tu segala masalah tolak tepi dulu. Fokus kat study dulu k..
        Mira belajar dari kesilapan.. huhu

Thursday, 3 November 2011

~I'm Taken~

Assalamualaikum..

         Syunk.. Kte letih yunk dgn soalan-soalan diorang. Diorang asik tanya "BILA NAK ADA PENGGANTI". Bukan seorang, bukan dua yang bertanya tapi lebih dari tu syunk. Yunk, boleh tak kte nak menjerit kat diorang macam ni "WEY!! AKU TAK NAK PENGGANTI LAAAA!!" . Fuuuhhhh~ lega rasa kalau dapat buat cmni kan.. Tapi kte ni sape je nak menjerit kat orang sesuka hati kan. Apa yg kte boleh buat, kte buat status cmni semalam "Jangan di tanya pasal "PENGGANTI" . kalau nak mira ada pengganti, ramai- ramai tolong carikan orang seperti berikut : Muka, suara, cara, kepandaian, sifat, iman and semuanya la. Mira nak sama yang ada pada Ahmad Zakwan. kalau da jumpa, gtau mira. terima kasih!"


          Terima kasih kepada yang komen. :) Mira tak ambil hati pown dengan komen korang. Memang betul apa yang korang cakap. Memang tak akan ada orang yang serupa kat dunia ni. Mira tau... And sebab tu la Mira buat status tu. Makna tersirat kat status tu, MIRA TAKNAK PENGGANTI. Sekarang korang da tau kan? So, pleaseeeee jangan di tanya lagi soal pengganti.

         Da baca kan tajuk kat atas? I'M TAKEN.. Syunk.. i'm taken.. :) Start 5 MEI 2011 sampai bila-bila Mira kepunyaan Zakwan and Zakwan kepunyaan Mira. OK?? FULLSTOP! So, korang jangan la nak bising-bising tanya pasal pengganti lagi. Oh syunk.. Amirah Haziqah In relationship with Ahmad Zakwan kat fb tu kte takkan buang sebab tu yg yunk minta dulu kan? syunk ingat? Kte penah ckp kat yunk kte taknak buat in relationship tu and kte penah ckp tunggu la da 6 or 7 bulan couple nanti baru kte buat. Yunk ingat tak?? Tapi yunk nak gak buat npe?? yunk da tau ea kte mmg tak sempat nak tunggu sampai 6 or 7 bulan tu?? kan syunk kan??

          Tapi bagus gak yunk paksa-paksa buat relationship tu kalau tak mesti sekarang ni ramai yg mengaku yunk bf dia kan?? kan syunk kan?? syunk.... dengar tak ni?? Tu la syunk ni baik sangat. Mesra dengan semua orang. Mesti ada yg anggap yunk as her boyfie kan? Sampai sekarang ada je yang bercerita pasal yunk. Sedih yunk.. sedih.. memang sedih.. Walaupun kte da tak nampak yunk.. Yunk da pergi jauh dari kte tapi yunk jangan lupa hati yunk ada lagi kat kte. And sebab tu kte sentiasa rasa yunk ada dengan kte and perasaan tu tak pernah bertukar syunk walau sedikit pown! Syunk faham tak? PERASAAN TU TAK PERNAH BERTUKAR WALAU SEDIKIT POWN! 


         Wahai kawan-kawan arwah, Mira tau korang kenal dia lebih lama dari Mira. Ada yang dari baby da kenal, ada yang dari kecik, ada yang dari sekolah rendah, sekolah menengah, plkn, kenal secara tak sengaja macam - macam la lagi cara korang kenal dia. Mira tau dia seorang yang baik, dia mudah mesra, dia tak pernah kecilkan hati orang senang cerita dia memang baik sangat-sangat! Sebab tu ramai yang selesa dengan dia kan?? Mira tau korang rasa kehilangan dia kan? Sebab korang da xde tempat nak bercerita nak luahkan semua masalah korang. Biasanya kat dia la korang bercerita kan? Bila ada masalah dia la yang korang cari kan? Ok.. Mira faham.. Tapi korang faham tak? Sekarang Mira bukan je hilang orang untuk Mira luahkan semua masalah tapi Mira hilang orang yang sentiasa ada bila Mira suka and duka. Mira hilang orang yang sentiasa ada untuk Mira siang dan malam. Mira hilang orang yang sentiasa memberi semangat kat Mira. Mira hilang orang yang sentiasa teman Mira. Mira hilang semuanya...

