Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 2 December 2011

Siapa perempuan tu sayang?

Assalamualaikum..

Syunk.. syunk ape khabar? Syunk ingat kte tak? Syunk rindu kte tak? Syunk, kte rindu yunk. Hati ni da meronta-ronta nak jumpa dengan syunk. Tapi macam mana? Syunk, nak tengok cerita ombak rindu. Tajuk dia sama macam hati kte yang terlampau rindu kat syunk. Tapi nak tengok dengan siapa? "jom la tengok dengan kte" dulu yunk selalu cakap macam tu. Tapi sekarang? Kenapa bila kte tanye yunk tak cakap macam tu lagi?

Syunk.. tadi kte ternampak satu link ni kat facebook. Dia cakap pasal tarikh lahir keramat. Kte kena tengok kte lahir berapa hari bulan lepas tu dia sertakan no. Dia terangkan serba sedikit pasal diri kte. Akhir sekali dia beritahu pasangan ideal kte no berapa. Syunk nak tau? MIRA & ZAKWAN merupakan pasangan ideal! Bertambah-tambah rindu kte dekat yunk. Secara tak sengaja air mata ni mengalir. Syunk.. maaf.. Ni syunk.. syunk baca la. Kte tak tipu..

TARIKH LAHIR KERAMAT!! (sekadar bacaan)
Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3 
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5 
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6 
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9


 no.1 —- Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.


no.2 —- Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.


no.3 —- Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.


no.4 —- Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.


no.5 —- Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9. 


no.6 —- Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9. 


no.7 —- Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.


no.8 —- Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4. 


no.9 —- Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.




Syunk da baca? Kte tak tipu kan? Kita memang pasangan ideal. Sebab tu bila gadoh, kte cuma gadoh bpe minit je. Tak lama pown. Sebab masing-masing tak sanggup nak berpisah , masing-masing tak sanggup nak diamkan diri dan masing-masing tak sanggup tak dengar khabar untuk beberapa minit. Tapi sekarang? 


Syunk.. yang no 9 tu tipu! Dia cakap orang yang lahir pada 9, 18 dan 27 tu tabah. Tapi kte tak tabah pown? Kte tak kuat pown? Syunk.. kte tak kuat!!


Syunk.. Semalam kte terlalu rindu kan syunk. Kte nak text syunk tapi kte takut syunk takde kredit sebab aritu kte text tapi syunk tak balas. Kte call syunk.


 Mula-mula kte call no celcom tak dengar pape lagi terus mati. Takde line kot.. 


Lepas tu kte call no maxis. Keluar gambar kte berdua yang yunk edit tu. Tapi kte tak dengar suara yunk. Ada perempuan yang angkat dia cakap "sory please try later". Syunk.. Siapa perempuan tu?? Kenapa dia pegang fon syunk?? Dengar je suara perempuan tu, air mata keluar makin laju. 


Last sekali kte call no digi yunk pula. No yang kte beli sama-sama. No couple kte. Syunk ingat tak abang kat kedai tu cakap apa masa kita beli no tu? "Kamu pilih no couple ea?" Sebab kita pilih no yang sama. Yang bezakan no kita berdua cuma dua no yang terakhir je. Yang lain semua sama. 
Tapi syunk kali ni perempuan lain lak yang angkat. Dia cakap "the number you have dial is not in service thank you". Kali ni air mata tak dapat di kawal lagi. (nasib baik roomate takde)

Apa semua ni syunk? Kenapa kte tak dapat call syunk? Kte nak dengar suara yunk kejap je. Dapat dengar seminit pun cukup la. Kenapa syunk tak angkat? Siapa perempuan tu??

Syunk.. semalam ada earth hour kat kolej. Macam dulu tu yg syunk gelakkan sebab kte study dalam gelap. Yela mana taknye time tu tengah study untuk test tiba-tiba je kena padam lampu. Sedih betul! Tapi sekarang yunk da xde nak gelakkan kte. Kte yang gelak sendiri sebab tengok movie dengan roomate dalam gelap. (romantik gitu). Tapi lagi romantik bila yunk teman kte macam dulu. Nak tidur tapi takut sebab gelap sangat. EH, MANA PERGI KEKUATAN KTE YANG DULU? Dulu kte tak pernah takut bila gelap. Tapi sekarang? Nak ajak yunk teman, yunk tak balas text. Nak cakap dengan yunk, perempuan lain yang angkat.
Syunk, lepas ni bila kte call, yunk angkat ye.. PLEASE........









(al-fatihah buat arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
~Saya sentiasa merindui awak~

Tuesday, 29 November 2011

Katakan padaku~

Assalamulaikum..

Sayangku,
dulu aku bangun tika ku dengar telefon bimbitku berbunyi
kamu mengejutku
kini jam loceng yang mengejutku
ku cari-cari di mana namamu yang biasa terpamer di skrin telefonku.
Tika ku mencari, mataku kabur,
Air mata sudah mengalir membasahi pipiku
Kaki yang lemahku gagahkan untuk turun dari katil lalu pergi membersihkan diri.
Jauh di sudut hati ku harapkan namamu terpamer ketika aku selesai mandi
untuk mengajak aku solat bersama-sama denganmu seperti selalu.
Namun, sekali lagi aku hampa.

Sayangku yang aku rindui,
Setelah selesai rutinku sebagai hamba Allah
Ku persiapkan diriku  untuk ke kelas.
Ku jeling-jeling telefonku yang berada di atas meja
lalu ku berkata di dalam hati
KENAPA TELEFON TIDAK BERNYALA DARI TADI?
DI MANA KEKASIH HATIKU?
Aku tidak mampu berikan jawapan untuk soalan aku itu.

Duhai sayangku yang aku cintai,
Dulu kamu sentiasa menemani aku tika aku perlukan kamu
Tika aku mengantuk dan bosan mendengar bebelan di hadapan,
dengan pantas jari jemari runcing mencari namamu untuk ku kirimkan kata-kata cintaku buat mu
SAYANG, BOSAN LA..
hanya mengambil masa beberapa saat kamu membalas kata-kata cintaku itu.
Lalu seperti terkena current aku kembali bersemangat untuk mendengar bebelan itu.
Tapi kini, di mana sayangku tika aku perlukan kamu?
Jika aku kirimkan kata-kata cintaku itu adakah kamu akan membalasnya?
Jawablah sayangku...

Kekasih yang aku kasihi,
Setiap saat, setiap minit, setiap jam, setiap detik aku mengingati kamu,
aku merindui kamu dan aku mencintai kamu
Tidak pernah kurang walau sebesar zarah sekalipun ingatan, rindu dan cinta 
aku untuk kamu meskipun aku tidak dapat melihatmu lagi.
Kamu telah pergi jauh meninggalkan aku.
Pastikah aku kamu meninggalkan aku??

Tidak sayangku....
Aku salah. Kamu tidak pernah tinggalkan aku.
Hatimu ada padaku. Kamu sentiasa di hatiku.
Akanku menjaganya sebaik yang mungkin hanya untuk kamu.
Kamu hanya pergi seketika untuk menyiapkan mahligai kita berdua.
Benarkan sayangku??
Kali ini aku benar, aku tidak salah lagi.
Kamu pergi untuk lihat aku lebih bersemangat
Kamu ingin lihat aku lebih kuat dan lebih tabah untuk berjumpa denganmu suatu hari nanti.

Sayangku, katakan padaku bahawa aku aku benar. Aku tidak salah..
Katakanlah wahai sayangku Ahmad Zakwan~

Wednesday, 23 November 2011

Saya tak dapat lihat awak tapi saya ada hati awak

Assalamualaikum..

Hari demi hari detik demi detik, namamu sentiasa di ingatanku. Walaupun sesaat saya takkan lupakan awak pakcik! (kekasih hati saya)

Makcik!! saya rindu awak.. Terngiang-ngiang lagi suara syunk memanggil kte dengan panggilan makcik. Sekarang pakcik da takde nak panggil cmtu.

Syunk.. kte da tau da cerita sebenar dari ibu syunk. Semalam kte call ibu borak punye borak tiba-tiba terkeluar soalan-soalan cepucemas dari mulut monggel ni. Dari mana datangnya kekuatan kte tanya macam tu? Dari mana datangnya keberanian kte tanya sebegitu? Syunk... Syunk bagi kte semangat ye? Kte tau syunk tak kan buat kte sedih, syunk taknak tengok kte sedih. Paling penting syunk taknak tengok kte kecewa. Betul kan syunk? Terima kasih syunk.. Jauh yunk pos semangat tu untuk kte. Kte takkan sia-sia kan demi syunk!

Syunk.. ibu syunk da cerita da semuanya. Syunk memang tak salah. Syunk tak tidur masa tu. Ibu, ayah, adik semua tak tidur. Masa kejadian jalan kosong. Takde kereta yang ada cuma kereta yang syunk bawa, kereta ayah dan kereta orang cina tu. Ibu sendiri tak perasan macam mana boleh excident tau-tau je benda tu da jadi. Ibu tak dengar sebarang bunyi dentuman yang sepatutnye ada kalau excident ngeri cmni yang mengorbankan tiga orang sekali gus. Syunk.. sayu hati mendengar ibu cerita.

Ayah sempat keluarkan Zarif di tempat duduk belakang yang elok terbaring sementara tunggu mendapatkan bantuan. Tanpa luka tanpa cela. "mak cik pelik Zarif tak terpelanting pown, biasa penumpang belakang mesti terpelanting keluar tak pown terpelanting ke depan. Tapi ni tak". Itu la yang ibu beritahu pada kte.

Dengar dengan penuh khusyuk sambil menahan air mata dari mengalir.

Ayah sedaya upaya cuba untuk keluar kan syunk (Ahmad Zakwan) dan Zahin. Ye, ayah buat sendiri. Ayah takut kereta tu akan meletup dan terbakar. Tapi ayah di halang oleh mereka yang datang untuk memberikan bantuan. Mereka kata "Encik tak payah buat semua ni sebab kereta ni tak ada sebarang tanda-tanda untuk meletup". Sekali lagi ibu pelik. "Kereta tak ada tanda-tanda untuk meletup, kemalangan ni tak teruk tapi kenapa tiga-tiga anak ibu pergi sekali?" Syunk.. Bagi kami yang hidup ni, terlalu banyak persoalan yang bermain di minda. Kalau di fikirkan dengan akal yang logik, syunk dan adik-adik syunk takkan terkorban. Tapi siapa kita untuk melawan takdir seperti yang ibu katakan "kalau da ajal kita, takkan terlewat satu saat mahupun tercepat satu saat kerana Allah dah tentukan".

Terima kasih ibu mertuaku kerana memberi kata-kata semangat.

Bagaimana keadaan syunk? Bagaimana keadaan Zahin?

Zahin hanya tersepit ibu jari kaki. Ok, boleh imagine?? Hanya tersepit ibu jari kaki, Allah telah mengambil dia buat selama-lamaya. Manakala syunk pula cedera di peha dan luka di pipi. Syunk, luka sikit je tu syunk.. Tapi Allah ambil syunk dari kte buat selama-lamanya. Kalau kte terkejut, tak percaya. Macam mana dengan ibu, ayah, alyn, dan zaid? Mereka hilang ketiga-tiganya sekali depan mata mereka. SUBHANALLAH! Kte takkan sekuat keluarga yunk. Tapi kte nak jadi kuat macam mereka. Boleh syunk?

Kepada readers dan stalker kawan-kawan, apa yang korang lihat dekat surat khabar dan berita, keadaan kereta tak seteruk tu sebenarnya. Kereta hanya kemek sedikit je. Yang teruk tu sebab bomba da ketuk-ketuk kemungkinan untuk keluarkan kekasih hati saya.


