Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday 5 March 2012

Warkah buat sayangku Nur Amira Haziqah

Assalamualaikum..

Dear Amira,

Yunk.. yunk apa khabar? sihat? Kenapa kte tengok yunk kejap happy kejap sedih ni? Yunk jangan la sedih-sedih lagi, kte tau yunk rindu kte kan? Kte pown rindu yunk. Rindu sangat-sangat. Yunk sabar ye. Kte akan tunggu yunk kat sini. Yunk nak tau? Bidadari cantik-cantik dekat sini. Tapi yunk jangan risau, kte akan tunggu yunk kat sini. Syunk, Mahligai kita hampir siap ni. Nanti yunk datang la tengok mahligai ni. Mesti yunk suka punya la. Kte buat khas untuk sayang kte sorang ni. Syunk, senyum sikit :)

Adinda,

Kanda dengar adinda dah nak final ye? Adinda study betul-betul tau, xmo main-main lagi. Kanda nak tengok adinda berjaya. Kanda nak adinda gembira. Family dinda pown sama macam kanda, nak adinda berjaya dan gembira. Tengok tadi ibu dinda call kan? Ibu cakap apa? Haaa kanda tau tu.. Dinda belajar elok-elok tau, kanda sayang dinda. Eh, seronok pula panggil dinda kanda ni. Macam lagu Atilia tu kan? Dulu kita selalu panggil macam ni kan? Dinda dinda....... ye kanda :)

Macam tu la, senyum selalu ye sayang. Jangan menangis lagi. Kesian kte tengok yunk hari-hari menangis. Lap air mata tu sayang. Tangan kte tak sampai nak tolong lap kan. Syunk lap sendiri ye.. hehe

Sayang,

Syunk jaga diri baik-baik ye. Syunk tolong jagakan family kte boleh? Anggaplah family kte macam family yunk sendiri. Kte minta maaf sebab tak sempat nak kenalkan yunk dengan mereka. Tapi tak pe, kte tau syunk kte ni hebat. Syunk da kenal dengan family kte kan? Syunk ok kan dengan mereka? Syunk kte kan hebat.... sbb tu kte syg yunk. Lagi satu, maafkan kte ye sayang tak sempat nak jumpa ibu dan ayah sayang pagi tu. Kte dah pergi dulu pula. Kte tau yunk dah beritahu mereka kan kte nak datang? Kesian sayang tertunggu-tunggu kte. Maaf ye sayang. Pagi tu ayah ada tanya-tanya pasal kte kan? Kte tau, kte dengar tapi kte tak boleh nak cakap apa-apa dekat sayang. Suara kte tak terkeluar dah. Sayang faham kan? Love u sayang <3 :)

Ok lah sayang, kte pergi dulu. Sayang ingat ni, kte sayang yunk. Kte pown rindu dekat yunk. Kalau yunk rindu kte, yunk bacakan yasin untuk kte ye. Kalau yunk tak sempat, sedekahkan kte surah al-fatihah pown da cukup. Tak pown, syunk selawat jela lepas tu sedekahkan sikit pahala tu dekat kte. Boleh kan syunk? Kte tau syunk kte ni sentiasa ingat dekat kte tapi syunk kena ingat ni, syunk kena ingat Allah. Dia yang cipta kita, Dia yang hidup dan matikan kita. Sebab Allah la kita jumpa dan berpisah. InsyaAllah nanti Allah temukan dan satukan kita lagi dekat syurga Firdaus. Amin.... cepat lah syunk aminkan doa kte ni. :)

Assalamualaikum sayang, semoga ceria selalu.

Kekasih yang menyayangimu,
Ahmad Zakwan :)


Alangkah indahnya kalau warkah ini memang awak yang buat untuk saya. Awak, awak tau saya rindu awak sangat-sangat? Dah 6 bulan awak pergi tinggalkan saya.Tapi masa tak pernah sekali buat saya lupa dekat awak. Dan bulan ni sekali lagi tarikh 4 hari bulan pada hari ahad. Sama seperti 6 bulan yang lepas. Hanya Allah je tau macam mana perasaan ini. Hanya senyuman yang terukir mampu menutup kesedihan yang ada. Terima kasih ya Allah kerana masih sudi memberi pinjam senyuman ini untuk diriku.

Awak, saya taknak awak balik. Saya taknak awak hidup balik . Bukan sebab saya dah tak sayang awak. saya sayang awak sangat-sangat. Tiada yang mampu gantikan diri awak dalam hati ni.Tapi saya tahu saat malaikat datang cabut nyawa awak,saat tu awak derita. Awak sakit. Saya tak nak awak sakit dan derita lagi. Cukuplah sekali itu saja.

Saya nak jumpa awak dekat syurga. Awak tunggu saya ye. Saya tak kesah berapa lama pown, saya sanggup tunggu asalkan dapat jumpa awak sekali lagi. Awak jangan risau, selagi saya mampu saya akan sedekahkan awak yasin dan al-fatihah banyak-banyak. :')






(Al-fatihah buat kekanda Ahmad Zakwan bin Patah Raji)

1 comment: