Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, 1 September 2012

Al-kisah Raya

Assalamualaikum ...

Rasanya belum terlambat lagi kalau nak wish selamat hari raya maaf zahir batin. Tapi agak lapuk juga la baru nak wish and baru nak buat entry pasal raya kan.. Maaf Zahir batin semua!! Masa, tahap kesihatan tak mengizinkan nak update blog. Nak buat acaneee tu yang terlambat. hee :)

Haa nak cerita sikit nih, asal raya je saya mesti demam kenapa entah nak beraya pown takde feel tau. Tahun lepas demam tak teruk sangat cuma batuk sakit kepala sikit sikit je. Kena pown masa raya ketiga keempat macam tu. Tapi tapi tahun ni demam agak teruk la sampai menangis nangis tahan sakit. Kalau boleh tanggalkan kepala ni kejap, memang dah tanggalkan dah. Raya kedua dah demam. Whaatt? Memang lagi tak syok la kan nak raya..

Nak kata raya pertama tu raya sakan, takde la sakan mana. Macam biasa pagi raya kami kat rumah, lepas sembahyang raya, bermaaf-maafan, makan-makan, bergambar kami gerak ke kluang rumah family ayah.Tapi tahun ni gerak lambat sikit sebab tunggu si abang datang baru lah kami gerak.

Kami kat sana kejap je petang tu dah gerak balik. On the way balik singgah simpang renggam kat rumah lama. Raya rumah jiran lama dua tiga orang, tengok rumah lama ya Allah dah macam rumah apa dah.. Memang harapan lah nak pindah situ balik nak renovate je mau makan berpuluh ribu. Kurang hasam punya abang galah! Orang bagi rumah punya cantik dah tu dia buat rumah tu jadi macam apa je.. hish!

Malam kami sampai rumah. Esoknya pula, kami pergi melaka ziarah makam nenek and atok. Sedih tengok makam nenek atok tu dah teruk sangat. Betul lah kata pepatah, "mak boleh jaga 10 orang anak tapi tak tentu 10 orang anak boleh jaga seorang mak". Menangis saya kat situ tengok makam yang dah teruk. Sabar ye nenek atok, nanti ika dah kerja ika betulkan makam nenek atok tu ok? Rumah atok nenek tak payah cakap la. Lagi teruk.. 

ni rumah nenek, terukkan?
takde sape jaga dah.. SEDIH!

Lepas tu pergi ziarah saudara mara and lastly rumah boboiboy. Biasa balik melaka lepak pantai tapi tahun ni tak....... Malam juga kami balik. Sampai je rumah kepala start sakit badan panas.

Raya ketiga tak pergi mana-mana, duduk rumah terbaring menangis tahan sakit. DEMAM!

Raya keempat, ni yang paling best! Bawa rombongan meminang ke Tapak perkuburan Taman Purnama Simpang Renggam. Pagi tu tak larat nak bangun tapi kuatkan hati juga sebab nak jumpa yang tersayang.Cewaaah! Lepas siap-siap cantik-cantik pakai jubah purple yang arwah pilih tapi tak sempat tengok saya pakai, kami hantar makcik pergi bandar dulu lepas tu baru lah gerak ke simpang renggam. Again..

ni jubah yang awak pilih tapi tak sempat tengok


Dari Muar lagi dah sibuk dok fikir nak beli bunga. Singgah kedai situ habis, kedai sini habis. Sedih! Sampai simpang pergi cari kedai bunga dulu, nasib baik EXsimpang renggam. Takde lah susah sangat nak cari mana kedai bunga. Finally jumpa gak! And, ibu yang excited pilihkan bunga untuk awak sayang. Hampir semua jenis bunga ibu pilih siap bahagikan ni untuk letak kat botol, ni untuk taburkan. Pastu cakap kat ibu, "ibu, mereka bertiga bukan wan sorang.." "Ohh ibu terlupa sorry.. "Ibu tukar semua bunga-bunga tu and pilih warna  yang sama baru adil. 

Sampai je depan pagar tu, mata ni laju je cari rumah baru awak. Takde bunga pown.. Dulu pergi ada. Kesian awak panas. Masa tu dah tak fikir orang lain, kaki ni laju je melangkah pergi jumpa awak yang lain tertinggal kat belakang. Nasib lah.. bukan jauh pown nampak je mana saya pergi. Rindu tu tak terkata dah hati sebak je paksa mata untuk bertahan. Kuatkan hati untuk senyum bukan menangis sebab jumpa yang tersayang mana boleh nangis nanti tak comel laaa kan sayang? 