Saya ketawa tapi hakikatnya saya ingin menangis.
Saya senyum gembira tapi hakikatnya hati sedih derita.
Saya sibukkan diri tapi hakikatnya saya sunyi dan sepi.
Saya gagahkan hati tapi hakikatnya saya lemah.

Demi AWAK, saya akan cuba untuk KUAT.
Demi AWAK, saya akan cuba untuk GEMBIRA.
Demi AWAK, saya takkan MENANGIS lagi.
Demi AWAK, saya tetap akan sayangkan awak SAMPAI TUTUP MATA..
Macam yang awak buat untuk saya.


SYUNK.. AWAK TUNGGU SAYA YE..




AL-FATIHAH :

Ahmad Zakwan bin Patah Raji (syunk saya)
Ahmad Zahinuddin bin Patah Raji (angah)
Ahmad Zarif bin Patah Raji (acik)




Monday, 21 November 2011

Kau mengalir bagaikan hujan

Assalamualaikum..

Semalam merupakan hari terakhir Mira bermaharajalela di rumah. Bangun ikut suka hati, makan ikut sedap tekak, bermanja dengan ibu dan bertekak dengan adik. Pagi-pagi lagi da bangun bukan sebab excited nak balik uitm tapi sebab BARANG TAK SIAP PACKING LAGI! Nampak tak Mira malas nak balik uitm ni? Memang berat sangat hati ni nak keluar dari rumah. Berat sangat hati ni nak pergi belajar. Mood, semangat, mana awak? Kenapa awak tak muncul-muncul lagi? Dulu awak la yang berkobar-kobar bila sem nak start tapi sekarang???

Ohhh.. Bosannya! Korang nak tau? Masa hantar ibu dan ayah dekat kereta (lepas da angkut barang masuk bilik) Mira salam ibu, salam ayah dan tiba-tiba....






Mira menangis! Ibu dan ayah pown sama. Terdengar lagi nasihat-nasihat dari mereka sama masa mereka hantar Mira 4 September 2011 aritu. Ibu, ayah... ibu, ayah tau kan anak ibu ayah ni tak kuat? Ibu ayah tau kan anak ibu ayah ni lemah? Mira perlukan semangat! Tapi mana Mira nak dapat semangat tu??


Syunk.. syunk da mengubah semuanya. Syunk buat ibu ayah menangis depan kte. Syunk buat kte menangis depan mereka. Syunk buat kte menangis depan orang ramai. Syunk, kte malu.... Tak nak menangis lagi. Wahai air mata, berhentilah dari terus mengalir.

Syunk.. Hidup kte sekarang dah berubah. Pagi tadi takde sape kejut suruh kte bangun. Takde sape text sebelum pergi kelas. Takde sape bagi kata-kata semangat sebelum masuk kelas. Takde sape text lepas habis kelas. Takde sape text suruh pergi makan. Takde sape nak marah-marah suruh breakfast. Syunk.. Kte rindu.. Kte rindu nak dengar suara yunk. Kte rindu nak dengar yunk marah-marah. Kte rindu nak buat yunk merajuk. Kte rindu nak pujuk yunk. Kte rindu nak merajuk dengan yunk. Kte rindu nak yunk pujuk. Kte rindu nak dengar syunk cakap "yunk... i miss u". Kte rindu nak dengar syunk cakap "yunk.. i love u" Kte rindu nak dengar syunk cakap "jangan lupa kte ye". Kte rindu nak dengar yunk cakap "yunk.. kte sayang yunk sangat-sangat. Tak sabar nak jumpa" . Kte rindu yunk..... Yunk.. kte rindu yunk.... Jom kita jumpa. Bila kte nak jumpa? Kte tak nak tengok gambar yunk. Kte tak nak peluk bantal tu lagi! Kte nak jumpa yunk. Kte nak tengok muka yunk depan-depan. Kte nak dengar suara yunk. Nak dengar suara yunk yang romantik tu!!

