Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, 8 January 2012

Berjoging

Assalamualaikum..

Tadi pagi, awal kte bangun. Punya la excited sebab nak pergi JOGING. Dah lama plan nak joging dari sem demi sem kte plan. Motif, nak buang lemaklemak yang ada . Eh bukan.. Nak fresh kan otak yg tak fresh ni. Hari ni baru la tercapai hasrat hati nak berjoging. Kte pergi berdua je dengan Shida. Round uitm ni dua kali. Kte da bawa yunk round uitm ni kan dulu. Yunk ingat tak? Yunk tau kan besar mana.

Tapi round yang kedua tu da tak larat. Semput~~~ Mana taknye sentiasa terperap dalam bilik je tibatiba kena berlarilari. Memang la semput.

Macam ni ke nak joging hari-hari dengan yunk? Macam yg yunk plan lepas kahwin setiap pagi kita akan pergi joging sama-sama. Yunk cakap yunk akan paksa , kte kena joging juga. (kejam)

Kalau macam ni la gayanya, memang pergi kte berlarilari tapi balik ada hero yang dukung . haha Tu pown kalau hero tu larat. Larat ke nak dukung?? Mesti la larat, badan kan berketul-ketul.. haha



# teringat time bawa yunk roundround uitm tapi yunk drive kte bagi arahan je.
# teringat time yunk bawa kte round uitm puncak alam. (sanggup minta permission dekat guard) Yunk tunjuk dekat mana tempat yunk lepak, kat mana tempat yunk study kat mana blok faculty kat mana tangga menjunam kat mana cafe macam-macam lagi yg yunk tunjuk.



~RINDU LA~





(Al-Fatihah buat mu syg Ahmad Zakwan bin Patah Raji)

Saturday, 7 January 2012

Dating

Assalamualaikum..

Syunk.. tadi kte pergi dating. Betul, tak tipu.. Relaxrelax. Bukan dating dengan orang lain pown. Dating dengan Shida je. Ye, berdua sahaja dan berdua lebih baik dari bertiga mahupun berempat. Pada mulanya kami nak pergi bertiga tapi si Fiqa sakit pula tak larat nak pergi. So, pergi berdua sahaja.

Macam biasa kami pergi naik bas kuning. Bas sekolah tu, ala yang comel-comel tu. errr~

Ingat kan nak pergi rasmikan One Segamat tu. haha Macam VIP je nak rasmirasmi segala. Tapi memandangkan One Segamat dengan bandar Segamat tu jauh dan kami pergi naik bas saja, so kami decide pergi bandar Segamat je.

Sampai je bandar teman Shida beli track suit. Last-last kte beli sweater colour purple. Comel... Macam baju purple yg kte pakai aritu. Lepas tu pergi makan sebab badan da lemah sangat rasa nak tumbang. Seriously, lemah sangat tadi. Tapi lepas makan, alhamdulillah rasa ok. Cop2! tadi kte makan phrosperity (abaikan ejaan) pedas gilaaaa yunk!! Kalau yunk makan, confirm la yunk makan sekali suap je and lebihnya yunk campak dalam tong sampah. Memang pedas sangat-sangat. Bayangkan, orang yang biasa makan Spicy McDeluxe ni letak sos dua piring kecik tu + lada hitam 1 paket ni pown da cakap phrosperity tu pedas, kalau yunk yg makan Spicy McDeluxe tanpa letak sos setitik tu makan phrosperity tu macam mana? Mesti comel kan muka yang kemerahan tahan pedas tu nanti.

Lepas makan, kami pergi jalan-jalan sekejap cuci mata. Tergoda dengan satu sandle so kte pown beli. Lepas tu, macam biasa kami pergi melalak sekejap sekadar untuk melepaskan tekanan. Orang jawa cakap release tension. Sekejap je tak lama, 10 lagu je. Macam dulu kte pergi melalak sama-sama dekat BP lepas main bowling. Main bowling sebab kena paksa dengan yunk. So, kte paksa yunk pergi melalak pula. haha Adil kan?

Da hilang suara semua, baru la pergi beli barang. Banyak juga barang yang di beli.

Tuala pooh : akak da jahanamkan tuala kesayangan kte 
Test pad : test melambak, test pad pown guna banyak
Air kotak soya (6 kotak kecil) : buat breakfast
Air yogurt Lite Yo : sejuk + sedap + nak diet haha

+

Kasut  + sweater + makan + melalak + tambang

Total = 100++

(dah boleh puasa seminggu)


Thanks to Pie,amin,syira sebab tumpangkan kami balik..


Malam ni nak study, yunk teman ye. Kalau tertidur, kejut tau macam dulu.




(Al-Fatihah syg Ahmad Zakwan bin Patah Raji)





Function USB

Assalamualaikum..

hahahahaha gelak dulu.Sebenarnya bukan nak cerita pasal function USB tp nak gtau ni yunk..USB kte hilang!! Puas da kte cari kat dalam almari (atas bawah), laci, kotak-kotak buku, dalam beg-beg, semua la tapi tak jumpa gak. Sedih la macam ni.

Seriusly, kte lupa letak mana. Last guna pown tak ingat bila and dekat mana. Memang da jadi makcik betul la macam ni... NYANYUK!

USB takde macam mana nak masuk kan gambar, video yang ada ni? Terbantut lagi la projek kte macam ni.


Sabar ea yunk, nanti siap gak projek tu tapi lambat sikit la ye... SORRY..


Yunk.. nak mengadu sikit ni..


Hari-hari yang kte lalui semakin busy (sibuk) dengan test yang melambak-lambak tu. Tapi mata ni asyik rasa nak tidur je sebab bosan takde yunk teman + letih dengan air mata. Bila da bangun, rasa nak main game je macam dulu kte selalu main game bersama. Fight siapa yang level lagi tinggi. hahaha kelakar je. Tapi sekarang ni main game yang sama , sorang-sorang je. Takde fight-fight dengan sesiapa da.

bosanbosanbosan~

Semangat takde lagi. Yunk bagi la kte pinjam semangat study tu.. Boleh ea? TERIMA KASIH...





(Al-Fatihah syg Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
#keliru sama ada nak  private atau public kan blog ni, yunk rasa macam mana? nanti bisik kat kte ea..

Wednesday, 4 January 2012

4 bulan awak pergi tinggalkan saya

Assalamualaikum..

Syunk.. Sekejap je masa berlalu. Dah 4 bulan syunk pergi tinggalkan kte bersendirian kat atas muka bumi ni. Tapi 4 bulan tu rasa macam 4 tahun.. (sunyi + bosan + sedih + takde semangat + macam-macam perasaan yang mengganggu fikiran). Adik yang gantikan yunk untuk teman kte. Tapi harini budak sekolah da start sekolah. Tinggal lah sorang-sorang lagi. Biasa menangis dengan adik, tapi semalam nangis sorang-sorang sambil peluk yunk (bantal love). Kesian yunk hari-hari basah kena air mata tu.

Syunk.. Esok ada 3 peristiwa best. First, syunk ingat tak esok genap 8 bulan kte couple. Second, esok birthday adik. Syunk ingat wish yunk untuk dia tahun lepas? Menjerit dia bila kte ingat kan kat dia. Kte da wish da kat dia.  Awal tiga hari sebab kte nak jadi orang first yang wish. Dia da kat sekolah, kalau dia kat rumah boleh la malam ni kte wish.  Last sekali esok birthday hero kecik kte yang kedua. Muhammad Isyraff Danish. Alangkah indahnya kalau saat-saat ni yunk ada bersama kte. Mesti kte akan tersenyum lebar dengan ikhlas. Tak macam sekarang "bibir tersenyum hati menangis" .

Syunk.. kte da tengok ombak rindu. Tengok yang download je and baru je tengok naik cuti aritu. Habis la juga air mata kte ni tengok cerita tu. Sedih... Tapi sedih macam mana pown dia, HERO and HEROIN dia tetap bersama. Tapi KITA? Seorang da kat atas langit, sorang kat atas tanah. Allah da ambil syunk.. Kte dapat pinjam syunk kejap je. Kte da tak dapat jumpa syunk lagi.

Tuhan tolong lembutkan hati dia
untuk terima ku seadanya
kerna ku tak sanggup
kerna ku tak mampu hidup tanpa dia di sisiku
Tuhan aku tahu banyak dosaku
hanya ingat kamu kala duka ku
namun hanya kamu yang mampu membuka pintu hatinya tuk cintaku
malam kau bawakan lah rinduku untuk dirinya yang jauh dariku
agar dia tidak kesepian...
hujan bawa air mataku yang mengalir membasuh lukaku
agar dia tahu ku terseksa tanpa cinta dia di hatiku
hanya mampu berserah
moga cahaya tiba nanti

TUHAN, AKU TAK SANGGUP AKU TAK MAMPU HIDUP TANPA DIA DI SISIKU



Syunk.. sekarang tengah sibuk quiz dengan test. Yunk tengok tau jadual test kte ni. Yunk tengok jadualkte untuk bulan ni. Yunk tengok tau..

3 JAN2012: Quiz HTML dengan presentation proposal database
9 JAN 2012: Test MGT
12 JAN 2012: Test Operating System
13 JAN 2012: Test database
14,15 JAN 2012: ada kem (kalau jadi)
17 JAN 2012: Test HTML
18 JAN 2012: ------------
20, 21, 22 JAN 2012: ada trip (kalau jadi)
24 JAN 2012: ------------
26 JAN 2012: Test QMT

Syunk da tengok? Penuh kan jadualkte bulan ni. Macam-macam test ada, macam-macam program ada dan banyak DUGAAN dan CABARAN yang kte kena tempuh bulan ni. YA ALLAH, KUATKAN HATI HAMBAMU INI. Semoga aku tenang untuk belajar, semoga aku tenang untuk jawab semua test-test dan quiz ini nanti. YA ALLAH, aku taknak jadi macam semester lepas. Taknak kecewakan ibu dan ayah lagi.. 

#MIRA, BE STRONG DEAR.. AWAK BOLEH. TAKMO MENANGIS MIRA... ZAKWAN TUNGGU AWAK KAT SANA. (ayat penyejuk hati yang duka)


Yunk.. Jom teman kte belajar... 




(Al-Fatihah sygku Ahmad Zakwan bin Patah Raji)

Saturday, 31 December 2011

Kenapa gatal sangat??

Assalamualaikum pembuka bicara..

Gatal sebab apa ni? Gatal kena gigit nyamuk ke? Gatal nak kahwin? Ha? Ha? Cuba jawab. Jawab la Mira oi....

Mesti la gatal nak kahwin. Ok, ini tipu semata-mata. Kalau ye gatal nak kahwin, kau nak kahwin dengan siapa Mira oi? Dah.. jangan nak mimpi la pasal kahwin-kahwin ni. Sabar dulu, dia tunggu dekat 'sana'. Mahligai da nak siap tu. Sabar sabar sabar. -_-

Sebenarnya tangan dan jari jemari ni yang gatal. Apasal gatal sangat ha? Gatal pergi buka muka buku kekasih hati. Dok baca satu per satu inbox dia. Kan da bertambah-tambah rindu. Baca semua rasa macam dengar suara dia berborak. YA ALLAH.. Lemahnya hambaMu ini. Siapa suruh ha gatal? Padan muka kau Mira. Padan muka kau! arrrrgggghh~! :'(

Syunk, awak abang yang terhebat! Awak abang yang terbaik! Mulut cakap tak suka kat angah, tak best ada adik umur beza setahun, macam-macam lagi yang yunk mengadu dekat kte. Tapi hakikatnya, yunk sayang sangat dekat angah. Yunk cari info pasal medic kat Mesir. Yunk cari info untuk angah. Yunk tanya orang tu yunk tanya orang ni. Paling jelas betapa sayangnya yunk dekat angah, yunk 'pergi' sama-sama dengan angah. Yunk bawa angah 'pergi' dengan yunk. Syunk... Jelesnya kte. Jeles sangat-sangat!
(angah, jaga along kat sana ye. cakap along akak rindu along)

RINDUNYA!!!! Rindu dekat kekasih hati Ahmad Zakwan sangat sangat sangat sangat!! ucap new year, buat azam konon boleh tenang. konon boleh happy. Asik-asik cerita pasal new year new year new year. Eh, bosan la..

Syunk.. Kte taknak new year ni! Kte nak 2011 sampai bila-bila. Kte nak sampai 3 september 2011je. Kte taknak tarikh yang akan datang. Ucap new year tapi hati menangis. Buat azam baru menangis lagi. Nak tidur menangis, bangun tidur menangis, on9 menangis, tengok tv menangis. Hey semua nangis. penat!! Sampai bila nak macam ni?

Sakit yang ada, sakit la sampai bila-bila. Takyah baik-baik k. Mira boleh tanggung sakit tu sebab kehilangan Ahmad Zakwan lebih sakit dan perit dari rasa sakit yang terpaksa Mira tanggung sekarang ni. (pening dengan ayat sendiri)

Gaya Mira ni macam tak pernah kena tinggal pula kan? Siapa cakap macam tu memang nak kena penampar lajulaju sampai terpusing kepala 360 darjah. Hebat tak hebat? Kata Mira kuat (~_~)

#malas nak cerita tapi nak tau jawapannya? Mestilah pernah. OkBye!






(Al-Fatihah syg Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
mood: rindu teramat sangat :'(

Awak dedicate lagu untuk saya

Assalamualaikum..

Syunk.. syunk nyanyi untuk kte ke? Kenapa? Syunk tau tak kte rindu? Syunk tau? Sebab tu syunk dedicate kan lagu tu untuk kte? Betul ke syunk? Thanks syunk... :')

menatap indahnya senyuman di wajahmu
membuatku terdiam dan terpaku
mengerti akan hadirnya cinta terindah 
saat kau peluk mesra tubuhku

banyak kata yang tak mampu ku ucapkan 
terhadap dirimu...
AKU INGIN ENGKAU SELALU
HADIR DAN TEMANI AKU
DI SETIAP LANGKAH YANG MEYAKINIKU
KAU TERCIPTA UNTUKKU
SEPANJANG HIDUPKU
(yunk da tau kan?)

Meski waktu akan mampu
memanggil seluruh ragaku
KU INGIN KAU TAHU
KU SLALU MILIKMU
YANG MENCINTAIMU
SEPANJANG HIDUPKU

Ye syunk.. Kte tau.. Thanks syunk.. Syunk pernah nyanyi lagu ni untuk kte. Bersungguh-sungguh masa yunk nyanyi tu. kan syunk kan? Dan malam tadi masa kte baru di buai mimpi tiba-tiba terdengar lagu ni. Terdengar suara yunk nyanyikan lagu ni. Ye, ini realiti. Kte tak bermimpi pown. Bila terdengar kte terus bangun capai fon and text adik. Mengadu dekat adik, menangis dekat adik. Last-last tertidur balik sebab badan rasa sangat letih. Sehari suntuk kte tahan rasa #$%^& tu syunk. Dan pagi ni masih ada. Dokter saya, kenapa dengan saya?

Awak yang merangkap kawan, teman, sahabat, kekasih hati, guru, ustaz, dokter dan bakal suami yang tak kesampaian. Terima kasih terima kasih terima kasih kerana memahami kte, terima kte, sayang kte, layan kerenah yang entah apa-apa, sabar dengan sifat kte, tahan dengan rajuk kte, sanggup bersama kte dan cinta kte sampai HUJUNG NYAWA AWAK. :') Syunk.. Terima kasih.

yunk.. terima kasih sebab sudi terima kte. kte bahagia sangat-sangat dengan yunk. yunk baik, yunk cantik, yunk comel, kte syg yunk sgt2!! yunk jgn tinggalkan kte tau. Kte nak kawen ngn yunk. :)
(Ahmad Zakwan, 3 sept 2011)


Syunk, tengok.. Kte da hafal da text-text syunk. Syunk.. Kte tak mampu nak coret kan lagi. Jari da ketar, mata da kabur.

Kte taknak hari esok boleh?? Kenapa semuanya jadi hari ahad? 4 sept hari ahad, 4 dec hari ahad. 1 Jan pown hari ahad. hurmmm~


#Semoga tahun baru Mira jadi lebih kuat, tabah, sabar dan berjaya. Walaupun tanpa dia di sisi. Taknak menangis lagi.
#kawan-kawan tolong doakan.. terima kasih






(Al-Fatihah syg Ahmad Zakwan Bin Patah Raji)

Friday, 30 December 2011

Puisi buat sayangku

Assalamualaikum..

Awak.. awak dengarlah.. Saya sayang awak! Saya rindu awak! Saya cinta awak! Awak dengar tak? Dengar la dengar la dengar la.. Plezzzzzzzz... Tolong la dengar. :'(

Tak sanggup rasanya nak hadapi tahun baru tanpa yunk disisi. Tak sanggup rasanya nak hadapi hari-hari yang akan datang. Awak.. Saya nak awak.


Di malam ini di waktu ini
Ku masih terkenangkan dirimu
Biar pun kau tiada di sisi
Senyumanmu raut wajahmu
membuatku terus merindumu
Biarpun kau telah meninggalkan aku
Namun kenangan bersamamu terlalu banyak
kau tinggalkan semua padaku
Aku rindu kenangan-kenangan bersamamu

Syunk,
Ku cuba hidup tanpamu
Ku cuba dan terus mencuba
Aku gelak aku cuba untuk bergembira
Ianya sangat menyakitkan
Hatiku seperti di hiris-hiris belati tajam
Di tusuk bak sembilu
Namun aku sedar aku tak sekuat mana
Aku lemah..
Aku rebah di tengah jalan

Syunk,
Memory ingatan ini semakin lemah
lemah untuk diri ini ingat apa yang telah terjadi
TAPI
Memory ingatan ini sangat kuat
untuk ingat semua tentang kamu.
Tak terpadam satu pown ingatan ku terhadap mu syg

Tiap malam, tiap hari
Tanpa di paksa tanpa di pinta
air mata ni pasti akan gugur
mengalir sepeti hujan
Menyebabkan mataku bengkak, sembab 
Syunk,
aku letih begini
Aku rindu untuk senyum dengan ikhlas
Aku rindu untuk ketawa dengan riangnya
Aku rindu saat diri bersamamu

Aku teringat saat pertama kali kita bersua muka,
Terasa ada kimia antara kita
saat itu kau meluahkan rasa hati untuk hidup bersamaku
Saat itu bermula la kisah cinta kita
setelah berbulan-bulan aku tolak dirimu
Syunk... maafkan aku

Kau bukan cinta pertamaku MUNGKIN
Tapi kau CINTA MATIKU
Akan aku hargai cintamu sampai mati...



ONLY YOU THAT I LOVE


~Assalamualaikum sayangku~




(Al-Fatihah sygku Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
# u always in my mind <3 <3<3 <3