Tengah sedih-sedih tu si kecil tanya "kakcik, ni kubur siapa?" yang lain tolong jawabkan "ni kubur kawan kakcik , tadah tangan bacakan al-fatihah banyak ok." si kecil : "ok". Kuat juga lah si kecil ni baca sampai dua tiga kali juga masuk yang keempat , dia baca "bismillahirrahmanirrahim allahummabariklana.... eh salah!" haish... tergelak semua orang dibuatnya. Gelak-gelak juga, menangis-menangis juga.. hmmmm~

Now, masa untuk siram-siram air, tabur-tabur bunga and hias rumah baru awak tu.. Nasib baik awak tepi sekali tak la susah saya nak buat semua tu. Duduk pown sebelah awak, buat apa semua sebelah awak jeee.. Ibu bagi keutaaman kat saya buat semua tu. Yang lain pown sibuk nak buat juga, buat la saya tak kisah pown. Sambil buat semua tu, saya berconversation dengan dia tapi macam biasa lah tiada balasan..
"yunk... kita datang ni dengan family. Kte bawa ibu, yunk nak jumpa ibu kan. Akak pown ada semua excited nak jumpa yunk. kte demam rindu kat yunk, lama dah tak jumpa yunk. Setahun dah yunk pergi. Kte rindu......... :'(" 

Terima kasih kat boboiboy sebab tolong tanamkan pokok-pokok kecil tu. Sejuk sikit sayang saya ni nanti. Thanks! Berat je kaki nak melangkah pergi tapi fikirkan family awak yang dah lama tunggu kat rumah tu terpaksalah saya melangkah pergi. Tengah bersih-bersihkan kat tepi-tepi tu si kecil boleh tanya lagi. "kakcik, kawan kakcik ni meninggal sebab apa pula?" Cuma jawapan ni yang terkeluar dari mulut "tanyalah abang ni kenapa dia meninggal".

Lepas tu pergi rumah awak. Kesian ibu ayah and adik awak lama menunggu. Malam tu cakap kat adik nak datang, si adik cakap si ibu excited betul dengar! Kesian.. lama dah tak jumpa sebenarnya tu yang rindu. Nasib baik bawak budak kecik yang setahun lebih tu, riuh juga lah rumah tu dibuatnya. Si Zaid siap request nak buat adik angkat lagi. Seronok betul dia main dengan budak kecil tu. Ayah and ibu pown seronok juga. Sejuk hati tengok family awak happy macam tu.

Balik tu singgah taman lama lagi jumpa jiran yang tak sempat jumpa aritu and last sekali raya rumah wani. Then, balik.. Sampai malam lagi.

Petang esoknya beraya dengan kawan-kawan sampai malam. Jumaat and sabtu duduk rumah, kawan datang beraya. Ahad balik kolej.

Tu jela cerita pasal raya. Takde seronok mana pown. Dapat jumpa si dia lah yang paling seronok rasanya even tak dapat tengok muka, tengok batu nisan pown dah boleh buat ubat rindu. Cinta kami special tak macam cinta mereka yang lain. Cinta kami terhalang dari dosa. Cinta kami suci :)


Nak letak gambar tapi gambar dekat laptop lagi satu. So, gambar next time yeee sorry! Kalau ada umur yang panjang, ada lah entry yang lain. selamat malam 

Eh eh, selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 55 tahun. Syukur alhamdulillah dapat duduk dekat negara yang aman ni.


(Al-Fatihah sayang Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
#puas hati sebab dapat jumpa awak. Lama dah nak jumpa
#walaupun dah setahun awak pergi, takde lagi yang mampu ganti tempat awak
#ada rezeki, masa and jodoh nanti kita jumpa lagi ye sayang :)

Wednesday, 8 August 2012

Untuk kawan yang keliru

Assalamualaikum..

Hai kawan.. aku nak cakap dengan kau ni. Tapi kau tau lah aku ni pemalu. So, aku cakap dekat sini jela ye.. hehe eh kau jangan la gelakkan aku..

Aku tau kau keliru. Aku tau kau masih sayangkan dia. Bagi aku lah kan, biarlah perasaan sayang tu masih ada tapi sayang lah dia sebagai kawan macam masa mula-mula kau kenal dia dulu. Boleh kan? Aku tau kau boleh..

Lagi satu, aku rasa kau patut bersyukur dan gembira lah kawan sebab kau masih boleh tengok dia bahagia even bukan dengan kau. Sebab tu yang kau nak kan masa kau dengan dia dulu? Nak tengok dia bahagia. Betul tak? Tipu lah kalau tak betul..Tak macam aku ni, aku tak boleh nak tahu keadaan 'dia' dekat sana. Baik ke tak, bahagia ke tak, aku tak tahu.. Kalau boleh, aku nak jadi macam kau boleh tahu keadaan dia. Tapi aku pernah rasa apa yang kau rasa dan aku boleh buat , takkan kau tak boleh kan? Go kawan! Aku tahu kau kuat :)


Aku tahu kau tak rugi pape pown kan lepas apa yang jadi sekarang ni. Aku tengok, kau sekarang makin cantik, ayu, comel lagi... Jeles tahu tak?? Banyak dah perubahan aku tengok dekat kau. Aku ni bila nak berubah pown tak tahu lah.. Eh,kau jangan mengutuk aku pula tau sebab tak berubah berubah lagi. Kau doakan aku cepat-cepat berubah ye.. Nanti aku boleh jadi cantik, ayu and comel macam kau. :)


Aku dah tahu lama dah benda ni tapi aku tak pernah tanya kat kau bukan sebab aku tak pedulikan kau tapi sebab aku ni kan PEMALU! haha.. Tapi aku selalu stalk blog kau nak tahu berita-berita terbaru dari kau sampai naik hafal dah link kau apa. Opppssssssssss!! :P

Ok lah kawan, even kita tak selalu bersama tapi kau tetap kawan aku. Dari sekolah menengah lagi kita dah jumpa and sampai uni pown sama-sama. Memang jodoh kita kuat lah ni kot.. errr~ haha! Dah! jangan sedih-sedih lagi yawww. Senyum macam ni (^___________________^) selalu. Barulah bertambah comel!



akuharapkautahuyangentryniuntukkau.   ~NAMN~



(Al-Fatihah sayang Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
-12 hari lagi genap setahun saya tak jumpa awak~IMLY


Friday, 27 July 2012

Cinta pada belaian

Assalamualaikum..

Fuuhhh lega rasa bila test1 QMT dah settle. Rasanya tadi macam boleh jawab tapi tak tau la apa yang saya jawab tu betul ke tak. Harap-harap betul lah.. Eh, rasanya ni berkat doa kucing yang saya jumpa tadi la. Tadi, sebelum pergi test terjumpa kucing , saya cakap kat dia "kucing, saya nak pergi test ni doakan saya ye" :) Wahhh bagusnya kucing ni. terima kasih kucing! Orang lain yang mendoakan tu mesti kecil hati kan?? eh sory2!! Ni semua berkat doa korang juga. thanks!!!

Ok, dah habis cerita pasal test, sekarang nak cerita pasal tajuk tu pulak. Cinta pada belaian. Betul ke? Saya rasa tu tak betul. Cinta sebenarnya bukan pada belaian atau pun perhatian tapi Cinta sebenarnya pada Hati dan Iman.

Semakin jauh orang yang kita cinta, makin kuat cinta kita kat dia. Nak tau kenapa? Sebab nya bila dia jauh kita sentiasa akan doakan dia , berharap supaya dia dalam keadaan baik n selamat. Tapi kalau dia ada dekat dengan kita, ada depan mata, boleh tengok hari-hari mesti tak terlintas nak doakan dia kan? Sebabnya kita seronok dengan dia. Bila seronok, kita jadi lupa dengan doa-doa semua ni. Yang kita tahu tambah dosa je.

Ni saya cerita berdasarkan pengalaman dan saya mengaku selama dia hidup dengan saya, tak pernah terlintas kat hati ni nak mendoakan dia lagi-lagi bila dah jumpa. Mana taknya, bila dah lama tak jumpa dah tu dapat pulak jumpa kan seronok tu. Boleh tengok muka dia depan-depan, boleh dengar suara dia dekat-dekat, boleh tengok apa  yang dia buat, boleh ajak dia pergi sana, boleh ajak dia pergi sini. Doa tu memang jauh lah dari hati apa lagi dekat bibir yang sibuk nak berborak dan bercakap. Kalau tak jumpa tu ada lah juga doakan tapi tak lah sekerap seperti sekarang.



Astaghfirullahalazim...........