Syunk.. Kenapa diorang jahat sangat? Kenapa diorang suruh cari pengganti? Syunk, kte tak nak! Kalau diorang mungkin boleh dengan mudah untuk dapatkan pengganti tapi bukan kte. Kte tak mudah nak cakap sayang dekat lelaki lain. Kte tak mudah nak sayang lelaki lain. Apatah lagi untuk mencintai lelaki lain? Tak syunk.. Syunk kenal kte kan? Kalau syunk boleh sayang dan cinta kte sampai mati, kte pown nak buat benda yang sama boleh? Boleh la syunk.. Boleh ea..

Syunk.. semalam kte tak boleh tidur. Nak berjaga sampai pagi tak berani. Tengok roomate semua dah tidur. Kalau syunk ada, mesti syunk teman kte kan? Macam dulu tu... Penat ke letih ke syunk sentiasa ada untuk kte. Sekarang takde sape nak teman kte 24hours! Yang sudi teman hanya air mata.. (T_T)








(AL-fatihah buat arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
p/s: Mira taknak pengganti! Tolong jangan tanya pasal pengganti..

Saturday, 19 November 2011

Special for you

Assalamualaikum..



Hatiku, Hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
CINTA KAU DAN AKU
TAKKAN MUNGKIN BERSATU
UNTUK SAAT INI DI DUNIA INI
MUNGKIN KITA BERSAMA
NANTI DI ATAS SANA
BIAR KU SETIA
MENJAGA CINTAMU
SELAMANYA..





Syunk, kte rindukan yunk sangat-sangat!!








(Al-Fatihah buat arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
saya ada awak = bahagia
saya tanpa awak = :'(

Friday, 18 November 2011

Sem baru hidup baru. MAMPUKAH??

Assalamualaikum..

Harini hari jumaat, esok sabtu. Sabtu?? Ada apa dengan hari sabtu? Berakhirnya cuti sem untuk semester 3. Syunk.. Mampukah kte teruskan hidup sebagai pelajar semester 4 diploma science computer tanpa semangat, kekuatan, ketabahan dari segi mental dan fizikal? Mampukah kte belajar sendirian tanpa yunk di sisi menemani? Mampukah kte bangkit tanpa semangat berkobar-kobar dari kekasih hati? Mampukah kte mengukir senyuman yang ikhlas tanpa kebahagiaan yang yunk berikan? Syunk... MAMPUKAH KTE??

Syunk kena faham kenapa kte cemburu tengok yunk rapat dengan perempuan lain, sebab cemburu tandanya sayang kan?
Syunk kena faham kenapa kadang-kadang kte merajuk, sebab kte nak kan perhatian daripada syunk.
Syunk kena faham kenapa kte selalu call dan sms syunk, sebab kte rindukan syunk.
Syunk kena faham kenapa kadang-kadang kte marahkan syunk, sebab kte nakkan yang terbaik untuk syunk.
Syunk kena faham kenapa kte suka mengadu dengan syunk, sebab syunk lah segalanya bagi kte. Kte nak syunk je yang tahu.

Sekarang, pada siapa kte nak cemburu? sayang da takde..
Sekarang, pada siapa kte nak merajuk? sayang da takde..
Sekarang kte nak call dan sms siapa kalau kte rindu? sayang da takde..
Sekarang kte nak marahkan siapa? sayang da takde..
Sekarang pada siapa kte nak mengadu? sayang da takde..

SAYANG! KTE RINDUKAN SEMUA TU!



KAU PERGI... :'(


Syunk.. dulu bila jadual keluar syunk la orang pertama yang nak tau jadual kte. Syunk salin jadual tu dan setiap perubahan syunk mesti tau. Bila kte ada kelas, bila kte free, bila kte ada kelas ganti, bila kte ada quiz, bila kte ada test, semua syunk tau. Saya sentiasa bagi kte semangat bila kte ada quiz dan test. Syunk sanggup temankan kte study sampai lewat malam. Syunk bangun awal pagi untuk kejutkan kte.

Syunk.. dulu syunk sentiasa kejut kte bangun pagi untuk solat subuh. Bukan kte tak boleh bangun sendiri tapi saja nak bermanja dengan yunk. Pagi-pagi mesti da dapat text dari syunk "morning laling da solat lom?" . Kte yang nakal ni selalu tak reply text tu sebab kte nak yunk call kejut kte. NAKAL kan kte? Siapa suruh suara romantik sangat? Suara tu buat kte senyum pagi-pagi. Syunk pown da faham sangat dengan kte lepas text yunk mesti akan call kte. baiknye sayang saya.. 

Berapa lama kte ambil masa untuk bersiap ke kelas pown syunk tau. Setiap hari bila kte siap je fon mesti berbunyi. "syunk da siap? Pakai baju warna apa arini?" Memang da macam jam loceng la. Syunk ni tau-tau je kte da siap. Tu yang buat kte bertambah-tambah syg dekat yunk! Kita stop message time kte kat kelas. Sebelum masuk kelas syunk mesti cakap "belajar betul-betul, fokus, jangan berangan! ILMY" . Habis kelas je fon terus bunyi. Sampai kawan-kawan jeles diorang selalu cakap "untung la abang sayang da message"(sambil buat muka comel). Macam tula rutin kte hari-hari bersama yunk.

Sekarang kte nak macam tu lagi boleh tak syunk? 



terlalu banyak kenangan bersama syunk
walaupun kte baru berapa bulan bersama



Dari celik mata sampai tutup mata kita bersama. Macam mana kte tak rasa sangat kehilangan syunk? Syunk segala-galanya bagi kte. Sekarang, macam mana kte nak teruskan hidup tanpa syunk di sisi?  Kalau dulu tak dengar berita yunk untuk satu jam kte da rindu, kte da risau. Macam mana dengan sekarang? Kte tak dengar suara yunk , tak tau khabar yunk UNTUK SELAMANYA. Mampukah kte?? Mampukah kte?? Mampukah kte menanggung rindu yang dah menggunung ni?






(Al-Fatihah buat arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
~sentiasa mengharapkan keajaiban berlaku~
~sentiasa ingin bersama kamu syunkku ahmad zakwan~


Thursday, 17 November 2011

MAKAN-MAKAN

Assalamualaikum..

Tajuk entry macam menarik je kan. Makan-makan?? Makan tu apa? Mira kuat makan ke? Mira suka makan apa? Mira nak cerita pasal makanan apa ni? fuuuhhh banyak betul soalan. Macam mana nak jawab ni?  (=_=)
Eh, comelnya muka awak semua. Menunggu dengan penuh sabar. :)

Sebenarnya Mira tengah tension ni. Tension dengan makhluk tuhan yang paling seksi tu. Eh tak.. dia tak seksi pown. Dia baik baik je. Sopan, lemah lembut, ayu, cun melecun la! Dia memang superb! Tapi tak faham la dengan orang superb ni. Tak puas hati dengan Mira ke? Hello amoy (bukan nama sebenar), kalau tak puas hati bagitau jela kat Mira. Perlu ke nak hide hide kan wall awak tu? (maaf saya tak stalker fb awak pown, cuma tadi saya tergerak hati nak jengah profil awak) . Mira fikir dia hide untuk semua orang lepas tu entah kenapa tangan ni gatal sangat pergi buka fb si kekasih hati and buka profile si amoy.. Kami berdua "friends" dengan si amoy tu. Fullamaaakk!! Ekau tak hide pulak. Kenapa?? Ekau marah dekat Mira apa Mira hide kan profile kekasih hati Mira tu? Suka hati Mira la nak buat apa pown dengan fb dia. Dia tak marah pown ok! Dulu kami memang berkongsi fb. Ekau nak sibuk kenapa? Ekau ada hati dekat kekasih hati Mira ke ha?? Hello amoy, hati dia untuk Mira je ok! Cinta dia sampai mati untuk Mira. Ekau tau kan? Da tu tak payah la nak heboh heboh dulu ekau rapat dengan dia la, balik tempat belajar sama-sama la, cerita masalah dengan dia.. Eh, WHATEVER la! Tolong la amoy, meluat Mira dengar. Paling kelakar, masa kekasih hati Mira baru pergi, si amoy ni yang terover ! Antara ayat ayat over dia "nak rest jap" "mencuba untuk tabahkan hati" "penat dah menangis" "sedih tak boleh belajar" macam-macam lagi la! Eh, dia tu pakwe ekau ke pakwe Mira?? Kenapa ekau yang over ni? Dia yang 24hours dengan Mira. Dia yang banyak habiskan masa dengan Mira. Tolong la faham! Ekau tak perlu nak over sangat ok! Da tu sibuk mengadu dekat makwe orang lain. Tapi cerita pasal pakwe Mira. "akak rapat dengan abg wan bla bla bla bla bla" . Ekau ingat dia suka ekau cerita dekat dia? Ekau tak tau ke dia tengah bersedih macam Mira? Dia mengalami benda yang sama macam Mira. Ekau buat dia tambah migrain tau tak layan ekau amoy yang superb! Kenapa ekau tak cerita dekat Mira sendiri je? Eh, TAK FAHAM LA MIRA DENGAN AMOY NI!! Ekau takut? Ekau cuak?? Orang buat salah memang macam tu.. :)

Malas la nak fikir pasal orang ni lagi. Buat Mira bertambah stress je la! baru semalam air mata Mira berkurangan tapi di sebabkan si amoy yg superb ni, Mira menangis lagi. Ekau memang tak boleh nampak orang gembira sikit kan?? Ekau memang hebat la buat Mira menangis lagi! Ni ke namanya kawan?? Kawan makan kawan namanya ni. Kalau Mira terRemove cik amoy maaf la ye.. Bukan dekat account Mira je tapi account kekasih hati Mira sekali. Kami sehati sejiwa so, dua dua account mesti bersih dari nama cik amoy. Jangan risau, kekasih hati Mira sentiasa sokong apa yang Mira buat. Mira kenal dia lebih dalam lagi dari cik amoy kenal dia!

Wahai readers semua, please take note dekat sini. MIRA TAK SUKA BENCI ORANG TAPI SEKALI MIRA DA BENCI, MIRA AKAN BENCI SELAMANYA. ok bye..

Syunk.. Kte perlukan syunk.. Syunk.. macam mana kte nak teruskan hidup ni tanpa syunk? Kehidupan dulu dan sekarang sangat berbeza yunk. Macam-macam cara kte da buat untuk kembalikan senyuman ni tapi semua gagal! Dulu, senyuman menguasai diri berbanding dengan air mata tapi kini Air mata lebih menguasai diri daripada senyuman .

Ni la antara cara yang Mira buat untuk kembalikan senyuman ini. Habiskan masa bersama keluarga. Kami tak keluar bersiar-siar , kami habiskan masa di rumah sahaja. Ibu da pesan jangan tunjuk gambar ni dekat my sis. Taknak buat dia rasa teringin. (maaf kakakku.. harap harap kakakku tak baca blog ni huhu aaamiiinn...)
Jom kawan-kawan, jemput makan.. :)


Kami bakar-bakar je makanan ni.
Semua ni untuk empat orang makan.
(ibu, ayah, mira dan adik muk)

 Sotong di cucuk cucuk.




 Udang pown di cucuk.




 bayangkan ni si amoy
alangkah seronoknya dapat cucuk si amoy
macam ni.. (^_^)



ikan 4 ekor sahaja.(seekor da kena bakar)
cukup la sorang seekor (terlebih cukup)




 ada ayam percik sekali



 Ni hasilnyaa.. :)




Ni my mum.. eh, seksi pulak.
ibu, nanti mesti rindu nak makan masakan ibu lagi.. :(




Ok, tu sahaja. Tak sia-sia kosongkan tong perut ni sejak cuti sem start. Da nak naik sem baru la penuhkan tong ni. (",)






(Al-Fatihah buat arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
yunk tak marahkan kte remove kawan yunk tu. Dia sgt annoying!