    Kalau korang sedih kehilangan dia sebagai seorang kawan, Mira lagi lagi lagi lagi lagi dan lagi sedih kehilangan dia sebagai seorang kawan, teman, sahabat, dan kekasih. Mira nak minta tolong kat korang berhenti la tulis pasal dia, post pasal excident tu lagi, and pape je la pasal dia. Mira tak boleh baca semua tu, Mira tak boleh tengok semua tu sebab bila Mira tengok semua tu Mira akan rasa dia baru pergi semalam and Mira akan trauma balik. Lagi satu, Mira tau korang semua hebat-hebat. Mira mohon jangan la buat apa-apa kat fb arwah. Jangan minta Mira untuk deactive kan fb dia sebab tu salah satu kenangan yang ada and ibu dia pown tak bagi untuk deactive kan fb tu. Korang tak rasa apa yang Mira rasa sekarang ni kan? Korang nak rasa ke betapa peritnya semua ni??? TAKPE LA WAHAI KAWAN-KAWAN SEMUA. Mira doakan korang tak akan rasa apa yang Mira rasa sebab semua ni sangat PERIT! 

    Maaf kalau Mira wat korang tersinggung. Mira bukan nak mencari musuh. Tak pernah sama sekali terlintas untuk bermusuh dengan korang. Malah Mira nak berkawan dengan korang. Separuh dari kawan arwah adalah kawan Mira juga kan? Kita pernah satu sekolah dulu dan berkawan rapat. Taknak la sebab ni hubungan sebagai kawan tu renggang. Tapi harap korang semua faham.. TERIMA KASIH.. (^^,)






Syunk, terima kasih sebab beri kte kekuatan untuk buat semua ni. Kte tau syunk sgt memahami walau jasad kita da jauh namun hati kita sentiasa dekat. Terima kasih syunk.. 

(Al-Fatihah untuk arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
Terima kasih ya Allah memberi hambamu ini pinjam dia walau sekejap untuk ceritakan semuanya.

Tuesday, 1 November 2011

A Millionaire's First Love

Assalamualaikum..

          Syunk.. Tadi kte tengok cerita tu.. Cerita yg kat atas tu la syunk. Kte penah tengok da dulu tapi tengok lagi sebab cerita best! Sedih sangat......... T_T . Yunk da tengok belum? Kte ada bagi yunk kan cerita ni. Kan yunk sebuk nak tengok gak cerita ni dulu.. (Sape belum tengok, tengok la cerita ni best!)

         Syunk... Lelaki tu tau macam mana girl dia 'pergi' . Girl dia 'pergi' depan mata dia. Dia ada saat terakhir girl dia 'pergi'. Syunk... kte nak tau macam mana syunk 'pergi'. Kte nak sangat tau macam mana keadaan syunk masa tu. Tapi macam mana syunk? Klu dulu pape semua kte tanya yunk. Yunk akan jelaskan kat kte, yunk akan cerita semua kat kte. Tapi sekarang?? Boleh tak yunk beritahu kte? Boleh tak yunk cerita kat kte semua tu?

         Syunk.. Kte nak sangat tau.. Kte nak tanya kat sape?? Adik? Baru-baru ni kte ada tanya dia tapi dia tak boleh nak cerita. Kte faham perasaan dia. Dia tak nak ingat semua tu. Dia akan sedih. Tapi hati kte tak tenang selagi kte tak tau.. Nak tanya ibu?? Kte tak berani syunk.. Mesti ibu pown sama macam adik..

          Syunk... Boleh tak syunk tunjuk kat kte?? Please syunk.... Malam ni kte jumpa ye... Yunk datang tau kte tunggu.. Beritahu semuanya ok.. Love u dear..






(Al-Fatihah untuk arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
p/s: syunk bkn cinta pertama kte tapi kte akan jadikan syunk cinta terakhir kte. I will syunk!