Jadi, betul lah kan cinta pada hati dan iman? Bila dah selalu mendoakan, insyaallah iman pown akan semakin kuat. Takde lah niat nak buat sesuatu yang terlarang. Takde lah nak bersentuh-sentuhan, bergurau senda yang melampau dan sebagainya. Sekarang baru saya sedar betapa hebatnya cinta jarak jauh ni. Cinta yang sentiasa mendoakan pasangan berada dalam keadaan selamat, sentiasa mengingatkan diri menjadi lebih baik, jadi seorang yang lebih berdikari dan yang paling penting jadi seorang yang lebih tabah menghadapi segala ujian dari Allah. Insyaallah....




Ya Allah, mungkinkah ini hikmah yang mereka katakan selama ni??



(Al-Fatihah sayang Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
#insyaallah saya akan jaga cinta ini sebaik mungkin

Thursday, 19 July 2012

Setia menanti kehadiranmu

Assalamualaikum..

Lama dah tak jenguk blog ni. Sem ni saya sibuk sikit banyak benda nak kena selesaikan. Subject yang saya ambil sem ni pown semua berat-berat macam mampu tak mampu je nak bawa. Tapi saya cuba sebaik mungkin insyaallah..

Hampir setiap minggu ada je aktiviti dan di sebabkan itu,saya tak dapat balik sejak hari first daftar as student part 5 diploma computer science. Sedih kan... Kuih telinga K dengan sambal tempe yang tertinggal aritu tak dapat la nak merasa. Mesti dah habis tak pun dah tak elok. Nasib nasib..

Tapi insyaallah kalau takde apa-apa esok saya balik. yeaaahhhh!! tak kira ada apa-apa pown saya nak balik juga. Doakan perjalanan saya esok. Semoga selamat sampai n dapat berpuasa dalam bulan ramadhan ni.

Selamat datang Ramadhan.. Saya setia menanti kehadiranmu..

Ramadhan semakin dekat. Awak semakin jauh.. Ramadhan tahun ni berbeza dengan Ramadhan tahun lepas. Kalau tahun lepas, saya puasa dengan awak. Malam tu kita on call , awak teman saya study. Lepas sahur baru kita tidur. Setiap hari macam tu. Tapi tahun ni?? hmmmm~ mata ni asik nak tidur je.Study entah kemana. Awak, tolong la saya.

Wahai hati, bersabarlah.. Kuat lah hadapi setiap ujian yang Allah beri. Mungkin ada hikmah satu hari nanti. Mungkin Ramadhan kali ini menentukan segala-galanya.

Last sekali saya nak cakap hari ni, Pakwe saya, kekasih hati saya, abang sayang saya cuma dia :
                                            AHMAD ZAKWAN BIN PATAH RAJI

saya nak jadi bidadari awak dekat syurga ye sayang... :')


(Al-Fatihah sayang Ahmad Zakwan bin Patah Raji)

Sunday, 1 July 2012

Tentang Kamu

Assalamualaikum..

Siapa kamu? Kamu yang bergelar lelaki. Lelaki yang cuba mencuri hati ini dari si pemiliknya. Kamu yang cuba menghiburkan diri ini yang kemurungan. Kamu yang cuba menjadi peneman diri ini di kala sunyi.

Wahai kamu, terima kasih kerana sabar dengan diri ini yang terlalu kasar dengan kamu. Terima kasih kerana sudi menjadi teman diri ini di kala resah dan gelisah. Terima kasih kerana sudi membantu diri ini dan memberi sedikit semangat untukdiri ini meneruskan kehidupan.

Tapi, hati ini menolak untuk membiarkan kamu menetap di dalamnya. Hati ini terlalu penuh dengan cinta si kekasih hati hingga tiada ruang untuk kamu walaupun sedikit.

Wahai kamu, jangan lah terlalu mengharap pada diri ini untuk terima kamu. Diri ini harap agar kamu faham dan mengerti apa yang diri ini cuba sampaikan.

Maafkan diri ini jika berkasar dengan kamu.
Maafkan diri ini jika selalu menyakiti hati kamu.
Maafkan diri ini jika telah membuatkan kamu menaruh harapan.

Siapa kamu?? Hanya kamu yang tahu siapa kamu.


kalau english, plural kena letak S kan? so, kamu ni nak letak S boleh? KAMU's

Wahai kekasih hati, diri ini terlalu rindu akan dirimu. Hati ini belum cukup kuat untuk menghadapi hari akan datang seorang diri. Diri ini perlukan si kekasih hati seperti dulu.





(Al-Fatihah sayang Ahmad Zakwan bin Patah Raji)

Thursday, 7 June 2012

Back To School

Assalamualaikum..

Alahai lemah je tengok title tu kan? Back To School?? Ye back to school~~~

Tinggal lagi berapa hari je lagi saya dah kena back to school. Sekolah dah nak buka dah. Cuti dah nak habis. Perasan jadi budak sekolah kejap sebabnya naik cuti sama-sama dengan budak sekolah kan nampak kiut gituuu~

Semangat tu kejap ada kejap takde macam chipsmore! Ada ke takde semangat tu barang-barang dah siap kemas dah tinggal sikit-sikit je lagi. Nak naik sem kan macam nak pindah rumah, kalau boleh semua barang nak bawa.

Eh, eh tak yah la nak perli-perli cakap amboi semangat nya Mira ni nak naik sem baru. Huhhhhh~ Takde semangat mana pun. Ini pown sebab terpaksa tau??? TERPAKSA! Nak tau sebab apa terpaksa nya tu?

1. Result kolej tau lambat
2. Ayah takde pergi indon
3. Takut takde siapa nak hantar
4. Sakit mata tengok semak-semak nih
5. Ibu dah bebel suruh kemas.. kahkahkah

Cehhh yang sebenarnya no 5 tu motif utama kemas awal-awal yang lain tu alasan je. Hey orang kampung! Saya dapat kolej laaa! haha saja nak bagi orang tak dapat kolej angin je. Sorry ye.. :)) 

Untuk masalah ketiga tu rasanya dah tak jadi masalah lagi sebab dah ada yang nak hantar dah... yeaahhh!! 


Nak balik sekolah ni macam-macam perasaan ada. Suka,tak suka semua ada.

Ni antara yang tak sukanya..JADUAL. Hari-hari kelas pukul 8 tak best! Pastu padat sangat-sangat! huh xpela last sem insyaallah kena lah berkorban sikit ye tak??


ni jadual saya yang tak best tu.. :(



Menangis-nangis tak nak balik sekolah nanti tak dapat makan makanan ibu masak lagi. Hari-hari makan benda yang sama je nanti. Tak suka! Tak boleh nak bangun lambat , tak boleh nak tengok tv , on9 lama-lama lagi. sobsobsob :'(


Tapi.......



Eh ada abang ensem la kat sekolah.. Ni yang buat kita semangat nak pergi sekolah ni.! ok byee~



P/S : selamat pulang ke segamat kawan-kawan. selamat ke sekolah adik-adik :)



(Al-Fatihah sayang Ahmad Zakwan bin Patah Raji)


Monday, 4 June 2012

Selamat menjadi ibu dan ayah

Assalamualaikum..

Tahniah encik Zakwan! awak dapat baby perempuan. Isteri encik ada dekat dalam. Baby dan anak kedua-duanya selamat.

Itu kalau saya ni mengandung. Memang dah layak saya dapat baby arini. Sebabnya dah 9 bulan. Tapi sekarang  9 bulan ini berbeza.

Kenapa dengan 9 bulan ini???

9 bulan ini buatkan saya rasa kosong. 9 bulan ini buat saya rasa sunyi dan tertekan. 9 bulan ini juga buat saya jadi lebih sabar dan tabah walaupun hakikatnya diri ini tak kuat nak mengahadapi 9 bulan ini.

Kenapa??

Sebabnya 9 bulan ini awak pergi tinggalkan saya terkapai-kapai sendiri hinggakan semua benda saya terlupa. Kelas saya, kawan-kawan saya, tarikh-tarikh penting orang sekeliling saya sebagai contoh tarikh lahir mereka dan saya juga terlupa apa yang pernah saya katakan pada seseorang.
Teruknya saya.............



Tapi ada satu benda saya tak lupa. Awak nak tahu apa dia sayang??



Ye.. Saya tak lupa dekat awak encik kekasih hati saya Ahmad Zakwan. Setiap benda yang pernah kita lalui bersama saya tak lupa. Tarikh-tarikh penting awak dan saya, saya tak lupa. Walaupun saya dah pernah cuba untuk lupakan semua tu tapi bila tarikh-tarikh itu semakin dekat, hati saya seolah-olah terpanggil untuk ingatnya semula.

Kenapa??

Entah la..saya pown tak tahu.


Selamat menjadi ibu dan ayah kepada sesiapa yang baru dapat baby arini. Tahniah (^^,)



Kita pown ada baby, ni haa baby kita comel kan sayang?





(Al-Fatihah sayang Ahmad Zakwan bin Patah Raji)